BAB 15

Drama Completed 1845

" Kau kejam Iqmal.. Kau bunuh semua orang.. Kau dah gila.. " Kata Sufian

" Aku gila.. Kau yang gila.. Kau ajak aku ke sini.. Kau perangkap aku.. Tapi kau sendiri yang terperangkap.. Kau tengok mereka.. Sebab kau mereka mati.. Bukan aku..kau yang bunuh mereka.." Ketawa Iqmal

" kalau itu yang kau mahu kan.. kau bunuh je aku.. kalau itu boleh buatkan dendam kau terbalas.." Kata Sufian

Iqmal mula menarik picu pistolnya semula dan terus mengacukan ke pistol nya tepat kearah kepala Sufian.. Namun belum sempat dia menekan picu pistol nya, ada orang lain yang terlebih dahulu melepaskan sedas tembakkan ke arah Iqmal membuatkan Iqmal terbaring berlumuran darah..

" Encik..encik..tak apa apa.. " Kata salah seorang polis..

Sufian hanya mengelengkan kepala tanda dia tiada apa apa.. Namun terdetik di hatinya.. Siapa yang membuat laporan polis..

" Aku yang buat laporan polis.. Aku yang rancang semua ni.. Iqmal adalah orang yang kami cari selama ni.." Kata Muiz..

" Kau siapa.. dan macam mana kau tahu Iqmal ada kat sini.. dan macam mana kau tahu semua ni.." Tanya Sufian ingin tahu..

" Aku abang Maisyara.. kau tak pernah jumpa aku sebab aku tak nak rancangan aku rosak bila kau tahu aku abang Maisyara.. " terang Muiz

" Tapi.. mereka......" Tak mampu Sufian hendak meneruskan kata katanya

" Mereka.. Jangan risau.. Mereka tak ada apa apa.. Darah tu.. Darah buatan .. jangan risau.. mereka okay je tu.. Kau tengok ni.. " Kata Muiz sambil menunjukan sesuatu ke arah Sufian

" Peluru kapur.. "Kata Sufian sedikit terkejut

" Maafkan kami Sufian.. Kami terpaksa buat semua ni.." Kata Melina tiba tiba..

" Anak mama okay tak.. Daniel okay tak sayang.. maafkan mama libatkan sayang dalam hal ni.." Kata Maisyara

"Tahniah Tuan.. Tuan berjaya memberkas suspect utama kita.. Iqmal Ilham.." Kata salah satu anggota polis tersebut

" Kau polis.." Tanya Sufian lagi..

" Ya..aku polis..Iqmal Ilham memang sudah lama menjadi burusn polis atas kesalahan dadah dan rasuah.. Masa Iqmal kahwin dengam adik aku.. aku tak ada.. sebab tu aku tak tahu siapa bakal suami adik aku.. Bila aku dapat tahu dia kahwin dengan Iqmal.. Aku mula rancang sesuatu.." terang Muiz lagi


*************************

Beberapa bulan telah berlalu.. Melina dan Sufian akhirnya mendirika rumah tangga.. Mereka menikah atas sebab keluarga.. Dan kehidupan mereka lebih bahagia dari sebelum nya..

Maisyara dan Daniel pula sudah pergi meninggalkan Malaysia..dan mereka berhijrah keluar negara untuk meneruskan kehidupan baharu mereka..

Iqmal Ilham pula..Di hukum penjara 15 tahun atas 3 pertuduhan iaitu.. Dadah..Rasuah dan cubaan membunuh.. Iqmal Ilham juga turut menyedari akan kesalahan nya.. Sifat dendam membawa dia kearah kejahatan.. Dendam juga yang telah mempenjarakannya..

Tiada satu orang pun tahu akan takdir dan suratannya.. Jangan di sangka orang yang tampak baik itu baik dan orang yang tampak jahat itu jahat.. Yang pergi meninggalkan kita buat selamanya biarlah menjadi kenangan.. Kebencian kita sesama manusia harus dibuang agar tiada yang menyimpan dendam..Kerana Dendam kita sengsara.. Kerana Dendam juga dapat membutakan mata dan hati kita.. Ingatlah.. Masih ada yang menyanyangi kita.. Bertaubatlah dan memohon kepada Nya.. Kepada Nya kita berserah....


- SEKIAN TERIMA KASIH -

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience