BAB 10

Drama Completed 1845

Iqmal pulang kerumah dengan rasa berat hati dan dia amat menyesali perbuatan terkutuknya itu... Sampai di rumah, Iqmal merebahkan badannya di atas sofa yang ada di ruang tamu rumahnya..

" Apa aku dah buat ni.. Kenapa aku boleh kahwin dengan Melina.. Macam mana kalau Maisyara tahu perkara ni.. Apa aku nak buat.. " Bicara Iqmal seorang diri..

" Kau yang pilih jalan ni Iqmal.. Kau yang nak semua ni.. Bukan ke engkau memang cintakan Melina.. Kau nak menyesal pun tak ada guna.. semua dah jadi.. " Bisik hati kecil Iqmal..

Iqmal semakin dalam delima.. Iqmal buntu dan tidak tahu sama ada dia perlu memberitahu perkara ini kepada Maisyara..


****************************

" Sampai hati Am buat Mia macam ni.. Apa salah Mia pada Am.. Mia tak sangka Am sanggup buat Mia macam Mia ni bukan isteri Am... Kalau ya pun Am nak sangat kahwin dengan Melina..Am cakap..bagitahu Mia.. Mia izinkan..tapi bukan dengan cara Am kena tangkap khalwat.. Am tak malu ke buat macam ni.. Mana Am yang Mia kenal dulu.. " - Maisyara Damia

" Engkau siapa nak ajar aku.. nak tegur aku.. Aku tak perlukan izin kau untuk kahwin lain.. Aku ada hak.. Kalau bukan kerana ayah aku.. aku tak sudi kahwin dengan kau la Mia.. Kau ingat selama ni aku cintakan kau.. Kau salah..aku tak pernah cintakan kau walau sedikit pun.. Dan aku tak percaya yang anak dalam kandungan kau tu anak aku.. " - Iqmal Ilham

" Astagfirullah Am.. Kalau ya pun Am nak hina Mia.. Am hina la Mia tapi bukan anak dalam kandungan Mia ni.. Ini anak Am.. darah daging Am... Hanya Am yang pernah bersama Mia.. Kalau Am tak suka Mia.. Mia harap Am lepaskan Mia.. Tak ada guna kita bersama kalau Am pun menafikan status anak yang Mia kandungkan ni.. Dan tak ada guna kita bersama jika Am memang tak cintakan Mia.. Mia terima apa sahaja keputusan Am.. " - Maisyara Damia

" Baiklah..kalau itu yang Mia mahukan.. AKU CERAIKAN KAU MAISYARA DAMIA BINTI KAMARUDIN DENGAN TALAK SATU.. " - Iqmal Ilham

" Terima kasih Am sebab sudi memperisterikan Mia meskipun jodoh kita hanya setakat ini sahaja dan Mia harap Am akan bahagia bersama Melina.. Mia harap Am halalkan makan minum Mia selama Mia jadi isteri Am.. Selamat tinggal Iqmal Ilham.. " - Maisyara Damia...

" Ya Allah... Iqmal.... " Tengking Mokthar dari depan pintu..

" Ayah... " Kata Iqmal dengan wajah terkejut..

" Tak apa Mia.. Mia ikut ayah dan ibu balik.. Mia tak perlukan lelaki macam Iqmal.. Dasar lelaki tak bertanggungjawab.. " Kata Midah sedikit tegas..

" Mulai hari ini.. Kau bukan anak aku.. Aku tak ada anak macam kau.. tak kenang budi.. dah buat salah.. senang senang nak lepaskan pada orang yang tak bersalah... Hari ini kau ceraikan isteri kau.. jangan nanti kau merayu dekat dia.. anggap la aku dan mak kau tak pernah wujud dalam hidup kau.. Dah jom balik.. Mia ikut ayah.. " Kata Mokthar dengan amat marah.. Dia tidak menyangka satu satunya anak lelaki yang amat di sayanginya sanggup menceraikan isteri nya hanya kerana Melina..

" Ayah... Maafkan Iqmal.. Ayah jangan buat Iqmal macam ni.. Iqmal anak ayah.. " Kata Iqmal.. Namun pujuk rayu Iqmal tidak di perdulikan oleh Mokthar dan isterinya Midah.. Mereka bertiga malah melajukan lagi langkah mereka tanpa menghiraukan panggilan dari Iqmal..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience