#3

Romance Series 7391

"Assalamualaikum."

"waalikumsalam" Shida.

"eh, kau dah balik Shida? Awalnya." Aku berasa hairan kerana selalunya, aku balik dulu daripadanya.

"haah, lunch tadi terus aku terus ambil mc. Badan aku tak laratlah." Shida mengurut ngurut bahunya.

"kau demam ke?" aku meletakkan tangan aku di kepada Shida.

"Ya Allah Shida, badan kau panas sangat ni. Kau dah pergi ke klinik?" Aku berasa panik, sebab Shida ni jarang sakit. tapi kalau dia sakit, teruk juga.

"Dah, tapi sakit kepala aku ni makin menjadi jadilah." Jawab Shida lemah.

"jomlah Shida kita pergi hospital." Aku amat risau akan Shida kerana kali terakhir dia sakit, tahun lepas. Empat hari berkampung di hospital.

"Tak payahlah, aku ok je." Shida berdalih.

"tadi kau kata sakit kepala, jomlah." aku menarik tangan Shida. Badannya sungguh panas.

***
Giliran Shida sudah sampai. Hampir 10 minit juga Shida berada dalam bilik doktor.

"haa, Shida apa doktor cakap." aku terus menuju ke Shida sebaik sahaja dia keluar dari bilik itu.

"tak ada apa apa. Demam biasa, tak ada lah teruk."

Lega aku mendengarnya. Jali ini nama Shida dipanggil untuk mengambil ubat di kaunter pembayaran.

"jomlah balik, tapi sebelum balik kau nak makan apa apa tak." tanya aku. Aku tahu Shida ini kalau sakit mesti susah nak makan.

"tak nak lah, aku tak lapar."

"Kalau kau tak lapar, kau kena makan juga. takkan nak makan ubat dengan perut kosong je. Nanti kita singgah kedai, bungkus nasi." Aku terus menarik tangan Shida untuk beredar.

Shida hanya akur, dia malas nak bertekak dengan aku. dia tahu kalau dia bertekak dengan aku, peluang untuk dia menang tipis. jadi dia ambil langkah untuk menturutinya sahaja.

Ubat yang dipegang Shida terjatuh.
." eh , Rose kejap. Ubat aku jatuh." Shida memberhentikan langkah.

"biar aku ambil." aku terus pergi ke tempat ubat itu jatuh.

Tiba tiba ada seorang lelaki datang dan mengambilnya.

"ini cik punya ke?" lelaki itu bertanya.

Aku terpegun.

"eh, Rose! Buat apa dekat sini? Rose sakit ke?" lelaki itu menanyakan aku soalan bertubi tubi dengan riak muka yang risau.

Rupanya lelaki itu adalah Ian. Hati aku bagaikan digiris lagi dan lagi. Kenapa aku harus bertemu lagi dengan dia. Kenapa. Kenapa!!

"eh taklah, Shida ni demam." jawab aku tenang melawan hati aku yang sakit ini. aku membelek ubat yang dihulurkan tadi.

"Awak buat apa dekat sini. Asmira sakit ke?" giliran aku pula menanyakan soalan kepada Ian.

"eh taklah, Saya melawat kawan saya tadi." Ian tersenyun kepada aku.

Shida datang mendekati aku apabila menyedari kehadiran Ian. Shida mengusap ngusap belakang aku. Dia tahu hati aku tengah sakit sekarang .

"eh, Ian. Apa khabar lama tak jumpa?" Shida menyampuk. Rasa tenang sikit apabila Shida menyampuk perbualan kami.

"Eh, Shida. Khabar baik." Ian memalingkan mukanya kearah Shida.

"herm, kebetulan kita dah jumpa ni. jom saya minum minum dulu." pelawa Ian. Pandangannya kembali kearah aku. Aku terus menundukkan kepala.

"eh tak apalah Ian, aku tak larat ni. nak terus baliklah." Shida berdalih, dia tahu aku sudah tidak selesa dengan tingkah laku Ian.

"oh, kalau macam itu, tak apalah. lain kali jelah ye." Ian hanya tersenyum. Tetapi matanya tidak beralih melihat kearah aku.

Shida terus menarik tangan aku. Terasa kosong hidup aku seketika. Kenapa harus aku berjumpa lagi dengan dia

Tetapi kali ini, aku tak akan menangis sebab lelaki tak guna tu. Aku kena kuat, kuat!!!

sesampai sahaja di parking. aku terus memandu kereta aku. aku hanya mendiamkan diri. Entah memikirkan apa.

"kau ok ,Rose?" tanya Shida apabila melihat aku diam sahaja.

"eh, ok. Kenapa?"

"taklah aku tengok kau tu lain macam je lepas jumpa Ian."

"kenapa, kau ingat aku nangis?. memang taklah aku nak nangis sebab lelaki tu"

"baguslah kalau macam tu."

"ok, kau nak makan apa?" Kata aku apabila aku berhenti disebuah kedai makan.

"Nasi goreng 1." Shida.

***

"Morning, Dato." aku memasuki bilik dato membawa secawan kopi.

"Morning, Rose." Dato Ahmad tersenyum melihat aku.

"ok, Rose hari ni. kita akan dapat staff baru. Kerani." sambung Dato Ahmad lagi.

"staff baru Dato?" aku bertanya.

"ye. Ah, nanti kalau dia dah datang suruh dia masuk bilik saya ye."

"baik Dato." aku terus keluar. Siapalah orang itu ye, lelaki ke perempuan. Aduh tidak sabar rasanya mahu menerima ahli baru.

***

"hai, Rose." seorang lelaki berkemeja biru menegur aku.

"eh, encik Hareez."

"Tak payah berencik enciklah Rose." Hareez tersenyum.

"Oh, Hareez nak jumpa Dato ye? tunggu jap ye." Aku terus berjalan menuju ke bilik Dato.

tok tok tok

"masuk."

"Dato, Encik Hareez datang."

"suruh dia masuk."

Aku berlalu keluar dan memanggil Hareez untuk masuk ke bilik Dato.

"Rose awak tunggu sekali di sini." arah Dato. Kenapa pula aku harus bersama mereka. Pelik pelik.

"Rose , inilah pekerja baru kita."

"pekerja baru kita? Hareez? Kerani?" hairan biasanya kalau anak ceo ni mesti akan dapat jawatan yang gempak gempak.

"ye, ada masalah ke?" Dato

"tak adalah, cuma peliklah. Biasanya anak Dato ni mesti.." belum sempat aku menghabiskan ayat, Dato Ahmad sudah menyampuk.

"Mesti dapat jawatan yang hebat hebat." Dato Ahmad berpeluk tubuh.

"Saya nak latih anak anak saya supaya mula dari bawah, mereka perlulah juga rasa betapa susahnya saya dulu sebelum meraih kejayaan ini." Dato menepuk bahu Hareez.

"Rose bawa Hareez ke meja dia ye, dan ingat jangan bagitahu yang Hareez ni anak saya."

"baik Dato, Encik Hareez jom ikut saya." aku terus keluar dan terus menuju ke meja yang dituju. Mejanya amat dekat meja aku. hanya beberapa langkah sahaja alu boleh sampai ke tempatnya.

"kan saya dah cakap jangan panggil encik." Kata Hareez sejurus keluar dari bilik Dato.

"Tak sopanlah."aku mengarukan kepala aku yang tidak gatal.

"heh, abangkan boleh. sopan juga tu." Hareez ketawa kecil.

Boleh tahan gatal juga mamat ni. Aku hanya diam dan terus terang sebenarnya aku malu. yelah aku diayat begitu sahaja. Cairlah juga. Tapi....

"eh, merah dah muka. Nape merah merah ni muka, lapar ye, nak cendol." Hareez mengenakan aku.

Aku terus menutup muka aku dan terus pergi ke meja. Aku menundukkan kepala. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa malunya aku.

"First day dah kenakan aku, Macam ni rupanya perangai Hareez." aku baru tahu yang perangai Hareez ni begini, sangka aku Hareez ni seorang yang pendiam.

Akhirnya tamat juga pekerjaan untuk hari ini. Alhamdullilah, hari ni tidaklah sesibuk mana. Walaubagaimanapun, aku kena berehat secukupnya malam ni, sebab esok ada mesyuarat penting bersama Dato Kasman. Biasanya jika bermesyuarat dengan Dato kasman ini tidak kurang daripada 3 jam. Sebab itulah aku harus mengumpul tenaga untuk esok.

"Rose, awak balik naik apa?" Hareez yang tiba tiba sahaja datang.

"eh, saya naik keretalah. kenapa?" aku pelik dengan soalan Hareez.

"tak ada apa, cuma saya nak ajak awak minum minum kejap boleh tak?" Serba salah aku untuk menolak atau menerima pelawaan Hareez.

"lain kali boleh tak Hareez sebab...." kata kata aku terhenti bila Hareez menyampuk.

"Abang Hareez." selamba muka Hareez apabila menyuruh aku memanggilnya 'abang'.

"Abang?" aku

"ye, abang. ke nak ayang." Hareez ni betul betul buat aku malu.

"tak bolehlah ABANG HAREEZ sebab esok saya ada mesyuarat dengan Dato." sengaja aku menekankan perkataan 'Abang Hareez'.

"ye ke. Kalau macam tu, lain kali jelah. eh, Rose. saya nak tanya ni." Hareez.

"nak tanya apa?"

"malam ni awak tak pergi mana manakan?" tanya Hareez.

"rasanya tak. kenapa?"

"kalau awak tak kemana, betullah apa yang orang dulu dulu cakap yang jodoh ni tak kemana." Lagi sekali hareez membuat aku malu.

"Byelah Hareez, saya balik dulu." aduh hari ni dah berapa kali aku terkena dengan Hareez ni.

"Bye bakal jodoh." selamba dia mengucapkan ayat itu.

aku tidak memandang pun Hareez. muka aku tebal menahan malu. Keluar je aku dari pintu Syarikat, terasa lega sedikit dihati ini. Aku hanya fikirkan bantal, katil dan selimut. Aku nak tidurrr.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience