BAB 14

Drama Completed 1845

Iqmal membuka laci meja solek yang ada di dalam bilik tidur itu satu persatu.. Dan akhirnya dia terjumpa diari milik Maisyara..Iqmal membuka dan membaca isi diari tersebut..

- Iqmal Ilham.. Mia minta maaf kalau selama Mia bersama Iqmal.. Iqmal tak bahagia.. Walau apa pun yang terjadi.. Mia akan sentiasa cintakan Iqmal dan Mia akan tunggu Iqmal seaandainya suatu hari nanti kita terpisah... Iqmal tahukan.. di mana nak cari Mia.. Mia harap kalau kita terpisah nanti.. Iqmal jangan lupakan Mia.. Mia sayang Iqmal.. Anak kita pun sayang daddy dia.. Tak lama lagi.. Kita ada anak.. Awak akan jadi daddy dan saya akan jadi mummy.. Tak sabar rasanya nak tunggu hari tu.. Kalau Mia lahirkan anak kita dan Mia mungkin pergi sebelum Mia jumpa anak Mia.. Mia harap Iqmal boleh jaga anak kita.. - MAISYARA DAMIA

" Ya Allah.. aku baru teringat.. Anak aku mungkin dah lahir.. Macam mana rupa dia.. Daddy minta maaf sayang.. Daddy tak dapat jumpa anak daddy.. Daddy bodoh sebab biarkan mummy dan anak daddy pergi dan daddy juga tak guna sebab sempat kata yang kamu bukan anak daddy.. Daddy berharap kita akan dapat jumpa suatu hari nanti.. Daddy doakan agar anak daddy selalu di lindungi dan sihat selalu.. Kita jumpa nanti sayangku Maisyara Damia.. Am janji akan cari sayang dan kita akan hidup bahagia bersama anak kita.. " - Iqmal Ilham

Drrrriiiinnnnnggggg...... Telefon bimbit milik Iqmal berbunyi menandakan ada panggilan masuk..

" Hello.. siapa ni.." - Iqmal Ilham

" Takkan you tak kenal i bro...Sufian la ..." - Sufian Iqbal

" Oooo....Sufian.. Macam kau tahu no aku.." - Iqmal Ilham

" Aku minta dekat budak office kau.. Boleh aku jumpa kau petang ni.. "- Sufian Iqbal

" Kenapa kau nak jumpa aku Pian.. "- Iqmal Ilham

" Ada benda aku nak bagitahu dan tanya kau.. Aku harap kau dapat datang petang ni.. "- Sufian Iqbal

" Baiklah.. jumpa dekat mana.. "- Iqmal Ilham

" Thanks bro.. jumpa dekat Cafe Mega..jam 5 petang ni.."- Sufian Iqbal

" Okay..jumpa nanti.. Assalamualaikum.. " Iqmal Ilham

" Waalaikumsalam"- Sufian Iqbal


*********************

Cafe Mega 5 petang..
Iqmal duduk di dalam ruangan yang hanya menempatkan untuk 2 orang .. Dia menunggu Sufian tanpa memesan sebarang minuman pun yang dia fikirkan hanya kenapa Sufian beria ia hendak bertemu dengan dia..

" Hai bro.. Apa khabar.. " Sapa seseorang dari belakang..

" Sufian.. Silakan duduk.. Ada apa kau nak jumpa aku.. Macam penting je.." Tanya Iqmal ingin tahu

" Kita oder minuman dulu.. Nanti aku ceritakan.. " Kata Sufian Iqbal

5 minit kemudian, minuman yang di pesan oleh mereka sampai.. Dan Sufian memulakan ceritanya..

" Macam ni Am.. Aku nak tanya kau.. betul ke kau dah bercerai dengan Maisyara dan kalau boleh aku tahu..kenapa kau bercerai dengan Mia.. " Tanya Sufian

" Kenapa kau nak tahu semua tu.. Penting ke untuk kau tahu.." Tanya Iqmal semula

" Sangat penting.. Aku kena tahu sejarah bakal isteri aku supaya aku tak lakukan benda yang sama dekat dia kalau kami dah kahwin nanti.. " Kata Sufian

" Apa kau cakap tadi.. Kau dengan Maisyara akan kahwin.. Mana kau jumpa dia... Macam mana keadaan dia sekarang.." Tanya Iqmal bertalu talu

" Aku dengan Maisyara akan kahwin tak lama lagi.. Aku jumpa dia.. beberapa bulan yang lepas bersama anak dia..Eh..Anak kau.." Sindir Sufian

" Aku tak percaya kau dengan Maisyara akan kahwin.. Mia hanya cintakan aku seorang.. Kau jumpa anak aku.. anak aku macam mana.. Dia sihat tak.. Boleh aku tahu.. mana kau jumpa diorang Pian.. " Pinta Iqmal lagi

" Aku boleh bagitahu kau dimana Mia dan anak kau berada sekarang.. Tapi kau kena buat apa yang aku nak .. boleh ke tak.. " Tanya Sufian

" Aku sanggup buat apa sahaja kalau itu dapat mempertemukan aku dengan anak aku.. " kata Iqmal lagi

" Betul kau sanggup buat apa sahaja" Sufian mahukan kepastian

" Betul.. Aku sanggup.. Asalkan kau bawa aku jumpa diorang.. " Rayu Iqmal lagi

" Baik lah.. Aku nak kau ikut aku ke satu tempat.. sampai sana nanti..kau akan jumpa diorang dan dekat situ aku nak kau buat apa aku nak kau buat.. setuju.. " Kata Sufian lagi

" Satu tempat .. kemana..." Iqmal pula yang mahukan kepastian

" Nanti kau akan tahu kemana.. Kau setuju ke tidak.. " Tanya Sufian lagi

Tanpa berfikir panjang.. Iqmal terus bersetuju dengan cadangan Iqmal sebentar tadi..

" Baik lah.. aku setuju.. " kata Iqmal

" Bagus... jom.. kita pergi sekarang.. " Kata Sufian sambil tersenyum.. Senyuman yang mengundang seribu makna bagi Sufian sehingga membuatkan Iqmal tidak sedar apa yang sebenarnya berlaku


*******************

Mereka tiba di satu kawasan yang di maksudkan oleh Sufian sebentar tadi..

" Urm... tempat apa ni Pian.. " Tanya Iqmal setelah dia mengamati sekeliling kawasan itu toada satu pun rumah yang ada hanya satu pondok usang..

" You datang juga akhirnya baby.. Lama i tunggu you.." Sapa satu suara yang amat dikenali..

Iqmal menoleh kebelakang, alangkah terkejutnya Iqmal apabila mendapati pemilik suara itu adalah Melina..

" Melina.. You buat apa dekat sini.. Apa yang you nak.. "- Iqmal Ilham

" Apa i buat dekat sini.. I nak apa dari you.... Good job Sufian.. I dah sediakan habuan untuk you.. Dan tugas you sampai sini je.. Pasal budak yang dekat dalam tu.. nanti aku akan uruskan.. Bapa budak tu ada kat sini.. You boleh balik dan lakukan apa saja dekat Maisyara.. Thank you Sufian.. "- Melina Alia

" Ok boss .. aku belah dulu.. see you later.. " - Sufian Iqbal

" Budak.. Maksud kau.. apa perempuan.." Tanya Iqmal dengan nada marah

" Oohh... lupa nak kenalkan.. Budak yang ada dalam pondok tu... Anak kau .. Daniel Imran Bin Iqmal Ilham.. " Kata Melina sambil menunjuk ke arah pondok yang ada di hadapan mereka..

" Anak aku.. kenapa kau culik dia.. kenapa..Kau nak apa sebenar nya Melina.. "Tegas Iqmal

" Aku nak... anak kau mati... Dan aku nak..kau yang bunuh anak kau.. kalau tak... Maisyara pun akan mati.. Kau jangan lupa Iqmal.. Nyawa Maisyara dalam bahaya sekarang.." Kata Melina

" Kalau kau nak bunuh aku.. Silakan Melina.. tapi bukan anak dan isteri aku.. Kenapa kau buat aku macam ni.." Tanya Iqmal lagi

" Siapa.. Isteri kau.. pembetulan Iqmal.. Belas isteri you.. Janda kau...Kau tahu kenapa aku benci dengan kau.. Kenapa aku culik anak kau.. Kau nak tahu tak.." Kata Melina sambil mengacukan sepucuk pistol ke arah badan Iqmal..

" Kau nak bunuh aku.. Bunuh aku.. jangan sentuh anak aku..aku merayu dekat kau.. Kalau kau nak harta.. Aku boleh bagi.. Kau nak apa kau cakap .. " Kata Iqmal

" Aku tak nak harta kau.. aku tak nak apa apa.. yang aku nak.. kau bunuh anak kau.. dan kau bunuh diri kau sendiri depan Maisyara.. "- Melina Alia

" Kau dah gila.. Mana mungkin aku boleh bunuh anak aku.. Kau gila.. " Kali ini air mata lelaki nya jatuh membasahi pipi..

" Aku memang gila.. Sebab tu.. Aku nak kau bunuh anak kau Daniel.. kemudian kau bunuh diri sendiri... Kau tahu tak.. Di sebabkan kau kahwin dengan Maisyara aku menderita.. Di sebabkan kau juga Sufian menderita.. Kami sakit bila orang yang kami sayang membelot kami.. kau faham tak.." Tengking Melina

" Kau salah Melina.. Kau lupa.. Siapa yang tinggalkan kami dulu.. Siapa.." Kata Iqmal

" Kami tinggalkan kamu berdua.. Bukan kau ke yang merancang ini semua.. Kau suruh orang lain bagitahu Tina bekas kekasih Sufian yang Sufian masih cintakan dia.. Kau upah orang perangkap Sufian dan Tina.. kau letak dadah dalam rumah mereka sehingga mereka di tangkap.. Dan kau buat tawaran palsu yang mengatakan aku harus pergi ke luar negara.. Sebab kau tahu aku memang ternanti nanti tawaran sebegitu dan aku akan pergi kesana.. Kau perangkap aku.. Kau letak dadah dalam beg aku.. Polis tangkap aku pada hari sama Sufian dan Tina di tangkap.. Dan rancangan kau berjaya apabila kau berjaya kahwin dengan Maisyara..Kau lupa ke Iqmal.." - Melina Alia

" Macam mana kau tahu semua ni.. " Kata Iqmal

" Kau ingat aku akan berdiam diri.. Sedangkan aku tahu aku tak bersalah.. Kau masih ingat.. Kenapa kau ceraikan Maisyara..dan kau sanggup buang anak kau.. Kau kata anak kau bukan darah daging kau.. Ingat lagi tak Iqmal.. "

" Rupa rupanya..Kau perangkap aku untuk kahwin dengan kau hanya untuk kau membalas dendam.." Kata Iqmal ingin tahu

" Betul.. Aku dan Sufian yang rancang semua ni.. Kami yang rancang supaya kau dan Maisyara bercerai sebab kami tak mahu Maisyara hidup dengan penipu macam kau..." Kata Melina

Tanpa Iqmal sedar.. Maisyara dan Sufian ada di situ.. Maisyara mendengar segala galanya.. Maisyara tidak mampu lagi menahan amarahnya lalu berkata..

" Sampai hati awak Iqmal.. Sanggup awak pisahkan saya dan Sufian.. Kenapa kau buat macam tu Iqmal.. Apa yang kau dapat.." Kata Maisyara dalam keadaan sebak..

" Mia.. You jangan percaya apa kata perempuan ni.. Dia fitnah i.. Dia saja reka cerita macam tu.. please..jangan percaya kata kata dia..

Iqmal mula takut di saat dia tahu yang Maisyara dengar apa yang Melina katakan padanya.. Dia cuba memberi seribu satu alasan demi menutup kesalahannya.. Namun Maisyara lebih memilih mempercayai Melina

" Sudah terang kau masih lagi berselindung.. kau nak aku tunjukkan bukti.. " Sergah Sufian yang sedari dari tadi hanya berdiam..

" Kau kejam Iqmal.. sampai hati kau buat macam tu dekat aku.. Apa kau nak dari aku Iqmal.." Kata Maisyara tegas

" Aku jadi macam ni sebab kau.. Sebab kau Izzani Ilham mati.. Sebab kau.. Kau masih ingat siapa Izzani.." tanya Iqmal..

Soalan Iqmal membuatkan semua orang memandang sesama sendiri apabila nama Izzani Ilham yang sekian lama tidak di dengari..

" Siapa Izzani Ilham.." Tanya Sufian ingin tahu

" Izzani Ilham.. abang aku.. abang kembar aku.. Abang yang menyukai Maisyara sejak kecil tapi kau tolak cinta dia..Kau lebih memilih Sufian.. Apa kurangnya dia berbanding dengan Sufian Mia.." - Iqmal Ilham

" Aku memang tak pernah menyukai dia.. Dari dulu aku hanya anggap dia sebagai seorang sahabat dan tak lebih dari itu.. Lagipun.. perkara itu dah lama.. Dia pun dah tak ada.. Apa kaitan semua ni dengan situasi sekarang Am..." - Maisyara Damia

" Sebab kau abang aku bunuh diri.. Dia kecewa bila dapat tahu kau akan kahwin dengan Sufian.. Kau buat dia menderita.. Berkali kali dia hantar lamaran pada kau.. tapi kau tolak.. sehingga kau terima lamaran Sufian.. Abang aku tidak ubah seperti mayat hidup.. Dia kemurungan.. Setahun dia menderita sehinggalah dia mati.. Dia bunuh diri sebab kau Mia.. Dan dari situlah aku berjanji yang aku akan balas dendam.. Aku memang sayangkan Melina.. Aku cintakan dia.. Tapi bila aku dapat tahu kau dan Sufian akan berkahwin.. Aku ajak Melina kahwin pada tarikh yang sama dengan tarikh perkahwinan kau dan Sufian.. Tapi siapa sangka.. Aku berjaya gunakan Tina dan membuatkan Sufian tinggalkan kau..Dan aku juga rancang supaya Melina juga tinggalkan aku..Puas hati kau sekarang.. " Kata Iqmal marah..

" Kau bodoh Iqmal.. Kau bodoh.. Selama ni aku anggap kau kawan aku.. tapi aku tak sangka kau sanggup buat semua ni demi dendam kau.."- Sufian Iqbal

" Aku sanggup buat apa sahaja demi abang aku Izzani.. termasuk lah kau.. " Iqmal merampas sepucuk pistol yang berada di tangan Melina membuatkan mereka terkejut..

" sekarang aku nak bunuh budak tu.. dan aku akan bunuh kau sekali Mia.. " Kata Iqmal dan dia berlari menuju ke arah pondok yang ada di hadapan mereka..Dan mereka bertiga juga turut berlari menuju ke arah pondok namun belum sempat mereka melangkah masuk.. mereka terdengar bunyi sesuatu

Panggg..... Kedengaran bunyi tembakkan di lepaskan.. Mereka bertiga bergegas masuk ke dalam pondok untuk melihat apa yang berlaku..

" Astagfirullah..Ya allah.. Daniel... " Kata Maisyara lemah.. cepat2 dia mendapatkan Daniel..

" Kamu semua cabar aku.. untuk bunuh budak ni.. Aku dah buat.. sekarang.. aku nak bunuh kamu semua.." Iqmal menarik semula picu pistolnya lalu di arahkan kepada Maisyara..

Belum sempat Sufian berbicara.. Iqmal sudah pun melepaskan satu lagi tembakan ke arah Maisyara.. Membuatkan Daniel dan Maisyara berlumuran darah.. Melina yang terkejut akan tindakkan Iqmal lalu meluru ke arah Iqmal.. Tidak semena mena..Iqmal juga turut melepaskan satu lagi tembakkan ke arah Melina..

" sekarang.. tinggal kau Sufian..Kau pilih.. Nak aku tembak kau atau kau nak tembak diri kau.." kata Iqmal memberi pilihan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience