Di saat menunggu hendak di satukan.. Di sebuah masjid ada dua acara yang sama.. Menyatukan mereka ke jalan yang halal.. Perkahwinan di antara empat sahabat yang sememang nya di rancang bersama dan mahu di satukan pada hari yang sama namun sebaliknya yang berlaku..
Di hari yang sepatutnya Iqmal Ilham bersatu dengan Melina Alia, manakala Sufian Iqbal bersatu dengan Maisyara Damia.. Namun sebaliknya yang berlaku, Sufian Iqbal memutuskan tidak mahu meneruskan perkahwinannya bersama Maisyara Damia di sebabkan oleh Tina kekasih lamanya yang muncul tiga hari sebelum pernikahannya bersama Maisyara.. Berlainan pula dengan Melina Alia, dia melarikan dirinya demi kerjaya dan cita citanya sebagai pereka fashion.. Dia mendapat tawaran di sebuah syarikat designer fashion di luar Negara seminggu sebelum tarikh pernikahan dia bersama Iqmal Ilham..
Keluarga Sufian Iqbal dan Keluarga Melina Alia merasa sangat malu kepada keluarga Iqmal Ilham dan Keluarga Maisyara Damia di sebabkan oleh anak anak mereka..
" Maaf.. pihak pengantin lelaki Sufian Iqbal.. dah bersedia.. Selepas ni kita nikahkan pula pengantin lelaki Iqmal Ilham.. " Tanya Tok Kadi kepada mereka sekeluarga..
" Tok.. pengantin lelaki Sufian Iqbal dan pengantin perempuan Melina Alia tak sampai lagi.. Kita tunggu mereka dulu.." Kata salah seorang ahli keluarga tersebut..
" Saya boleh tunggu.. masalahnya saya ada lagi dua majlis akad nikah di kampung seberang.. Tidak pun macam ni sahaja.. Saya nikahkan orang yang di kampung seberang sana.. Lagi dua jam saya kembali ke sini untuk majlis akad nikah mereka.. " Tok Kadi memberi cadangan..
" Baiklah kalau macam tu.. Maaf lah ..menyusahkan tok pula.. "
" Tak apa.. Lagi dua jam saya datang kembali.. "
Tok Kadi dan yang lain lain pergi meninggalkan keempat buah keluarga yang sedang mengalami kesukaran dengan pengantin mereka..
" Apa kita nak buat ni.. Pengantin lari..majlis semua dah siap..nak tak nak majlis ni kena di teruskan juga..kalau tidak, malu kita nanti.." tanya Mokthar ayah kepada Iqmal Ilham..
" Macam mana kita nak cari ganti.. ada ke orang nak kahwin express .." tanya Kamarudin ayah kepada Maisyara Damia..
" Kami minta maaf, atas apa yang berlaku.. kami sendiri tak sangka Melina sanggup buat kami macam ni..Kami minta diri dulu.. sekali lagi saya minta maaf bagi pihak Melina.. " kata Johari ayah kepada Melina Alia
" Kami pun sama juga Din..Kami juga minta diri.. kami nak minta maaf bagi pihak Sufian.. Kami harap kamu sekeluarga tidaklah membenci kami sekeluarga Din.." Ujar Saiful ayah kepada Sufian Iqbal..
" Tak apa lah.. benda dah jadi..kita nak buat macam mana..yang pasti kita kena teruskan juga majlis ini.. " kata Mokthar..
" Nak teruskan macam mana Har.. pengantin tak ada.. nak cari ganti dekat mana.. " Kata Kamarudin yang agak ke binggungan..
" Susah susah je Din.. kita kahwinkan Ilham dengan anak kamu Maisyara.. Macam mana.. ? " tanya Mokthar lagi selepas memandang wajah anaknya Ilham yang masih lagi kebinggungan..
" Kalau itu satu satunya cara untuk kita semua.. saya setuju sahaja Har.. lagi pula mereka pun bersahabat.. Saya tanya Maisyarah dulu.. Kamu uruskan Ilham .. tanya dia.. setuju atau tidak.." Kata Kamarudin kepada Moktar..
**************************
" Mia.. boleh abah cakap sikit.. " Tanya Kamarudin kepada anaknya Maisyara..
" Tanya lah abah..Apa dia.." Kata Maisyara Damia lemah..
" Kalau kamu setuju.. Abah dengan Umie nak kamu kahwin dengan Ilham anak pak cik Mokthar kamu.. Apa kata kamu Mia.." Tanya Kamarudin penuh berhati hati.. Ibunya Mariam hanya memerhatikan sahaja budi bicara anak beranak itu..
" Kalau itu yang abah dan umie mahukan..Mia tak kisah.. Mia yakin dengan keputusan abah dengan umie.." Maisyara Damia hanya berserah dan menurutkan sahaja apa kemahuan kedua orang tuanya..
" Am.. ayah kamu nak cakap sesuatu dengan kamu sekejap nak.." Kata Midah ibu kepada Ilham..
Ilham lalu mengikuti sahaja langkah ibunya menuju ke arah Mokthar..
" Ayah.. ibu kata ,ayah ada benda nak bagitahu Am..apa dia.." Tanya Ilham sebaik sahaja dia berada berdekatan dengan ayahnya Mokthar..
" Macam ni Am.. Ayah ada berbincang sedikit dengan Pak Cik Din kamu.. Kami nak kamu dengan Maisyara kahwin.. Kalau kamu setuju.. lagi setengah jam, tok kadi sampai kita teruskan majlis ni.." Kata Mokthar..
" Am okey je.. Tapi nak ke Maisyara kahwin dengan Am.. Ayah pun tahu Am sanggup buat apa sahaja demi keluarga kita.. Am tak nak ayah dengan ibu malu di sebabkan oleh majlis yang tak jadi ni.. " Kata Ilham kepada ayahnya.. Bagi Ilham,apa yang penting perkara itu tidak memalukan keluarganya dan juga keluarga Maisyara.. Meskipun di hatinya hanya mencintai Melina.. Tak semudah yang di sangka untuk membuang rasa cinta di hati nya terhadap Melina..
" Baguslah kalau macam tu Am.. Ayah yakin Am dengan Maisyara akan bahagia.. Cinta boleh dibina selepas kamu dengan dia jadi suami isteri.. Ayah dengan Ibu akan selalu doakan kesejahteraan rumah tangga Am dengan Maisyara nanti akan bahagia dan di rahmati Allah.." Kata Mokthar kepada anaknya .. Dia juga tidak menyangka yang Ilham akan setuju dengan permintaan nya ..
Share this novel