#9

Romance Series 7391

"macam mana awak tahu rumah saya."

itulah soalan yang pertama melintas di fikiran aku.

"kenapa awak buat macam ni?" Bari lah soalan yang lain muncul di kepala otak aku.

"sebab saya suka awak, Rose. sebab saya cinta awak." Kata kata Hazreen memeranjatkan aku.

"sejak kali pertama kita berjumpa. sejak itulah saya jatuh cinta dengan awak."

aku terus berlalu pergi, dir aku masih terkejut mendengar pengakuan Hazreen.

"Rose.. Rose!" Hazreen memanggil aku tetapi aku tidak mengendahkannya.

pang!!!

aku menghempas pintu membuatkan Shida yang berada di hadapan televisyen terkejut.

"kau kenapa, Rose?"

"Hazreen."

"siapa Hazreen?"

"orang yang bagi aku bunga."

"haa?"

"Hazreen abang Hareez, rupanya dia yang bagi aku bunga."

"macam mana kau tahu?"

"aku jumpa dia tadi."

"kau jumpa dia?"

"dia letak bunga tu depan rumah. Macam mana ni?" Aku memegang kepala aku.

"padanlah kau, Rose. adik dengan abang dah sangkut dengan kau."

***

"walid, ummi. Hareez dah bincang dengan Rose. Dia setuju hujung minggu ni Hareez datang meminang dia."

"ye ke, alhamdullilah." gembira sunggu Datin Afifah.

"Assalamualaikum." Hazreen

"waalaikumsalam." Mereka bertiga menjawab salam secara serentak.

"kau dari mana, Hazreen." Dato Ahmad pelik, dari tadi dia tidak bertemu Hazreem sehinggalah sekarang.

"ohh, Hazreen pergi rumah kawan tadi, Walid. ni kenapa berkumpul ni? ada hal ke."

"aah, tak lama lagi Ummi dapat menantulah."

"menantu?"

"aah, hujung minggu ni aku nak masuk minang Rose." Hareez

"oh, yeke. taniah." Muka Hazreen sedikit kecewa.

"ummi, walid. Hazreen naik atas dulu ye, melekitlah badan."

setiap kali berbincang tentang hal Rose dan Hareez mesti Hazreen akan mengelak.

"ish! Hareez, kau tak ada perempuan lain ke!" Syaiton menguasai diri Hazreen

"aku tak kisah, apa nak jadi , jadilah. yang penting Rose aku punya." sekarang lagak Hazreen tak ubah seperti pesakit 'pysico'.

Hazreen ketawa memikirkan rancangannya.

***

"Assalamualaikum, mak."

"waalaikumsalam, ye Rose."

"mak Hujung minggu ni Rose balik tau."

"hujung minggu ni? aik, bukan ke baru minggu lepas kau balik. selalunya kalau kau dah balik minggu lepas minggu ni kau tak balik dah."

"Makcik Melah, hajatmu akan termakbul tak lama lagi." dihujung kata kata aku aku ketawa kecil.

"hajat?"

"ye."

"Hajat yang mana ni?"

"amboi, nampak sangat ada banyak hajat ni."

Dihujung panggilan terdengar suara gelakkan emak aku.

"nanti orang balik, orang bagi tahu mak lah. nak buat suprise."

"ish budak ni, bagi jelah tahu sekarang. mak tak sukalah suprise suprise ni." sepertinya mak aku ni tak romantis langsung, macam manalah masa dating dengan ayah.

"no, mak kena tunggu."

"kau ba..."

"ok,mak bye. nanti orang balik orang bagi tahu. bye. i love you, muah muah muah." aku memotong ayat emak aku dan terus mematikan panggilan.

aku tahu kalau aku tak buat begitu emak aku akan membebel panjang supaya aku memberitahunya sekarang.

mungkin dari pandangan orang ternampak seperti aku kurang ajar tetapi inilah yang biasa kami buat untuk bergurau.

"ish budak ni, dia pergi letak telefon. hermm, nampaknya kenalah tunggu hujung minggu ni." mak Melah mendengus.

"kenapa mak?" Mawar yang dari dapur pelik melihat emak aku membebel seorang diri.

"tak, akak kau ni. hujung minggu ni dia balik tapi ada super.. superais? ha gitulah." mak Melah tergagap gagap apabila menyebut 'suprise'.

"suprise mak, suprise." Mawar ketawa.

" haa yang tulah."

"dia naik pangkat ke??"

"tahlah Mawar, dia kata tunggu dia balik."

mawar mendengus.

"haa, mak jomlah makan. Mawar dah siap masak." Mawar teringat tujuan utamanya pergi ke ruang tamu apabila terhidup bau rendang ayamnya.

"jomlah. mak pun lapar ni. kau masak apa?" hidung Mak Melah terhidu hidu, seperti dia kenal bau ini

"favorite maklah, rendang ayam."

"ooo, cepatlah. jom kita makan." tak sabar nampaknya Mak Melah.

***

"sejak kali pertama kita berjumpa. sejak itulah saya jatuh cinta dengan awak."

ayat itu terngiang ngiang di kepala otak Rose.

"arghh, Rose cuba kau jangan fikir. kau kena bersabar dan bertenang." Aku mengetuk kepala aku.

"Rose!" Hareez yang lagi tadi melihat gelagat aku tiba tiba muncul di hadapan aku.

"mak kau hijau!" aku terus menutup mulut aku.

"mak saya, bakal mak awak juga." Hareez mendekatkan wajahnya dengan wajah aku.

muka aku terasa panas, mungkin kerana malu akan terbuatan Hareez terhadap aku.

"hem hem." satu deheman kedengaran di belakang Hareez.

alamak, Dato ke? Soalan itu membuatkan aku berpeluh. Begitu juga Hareez. perlahan lahan Hareez pandang kebelakang.

"eh, Hazreen. kau buat apa dekat sini?" Hareez sedikit tenang.

"aku nak jumpa Walid. ada hal nak bincang." pandang mata Hazreen tiba tiba beralih ke arah aku dab satu senyum telah dilepaskan.

aku membalas senyuman itu, aku membuatkan seolah tiada apa yang berlaku.

"Rose, Dato ada dekat dalam?"

"ada, kejap ye." aku terus menekan telefon yang berada dihadapan aku.

"Dato, Hazreen datang nak jumpa Dato."

"haa, Hazreen? suruh dia masuk."

"baik,Dato."

"Hazreen, Dato suruh masuk."

semasa Hazreen melangkah kebilik Dato, Hareez bermain mata dengan aku.

Aku membesarkan mata aku apabila dia mengenyitkan matanya kearah aku.

semasa itu, Hazreen toleh kebelakang. Ia menjuihkan bibirnya apabila melihat gelagat kami.

"menyampah." perlahan sahaja suaranya.

tok tok tok

kelibat Hazreen sudah tak terlihat di sebalik pintu bilik Dato Ahmad.

Lama juga mereka berbual, sehingga masa rehat sudah masuk barulah Hazreen keluar.

"eh, Rose awak tak pergi lunch ke?" kata Hazreen yang baru keluar dari bilik Dato.

Didalam hatinya dia berkata. "peluang emas ni."

sebelum dia mengajak aku untuk makan bersama, sekelip mata Hareez muncul di sebelahnya.

"Rose, jom lunch."

"ok, kejap ye. awak tunggu kejap saya nak kemas meja ni dulu."

"ok. Hazreen, kau nak ikut tak?"

"haa?" Hazreen tidak dengar apa yang dikatakan ileh Hareez kerana asyik melihat aku.

"kau nak ikut aku lunch sekali tak?"

"oh, tak apalah." Hazreen menolaknya kerana takut membuatkan hatinya sakit.

tetapi dia mempunyai satu rancangan, fasa pertama untuk pisahkan aku dengan Hareez.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience