#5

Romance Series 7391

"lepaslah!!"

"Ian sakit, lepas!" aku meronta minta dilepaskan.

genggaman Ian terlerai apabila satu tumbukan hinggap dimukanya.

"Rose, awak ok?" Hareez

"Hareez." hendak sahaja aku memeluknya, tetapi bukan mahramkan. Air mata aku jatuh juga akhirnya. bukan kerana sakit hati, tetapi takut. takut akan perangai Ian yang tidak dapat dikawal.

"Hareez, jaga jaga!" aku menjerit kepada Hareez apabila menyedari Ian hendak memukulnya.

"kau memang tak guna!" Ian menolak Hareez sehingga mereka berdua jatuh.

"dahlah tu Ian, kau ni kenapa! pergilah kau. aku tak nak lagi tengok muka kau!! pergi!!" aku menangis.

"Rose." Ian bangun dan mendekati aku.

"woi, kau jangan dekat dengan Rose!" Hareez bangun dan menarik bahu Ian supaya tidak terlalu dekat dengan aku.

"kau siapa nak halang aku!" Ian berang.

"aku? aku ni future husband dia. Kenapa?" aku terus memandang Hareez apabila dia mengatakan bahawa dia ialah bakal suami aku.

"Future husband? heh!" Sepertinya Ian tidak percaya.

"Ye betul, dia ni bakal suami saya."

Ian terdiam. Dia menundukkan kepalanya. Akhirnya dia berganjak dari situ, tetapi sebelum dia pergi ....

"sedangkan Isteri orang boleh dirampas, apa lagi bakal isteri." Ian berkata sebelum dia pergi.

"Allah!" aku terduduk, longgar rasanya lutut aku ini.

"Rose!" Hareez terkejut apabila aku terduduk.

"Saya takut. saya takut." aku menangis.

"tak apa saya ada." kata kata itu telah membuatkan aku memandang wajah Hareez. Di wajahnya tampak kerisauan disitu.

"Hareez."

***

"Shida, malam ni lainkan." Aku dan Shida berada di balkoni menggambil udara malam.

"lain apanya?" Shida berkerut kening.

"yelah lain, malam semalam tak hujan, malam hari ni hujan. hehehehe." aku ketawa. Shida hanya membuat muka tidak puas hati. Terkena sudah dia.

"Rose, kenapa masa aku balik tadi mata kau sembab. kau nangis ye?" Shida membelek belek cawan kopinya.

Aku diam

"Shida." perlahan aku memanggil Shida.

"hmmmm"

"masa aku balik kerja tadi, Ian datang."

"datang rumah!?" hendak tersembur air yang diminum Shida.

"bukanlah!" aku menepuk bahunya.

"abis tu." Shida

"office aku."

"kau ok tak?"

"aku ok. cuma aku trauma je."

"trauma, dia ada buat apa apa dengan kau ke?"

"dia tarik aku masuk kereta dia. tapi nasib ada Hareez, kalau tak tak tahu nak buat macam mana."

"kau tak apa apakan?" Shida kerisauan.

"aku ok, cuma aku takut je Ian tu buat hal lagi."

"kau doa doa jelah, dia tak ganggu kau."

"Shida, jomlah masuk. Dah malam ni, esok dah lah nak kerja." Aku

"jomlah. Aku pun dah ngantuk ni." Shida menguap.

***

"Rose." Satu suara mengejutkan lamunan aku.

"eh, Hareez. kenapa ye?"

"hermm, ni pasal semalam."

"pasal semalam?" aku mengerutkan dahi aku.

"ya..yang semalam tulah, yang saya cakap saya ni future husband awak." makin lama suara Hareez makin perlahan.

"saya minta maaf tau. saya tak berniat nak cakap macam tu." Hareez menundukkan mukanya.

"eh, tak apa. lagi pun awak dah selamatkan saya. dan pasal semalam awak jangan bagi tahu sesiapa tau."

"kalau saya bagi tahu walid saya?" Hareez mengenyitkan mata kepada aku.

aku membalas kenyitan mata Hareez dan jelingan.

"dahlah, pergi sana buat kerja." aku

selama2 jam Dato, aku dan ahli pemasaran bermesyuarat. agak lama juga,.selalunya jika kami bermesyuarat tidak sampai 2 jam. sejam atau satu jam setengah sahaja.

Sebaik sahaja semua ahli pemasaran keluar, Dato Ahmad memberitahuku yang Datin Afifah menjemput aku untuk makan malam bersama mereka.

"Rose, Herm wife saya nak suruh awak datang makan malam dekat rumah kami. malam ni." Dato

"malam ni?" aku sedikit terkejut.

"ye, nanti saya suruh Hareez ambi awak."

"Hareez mana tahu rumah saya dekat mana,Dato."

"tak apa. awak share he location awak tu dekat Hareez."

Amboi amboi amboi senang sahaja dia suruh aku bagi lokasi rumah aku dekat si Hareez. Dahlah Hareez tu lelaki. Aduh.

"saya tak nak dengar alasan pada awak, saya cuma nak awak hadir je malam ni." kata Dato.

belum sempat aku memberi alasan, sudah Dato jangkakannya. Terpaksalah aku.

***

"apa, Boss kau invite kau dinner rumah dia?" Shida terkejut melihat keakraban aku dan boss aku.

"ye, kenapa kau tak percaya ke?" sengaja aku mahu cemburukan Shida.

"untunglah kau." bunyinya seperti Shida merajuk.

Tit tit

Satu nombor yang tidak dikenali telah menghantar aku mesej.

'Hello Rose.'

'siapa ni?'

'sayalah, jodoh awak.'

'betul betulah!'

'amboi, marah nampak. ni sayalah Hareez. Cepatlah Share location rumah awak.'

'nasib baik saya tak block, lain kali jgn lah main main.

'Yelah, cepat share location awak.'

'ok dah, saya tunggu dekat bawah tau.'

'Ok, jaga diri sayang.'

' eeeii'

Shida melihat aku yang tersengih macam kerang busuk.

"Kau kenapa, Rose?"

"Haa, tak ada apa apa, ok bye Shida aku nak tunggu driver aku dekay bawah." Aku ketawa.

"Yelah, Rose. Tunggu driver kau tu hati hati, dah malam ni. Jangan balik lewat sangat."

Shida tak ubah seperti seorang ibu.

"Yelah, ibu Shida."

***

"Mana Hareez ni? Lamanya." Aku mengeluh apabila sudag 10 minit aku menunggunya.

Tin tin

"Sorry Rose, tadi saya sesat. Maklumlah dah malamkan."

"Yelah tu, ke melencong ke lain." Aku terus memasuki kereta Hareez.

"Hareez, siapa je yang ada dekat rumah awak tu?" Hati aku mula berdebar.

"Ummi, walid dengan saya jelah."

"Mana Hazreen?" Aku pelik apabila Hareez tidak menyenaraikan sekali nama Hazreen.

"Oh, Hazreen dia pergi holiday dengan kawan dia. Satu minggu."

"Ohh. Bila dia balik?"

"Lusa, aik kenapa ni tiba tiba tanya pasal Hazreen."

"Tak ada apa apa."

"awak jangan. saya jelous ni tau."

"eii, mengada."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience