" Am.. bangun lah..kita solat.. " Ajak Maisyara
" Am mengantuk lagi la Mia.. Bagi Am lima minit.." pinta Ilham
" Am.. lepas nie sambung lah tidur lagi.. Jangan lambat lambatkan solat Am.. bangun lah.. " Paksa Maisyara lagi..
" Ya lah Mia.. Sekejap.. Am nak ambil wuduk sekejap.. Mia tunggu Am.. " Kata Ilham setelah akur dengan arahan Maisyara..
************************
" Good morning Mia.. " Ujar Ilham yang baru turun dari tingkat atas ..
" Morning.. Breakfast Am.. Mia dah sediakan untuk Am.. Sekejap lagi Mia nak pergi kerja.." Arah Maisyara kepada Ilham..
" Mia tak breakfast sekali dengan Am ke.." Tanya Ilham sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi..
" Am breakfast dulu.. Mia nak pergi bersiap sekejap.. Sekejap lagi Mia turun balik.. " Kata Maisyara dan berlalu pergi meninggalkan Ilham..
Beberapa minit kemudian Maisyara turun kembali untuk bersarapan.. Sampai di meja makan kelihatan Ilham tidak menyentuh sebarang makanan yang di atas meja membuatkan Maisyarah merasa hairan..
" Eh.. Am tak breakfast lagi ke.. Atau apa yang Mia sediakan tak kena dengan selera Am .." Tanya Maisyara.. Maklumlah ini kali pertama dia menyediakan sarapan pagi untuk lelaki itu..
" Bukan tak kena dengan selera Am..cuma..." Sengaja Ilham tidak menghabiskan kata kata nya..
" Cuma.. cuma apa Am.." Tanya Maisyara lembut..
" Cuma.. Am tak rasa nak makan kalau Mia tak temankan Am.. Sekarang ni barulah ada selera..Ada Mia.." Usik Ilham
" Am nie.. Macam macam kan.. dah jom.. breakfast.." Sempat lagi Maisyara menghadiahkan satu cubitan di lengan Ilham membuatkan lelaki itu tersenyum sengeh..
" Ooo..main cubit cubit ye.. tak apa.. nanti Am balas balik.. Mari kita breakfast..lepas nie Am hantar Mia pergi kerja okey.. "
" Tak apa lah Am.. Mia boleh drive sendiri.. Takut menyusahkan Am pula.."
" Susah apanya.. Kita kan kerja di satu bangunan..satu hala.. dan satu destinasi..cuma kita berbeza tingkat kerja.. Apa salahnya kalau Am hantar.. Nanti apa ayah dengan abah kata.. Mesti diorang kata Am dera Isteri Am.. " Kata Ilham sengaja mengenakan Maisyara.. Dia tahu gadis itu pasti tidak akan menolak.. Maisyara seorang yang sangat mematuhi dan menghormati kedua orang tuanya termasuk keluarga Ilham..
" Baiklah Am.. Kalau Am dah kata macam tu.. Mia tak boleh nak kata apa.. Mia ikutkan sahaja.." Akur juga Maisyara akhirnya..
"good.." kata Ilham sambil menghadiahkan segaris senyuman kepada Maisyara..
Share this novel