"ummi, jangan tipu Hareez. apa dah jadi pada Rose?" Hareez memegang tangan Datin Afifah mengharapkan jawapan yang benar.
"Hareez sayang, kalau ummi cakap ni Hareez kena sabar ye." Datin Afifah cuba menenangkan anaknya dahulu.
"cakap je ummi. Kenapa dengan Rose? kenapa dia call Hareez mintak tolong? kenapa dia tak jenguk Hareez? kenapa ummi? kenapa?" bertubi tubi soalan yang dilontarkan Hareez.
"sayang, dengar sini. Sebenarnya masa Hareez dengan Rose kemalangan. Rose dah kena culik. tapi, tapi Hareez jangan risau walid dengan Hazreen dah uruskan." kata Datin Afifah.
"haa!? culik? Ya Allah Rose! ummi kenapa tak cakap dengan Hareez awal awal." Hareez
"eh, Hareez nak pergi mana tu?" Datin Afifah mula panik apabila Hareez cuba turun dari katilnya.
" Hareez ni tunang dia, takkan Hareez nak harapkan orang lain."
"tapi Hareez awak tu baru je sihat. Tak apa biar Hazreen dengan Walid yang uruskan. lagi pun diorang dah tahu dekat mana Rose berada sekarang ni." Datin Afifah
"tak ummi, tak. Biar Hareez yang tolong diorang, Biar Hareez." Hareez masih lagi dengan pegangannya.
"Hareez dengar cakap ummi, nak. Hareez rehat je dulu, Hareez tu baru je sihat. Kalau Hareez nak tolong jugak, Hareez tolonglah doakan agar semuanya selamat." Datin Afifah memengang bahu Hareez sambil menangis.
"tapi ummi, Rose mesti perlukan Hareez sekarang ni."
"ummi tahu, tapi biar pihak polis yang selesaikan." kata Datin Afifah.
sebagai anak Hareez hanya mampu akur dengan arahan umminya.
***
"Assalamualaikum, mak." Shida
"waalaikumsalam, eh kak Shida. masuklah kak." Mawar menyahut salam Shida.
"mana mak, Mawar?" Shida
"ada dalam bilik, jap ye Mawar panggilkan." Mawar
"eh, Shida."
"assalamualaikum, mak. Mak sihat?" kata Shida sebaik sahaja bersalaman dengan Mak Melah.
"waalaikumsalam, macam ginilah Shida. nak cakap sihat, tak sihat. nak cakap sakit tak sakit. orang tua biasalah." mereka bertiga pun duduk di ruang tamu.
"Mak Shida mintak maaf, sebab Shida baru je tahu pasal kes Rose ni. lepas je Shida sampai Malaysia, Shida dapat call dari kawan kawan kitaorang yang cakap pasal kes Rose ni." kata Shida. Shida baru sahaja balik dari Korea. dia bercuti bersama keluarganya. meluangkan waktu bersama, dia rasa amat terkilan kerana di sana dia bersuka suka tetapi di sini orang yang paling rapat dengannya menderita.
"tak apalah Shida, kita sama sama doakan dia ye." Mak Melah memengang tangan Shida.
"mak, hari ni Shida tidur sini tau. boleh tak?" kata Shida. Dia memang rapat dengan keluarga aku, mak aku dah anggap dia macam anak dia.
"boleh je, Shida. kalau Shida tidur sini tak adalah Sunyi sangat rumah ni." kata Mak Melah.
"tapi, Shida kena balik dulu sebab nak hantar barang barang. tadi sampai je Malaysia,Shida terus pergi sini. tak sempat balik." kata Shida.
"Ya Allah Shida, terima kasihlah ye nak. Terharu mak dibuatnya." Mak Melah sebak mendengar kata kata Shida.
"tak apalah mak, lagi pun Shida dah anggap mak macam mak Shida sendiri dah."
Shida bersalaman dengan Mak Melah dan terus keluar menuju ke kereta.
walaupun Mak Melah tidak kelihatan risau di wajahnya tapi hanya tuhan sahaja yang tahu betapa berkecai hatinya.
anak yang di jaganya bagai minyak yang penuh, sanggup membuat perkara yang keji ini. sanggup menculik adik angkatnya sendiri.
***
"shhh, shhh. diam, diam. hahahaha!! ka.. kau nak tahu tak satu perkara.. perkara . Hahahaha!! Mak aku mati sebab apa. Hahaha!! kenapa aku jadi anak angkat mak kau tu? semuanya bersebab. Hahahaha!!!" Kamal sepertinya gila.
gerak gerinya semakin lama semakin menyeramkan.
badan aku menggigil ketakutan. aku hanya diam membisu dan hanya menahan kesakitan yang aku alami sekarang ini..
"aku yang bunuh dia, hahahaha!! sapa suruh dia curang dengan bapak aku. hahaha!! aku masih ingat darah merah dia. pekat. mengalir laju. bau dia. hahahaha!!" Kamal bercerita dengan penuh perasaan.
aku menjadi semakin ngeri, aku menutup mata dan telinga aku.
"kau, dengar sini. dengar!!" dia merentap tangan aku supaya aku mendengar ceritanya.
"aku cucuk perut dia, lepas tu aku tetak tangan dia. banyak darah, Hahaha!!" Kamal
"ha, aku nak kau tahu aku buat kerja tu masa aku baru je berusia 9 tahun. hebatkan aku. Hahaha!! lelaki tak guna tu pon aku bunuh. masih segar dalam ingatan aku, leher yang berhalkum tu aku kelar, aku hiris, hahahaha!!" kata Kamal, badannya seolah olah menggigil.
"tapi mesti kau fikir macam tak logikkan, memang tak logiklah kalau aku buat sorang sorang!! kau.. kau nak tahu tak sapa lagi yang buat, bapak aku. Bapak aku!! hahaha!! Bapak aku yang buat.. Hahahah!! kita orang ikat diorang, tapi yang bunuh diorang aku.. Hahahaha!! aku!!" Kamal memengang muka aku.
"bapak aku kena tangkap,aku kena duduk dekat rumah anak yatim. lepas tu mak kau ambik aku jadi anak angkat dia. lepas kejadian tu sebenarnya aku ketagih. ketagih!! ketagih nak bunuh orang lagi. Hahaha!!"
aku menangis, aku hanya mampu menangis.
"shhh, shhh. sayang, jangan nangis. shhh"
manakala di bawah sekumpulan polis sedang mengatur strategi. setelah mengatur strategi ketua kumpulan polis itu mengarahkan untuk mereka semua mengambil tempat.
"hati hati tuan." kata seorang anggota polis kepada Inspektor Rahim apabila dia yang suka rela untuk pergi kerumah Kamal.
"Assalammualaikum" Inspektor Rahim mengetuk pintu rumah Kamal.
apabila mendengar orang memberi salam Kamal terus mengacukan pisau diperut aku, dia memberi arahan supaya aku senyap.
Aku terpaksa akur, kalau aku menjerit takut takut orang yang selamatkan aku tu pula yang jadi mangsa.
Tanpa menjawap salam, Kamal terus membuka pintu.
"Encik Kamal?" inspektor Rahim pura pura bertanya.
"ye, kau siapa?" Kamal hairan.
"saya inspektor Rahim, saya nak tanya sikit soalan pada Encik Kamal, boleh?"
"inspektor? maaflah aku sebuk hari ni." Kamal pun terus menutup pintu yang dibuka separuh, tetapi ditahan Inspektor Rahim.
"Inspektor, saya kata saya sibuk. lain kali je datang boleh?!" Kamal sedikit bengang.
aku terdengar perbualan Kamal.
"Inspektor?" aku
aku rasa ini adalah peluang aku untuk hidup.
"tolong!! tolong!!!" aku menjerit sekuat hati.
Apabila aku menjerit, Kamal terus menolak pintu dengan kuat.
Apabila Kamal bertindak sebegitu, sekumpulan polis datang menyerbu.
Kamal semakin panik.
"lepas Encik, mari kita bincang dulu." Kata Inspektor Rahim
Kamal tidak mengendah kata kata Inspektor Rahim, dia hanya mahu menutup pintu bilik itu.
tetapi kuadrat Kamal tidak setanding kuadrat sekumpulan polis. Akhirnya, Kamal terjatuh.
"Angkat tangan ke atas!" kata seorang anggota polis.
Kamal terus mengapai aku dan meletakkan pisau di leher aku.
"Kalau kau orang datang rapat, mati budak ni aku buat!! keluar!!" Ugut Kamal.
"sabar Encik Kamal. tenang." kata Inspektor Rahim sambil mengarahkan sekumpulan anggota polis untuk meletakkan senjata.
"aku nak korang keluar!!! keluar dari rumah aku!!" kata Kamal.
Inspektor Rahim mengarahkan supaya meninggalkannya bersendirian bersama Kamal.
"kau pun keluar!!" jerit Kamal. pisau semakin dekat dengan leher aku.
"tolongg." aku memejamkan mata aku kerana takut.
"Sabar Encik Kamal, bawa bertenang. Encik Kamal cakap apa yang encik Kamal nak." Inspektor Rahim
"aku nak kau keluar dari rumah aku!!" Kamal
"kalau kau tak keluar aku bunuh dia. Hahaha!!" ugut Kamal lagi.
sedang leka Kamal berbalah dengan Inspektor Rahim. aku mengambil peluang ini untuk menolak tangan Kamal.
Aku berjaya lepas dari pegangan Kamal, Inspektor Rahim terus mengeluarkan pistolnya.
Tiba tiba
"Arghh!!"
***
Apabila Datin Afifah sedang tidur di sofa, Hareez mengambil peluang ini untuk keluar.
Hareez tekat untuk menyelamatkan Rose. sedang dia hendak melarikan diri, seorang juru rawat terlihat Hareez dengan keadaan yang mencurigakan.
" Encik, Encik nak kemana tu?" juru rawat
"Encik!!" ia menjerit apabila langkah Hareez semakin laju.
"guard!! tahan pasion tu!!" kata Jururawat itu apabila aku semakin laju meninggalkannya.
"Encik, berhenti! Encik!" Pengawal keselamatan itu cuba menahan aku.
"lepaslah, lepas. Aku cuma nak selamatkan Rose je! lepas.." Hareez meronta ronta mintak dilepaskan, apabila pegangan beberapa pengawal keselamatan semakin kuat. dia terasa lemah, lalu jatuh dan terus menangis.
"ha, Hareez!! kenapa ni?" Datin Afifah yang terjaga akibat kekecohan itu berlari keluar apabila Hareez tiada di katilnya.
"maaf puan, tadi Encik ni dia nak lari." kata jururawat tadi
"lari?" tampak sayu di wajah Datin Afifah
"ummi, suruh diorang lepaskan Hareez. Hareez nak selamatkan Rose. ummi, please." rayu Hareez sambil menangis.
"nak, kenapa macam ni. Hareez tu sakit lagi, Rose pun ummi yakin tak nak Hareez selamatkan dia, kalau keadaan Hareez macam ni." kata Datin Afifah.
"tapi ummi, Rose. Rose ummi, Hareez tak ada dengan dia masa dia susah." terduduh Hareez di buatnya.
Nino nino nino
kedengaran bunyi ambulans semakin lama semakin dekat.
Hareez yanh berada di hadapan pintu masuk tergamam apabila melihat Hazreen turut berada di dalam ambulans.
satu katil dibawah keluar dari ambulans. banyak darah. kelihatan Hazreen menangis.
"Hazreen?" kata Datin Afifah
"kenapa ni Hazreen?" Datin Afifah bertanya lagi, air matanya sudah mengalir.
"ha, Rose? Rose!" Hareez meronta lalu terus pergi ke arah katil yang di sorong itu.
"Rose, maafkan saya. Rose, saya tak ada masa awak perlukan saya. Rose!" Hareez menjerit apabila dirinya ditahan oleh pengawal keselamatan.
Datin Afifah terus memeluk Hareez yang sepertinya sudah hilang pertimbangan lagi lagi apabila memlihat Rose berlumuran darah.
"Ya Allah Rose!!!" Hareez.
Apabila Hareez sudah diberi ubat penenang, dia tidur.
"Hazreen dah bagi tahu maknya Rose?" Kata Datin Afifah.
"tadi Hazreen dah call Mawar." jawab Hazreen ringkas. mungkin dia pun masih terkesima.
"habis tu siapa ambik diorang, walid ke?" kata Datin Afifah.
"tak, Mawar kata dia pergi dengan kawan Rose." Hazreen
" walid?" Datin Afifah
"kejap lagi walid sampai, dia ada hal dekat balai polis."
nampak penat di muka Hazreen. penat ataupun risau?
"Rose, tolonglah kuat. Hareez perlukan awak sekarang ni." kata Hazreen di lubuk hatinya.
bersambung...
Share this novel