Maisyara meletakkan anak lelakinya dia atas riba sambil di perhatikan oleh ibunya Mariam.
Midah pula sibuk mengemas dulang yang berisi hidangan tengah hari buat Maisyara..
Mokthar dan Kamarudin pula sedang rancak berbual mengenai cucu mereka.. Muiz pula turut membantu ibunya Mariam untuk mengemas bilik rehat adik perempuannya..
" Mia.. abang nak tanya.. Mia dah ada nama untuk anak Mia ni.." Tanya Muiz sambil mencuit pipi gebu anak buah nya itu..
" Belum lagi.. Mia tak tahu nak letak nama apa..Tak pernah terfikir nak letak nama apa.. Abang ada cadangan tak.. " Tanya Mia kepada abang nya..
" Kalau abang.. simple je Mia.. Abang taruh je nama dia Daniel Imran .. " Kata Muiz bersahaja...
" Sedap nama tu Mia.. Ibu suka nama tu.. " Kata Mariam turut menyokong cadangan anak lelaki nya itu..
" Kalau itu kehendaknya.. Mia tak kisah.. tapi jangan lupa.. Bin kan dia dengan Iqmal Ilham.." kata Maisyara lagi..
" Esok abang akan pergi daftarkan nama Daniel dekat JPN.. " Kata Muiz..
" Terima kasih abang... Mia sayang abang.. " Kata Maisyara manja..
" Mula la tu..mengada gada.. dah jadi mak budak pun masih manja lagi.. " Ajuk Muiz
" Apa salah nya.. Mia kan satu satunya adik abang... yang tu satu satunya anak buah abang tau.. Abang tu..bila nak kahwin.. Bila nak bagi Mia anak buah pula.. " Sengaja Maisyara mengenakan abangnya Muiz..
Bukan dia tak tahu..Abang nya itu memang tak pernah buka pintu hatinya untuk mana mana perempuan selepas kematian bekas tunangnya tiga tahun yang lalu..
" Sudah sudah la tu.. Mia..makan dulu.. Nanti senang nak menyusukan budak tu.. " Midah pula mencelah di antara gurau senda dua beradik itu..
" Susah je mak bawakan makanan untuk Mia.. Mia boleh bangun lagi.. " Kata Maisyara
" Susah apanya Mia.. Dah memang tanggungjawab mak.. Mia kan anak mak.. Daniel pula cucu mak.." - Midah
" Eh.. mak dah tahu nama dia Daniel.." Kata Maisyara sedikit terkejut
" Mak dengar perbualan antara kamu dengan Muiz pasal nak taruh nama apa.. Mak setuju kalau Mia nak letak nama dia Daniel Imran.. Dan mak nak ucapkan terima kasih dekat Mia sebab Mia sudi letakkan nama Iqmal.. " Kata Midah sedikit sebak..
" Daniel Imran Bin Iqmal Ilham.. Sedap nama tu.. Maafkan tok ma sebab ayah kamu tinggalkan kamu sayang.. Tok ma janji..Tok ma akan selalu sayangkan Daniel.. Tok ma janji akan buat Daniel bahagia nanti.. Tok ma sayang Daniel.. " ujar Midah di dalam hatinya..
" Mak..mak..ooo mak... " Panggilan Maisyara membuatkan lamunan Midah terhenti..
" Ada apa Mia.. Kenapa Mia panggil mak.. Mia sakit ke.. " Tanya Midah
" Mia tak sakit la mak.. Cuma Mia nak tanya.. Kenapa muka mak macam sedih.. Mak ada masalah ke.." Tanya Maisyara sedari dari tadi bekas ibu mertuanya itu hanya merenung wajah anaknya Daniel..
" Tak ada apa Mia.. Mak baik baik saja.. Urmm... Mia..Mak keluar dulu.. " Kata Midah lalu dia sempat menghadiakan satu ciuman hangat di pipi cucu nya sebelum melangkah keluar..
Maisyara hanya mengganguk dan tersenyum manis memandang wajah bekas ibu mertuanya itu..
Share this novel