" Aku terima nikahnya Maisyara Damia binti Kamarudin dengan mas kahwinnya Seribu Ringgit dibayar tunai.." Ujar Ilham..
" Sah.."
" Sah.."
Kali pertama Ilham menyentuh jari jemari Maisyara untuk menyarungkan cincin yang sepatutnya di sarungkan kepada Melina..
" Izinkan saya untuk sarungkan cincin ini.. " pinta Ilham kepada Maisyara..
Maisyara hanya mengganguk sahaja.. Selesai menyarungkan cincin, Maisyara lalu tunduk mencium tangan Ilham.. Ilham sedikit terkejut namun dia membalas dengan mencium dahi wanita yang baru bergelar isteri kepadanya..
" okey.. pengantin..smile.. " jurukamera menangkap gambar mereka.. Berkelip kelip cahaya kamera para tetamu mengambil gambar mereka.. Pelbagai gaya yang di minta oleh jurugambar itu.. Maisyara dan Ilham terpaksa juga untuk senyum.. Meskipun tampak bahagia di mata tetamu yang datang tetapi di sebaliknya lain.. Mereka terpaksa menikah untuk menutup aib keluarga..Mereka tidak mahu keluarga mereka malu dengan kata kata orang bila orang lain dapat tahu pasangan yang sepatutnya berkahwin dengan mereka lari tanpa sebarang penjelasan yang pasti..
******************************
Selesai semua majlis bersanding dan sebagai nya, Maisyara dibawa balik ke rumah Ilham.. Rumah yang dibeli untuk Melina kini menjadi milik Maisyara.. Mereka mengambil keputusan untuk tinggal di rumah sendiri berbanding tinggal dengan keluarga untuk mengelakkan rasa curiga di kalangan keluarga kalau mereka hanya berpura bahagia..
" Masuk Maisyara.. Inilah rumah Am.. Kita tinggal sini.. Mari saya tunjukkan bilik kita.. " Kata Ilham..
" Tak payah panggil saya Maisyara Am.. panggil Mia je.. Kita akan tidur sebilik ke.." Tanya Mia kepada Ilham..
" Kita memang akan tidur sebilik.. tapi Mia janganlah risau.. Dalam bilik Am ada satu bilik rahsia.. Kita tidur sebilik tapi berlainan katil.. Am janji Am tak akan sentuh Mia kalau Mia belum bersedia.. Am terima Mia sepenuh hati Am.. Walaupun cara kita berkahwin agak berbeza dengan pengantin yang lain.. Tapi percayalah,Am akan cuba bahagiakan Mia dan Am akan cuba untuk cintakan Mia.. Sama sama kita bagi ruang dan masa untuk hati kita.." Ujar Ilham.. Meskipun hakikatnya amat memedihkan namun kehidupan harus di teruskan..
" Tak payalah Am nak tidur di katil lain.. Am berhak ke atas Mia.. Mia sekarang isteri Am.. Derhaka kalau Mia tak jalankan tanggungjawab Mia kepada Am.. Mia akan cuba jadi isteri yang baik untuk Am.. Cuma Mia nak Am tahu, sebaik sahaja kita di ijab kabul..Mia yakin yang Am boleh jaga Mia dan Mia percaya dengan ketentuan Ilahi.. Perginya Sufian di hari ini maka pergilah dia bersama hati Mia yang hancur berkecai.. Mia berharap sangat yang Mia akan mampu untuk mencintai Am suatu hari nanti.. " Kata Maisyara .. Reda akan ketentuanNya,maka bahagia akan menjadi ganjaran.. Allah tak akan menguji lebih dari kemampuan HambaNya..
" Thank you Mia.. dah..jom..kita naik ke atas.. Am tunjukkan bilik.. " Pelawa Ilham.. Mereka lalu melangkah bersama menuju ke bilik yang di katakan oleh Ilham sebentar tadi..
Diuji tidak semestinya akan membawa derita.. Diuji juga tidak semestinya sengsara.. Kerana semakin banyak kita di uji..semakin dekat kita denganNya..
Share this novel