" Kau nak apa lagi ni Melina.. " Tengking Iqmal
" You tengking i Iqmal.. I isteri you.. I berhak tanya kemana you pergi dan minta itu ini dari you.. "
" You isteri i.. Asal you tahu Melina.. I menyesal kahwin dengan you.. Kalau i tahu you sengaja perangkap i malam tu.. You ingat i nak kahwin dengan you.. I menyesal kahwin dengan you dan i menyesal ceraikan isteri i Maisyara.." Kata Iqmal marah
" Ooo..jadi you salahkan i atas apa yang berlaku selama ni la.. You yang bodoh.. you ingat i senang senang nak biarkan you bahagia dengan betina tu.. You salah Iqmal.. I sanggup buat apa sahaja asalkan i dapat you.. " Kata Melina sombong
" Sial punya perempuan.. Mulai hati ini.. Aku cer........." belum sempat Iqmal menghabiskan kata katanya, Melina terlebih dahulu memotong..
" Kau nak apa.. Kau nak ceraikan aku.. Itu pun kalau kau tak kisah pasal Maisyara la.. Kalau kau berani.. kau ceraikan aku.. Tapi ingat.. jangan menyesal pula nanti.. " Kali ini Melina pula yang menengking Iqmal..
" Aku nak ingatkan kau.. Kau sentuh sehelai rambut Mia.. Aku bunuh kau Melina" Amarah Iqmal semakin bertambah apabila pergaduhan mereka di kaitkan dengan Maisyara..
" Kau ugut aku Iqmal.. Kalua kau berani sangat.. Kau cuba lah ceraikan aku.. " Marah Melina lagi
" Kau jangan cabar aku Melina.. Aku boleh buat apa sahaja.. Kalau aku boleh ceraikan Mia aku pun boleh lakukan benda yang sama pada kau.. "Iqmal meninggikan suaranya kepada Melina
" Jadi.. apa kau tunggu lagi.. ceraikan aku Iqmal.. Ceraikan.. Aku yakin kau tak akan dapat lakukan.. Kau milik aku Iqmal.. kau lepaskan aku.. Nyawa Mia juga melayang.. " Kali ini lebih keras Melina mengugut Iqmal.. Dia tak mahu Iqmal ceraikan dia dan dia yakin Iqmal tak akan ceraikan dia..
" Malas aku layan kau.. lebih baik aku keluar dari rumah neraka kau ni.. Tapi aku nak ingatkan kau sekali lagi.. Kau sentuh walau sehelai pun rambut Mia..Aku bunuh kau.. " Kata Iqmal sedikit tegas dan dia berlalu pergi meninggalkan Melina seorang diri..
" Iqmal..Iqmal.. dasar lelaki dayus.. " Jerit Melina seusai sebatang tubuh milik Iqmal keluar dari rumahnya..
*******************************
Iqmal menguak pintu rumahnya agak sedikit kasar mungkin di sebabkan sisa amarahnya pada Melina masih membuak di dadanya.. Iqmal lalu merebahkan badannya ke arah sofa di ruang tamu rumah nya.. Baru hendak Iqmal melelapkan matanya.. Dia seakan akan mendengar satu suara yang amat di kenalinya..
" Mia.. Mia ke tu... Am rindu Mia.. " Jerit Iqmal dan dia tersedar semua itu hanya mimpi dan khayalan semata mata.. Sungguh dia amat merindui wajah, suara dan sebagainya kepada Maisyara..
" Kalaulah aku tak ikut kata kata Melina dahulu.. Mesti semua perkara ni tak jadi.. " Kata hati Iqmal..
Namun semuanya sudah pun berlaku.. Tiada apa yang perlu dia sesali.. Iqmal Imran yang memilih untuk membuang isteri dan anaknya.. Di kala Iqmal sedang termenung, tiba tiba dia teringat akan sesuatu.. Iqmal terus bangkit dan menuju ke arah bilik tidur yang pernah menjadi mahligai bahagia dia bersama Maisyara..
******************
Dua tahun telah berlalu.. Daniel kini sudah berusia 1 tahun lebih dan dia membesar dengan baik.. Maisyara juga sudah menjadi wanita yang berjaya.. Dia kini sudah memiliki sebuah butik sendiri..
" Daniel.. jom kita balik.. " Panggil Maisyara
" Dah nak balik ke.. " Kata Sufian
Ya.. Sufian yang selalu menemani Miasyara.. Dan Sufian juga yang selalu berjumpa dia dan Daniel jika ada masa lapang.. Sufian juga yang berjaya mengubah hidup dia dan Daniel.. Meskipun Maisyara belum lagi memaafkan Sufian di atas perbuatannya satu ketika dahulu..
" Da..niel nak main lagi la un..cle.." Kata Daniel petah..
" Mama ajak balik... Kita balik ye.. Ingat pesan uncle.. jangan lawan kata mama.. Daniel sayang mama tak.. " Segaja Sufian berkata sebegitu kerana dia tahu Daniel sangat menuruti kata kata ibunya
" Da..n..iel sayang ma..ma... Dan.....iel sayyaang un..cle juga.. Nak duk..ung... " Kata Daniel sambil tersenyum manis
Sufian lalu mendukung Daniel.. Dia dan Maisyara berjalan bersama meluru masuk ke dalam perut kereta.. Kereta yang di pandu Sufian meluncur laju di atas jalan raya menuju balik ke rumah Maisyara..
Share this novel