#8

Romance Series 7391

"Rose, kau nak pergi mana?" Shida bertanya apabila aku tiba tiba sahaja bangun dari tempat duduk aku.

"ahh, toilet."

"aku pun nak pergi juga, Asmira kau tunggu sini dulu ye." Shida mengikuti aku.

***

"Asmira?" Ian

"buat apa pula betina ni dekat sini? lelaki tu bukan kee...." Ian ingin mengecam Hareez.

"Asmira!!!"

"Ian"

"kau buat apa dekat sini ahh?!"

"Encik bawa bertenang, ni public. ramai orang tengok." Hareez ingin menengangkan Ian.

"Tenang kau kata, kau yang buat aku baran sekarang nu. perangai kau ni memang terukkan, kenapa Rose dah tak nak kau ke sampai kau kacau bini aku." Hati Ian sedikit mengharapkan yang Rose dan Hareez berpisah.

"Encik, tolong jangan salah faham."

"jangan salah faham otak kau!" Ian menolak bahu Hareez.

"woi, betina. kau memang jalangkan!" Ian menarik rambut Asmira, Asmira menangis kesakitan.

"Ian!!" aku menjerit apabila melihat Ian memperlakukan Asmira seperti itu.

"awak ni kenapa, Ian. Kenapa awak buat dia macam ni, dia ni isteri awak!" aku berang melihat perilaku Ian.

Ian melepaskam genggaman tangannya yang menarik rambut Asmira.

"Isteri? haa, sepatutnya awak yang jadi isteri saya Rose. Bukannya dia ni!" Ian menolak kepala Asmira.

"Ian!!" Aku

"abang, kalau betul abang tak sayangkan saya dah. abang ceraikan saya."Kata Asmira sambil menangis.

"sejak bila aku sayang kau!"

"kalau macam tu, abang ceraikan saya!" Suara Asmira sedikit meninggi.

"kalau kau nak sangat. Asmira Adina binti Dato Lokman aku ceraikan kau dengan talak 3!! Puas hati kau, puas!!" Ian

"ye, baru puas hati saya ni!" Asmira menjawab dengan penuh berani.

"saya tak kisah kalau jadi janda muda sekali pun asalkan hidup saya tak merana, lagi lagi bila bersama dengan lelaki yang macam awak, Ian!" Asmira semakin berani, kali ini Ian tidak boleh melakukan apa apa kepadanya.

"kau.." Ian mendekati Asmira.

"Ian, baik awak pergi sekarang sebelum saya call polis." Aku mengarahkan supaya Ian pergi supaya kekecohan tidak lagi berlaku.

Dari tadi, kami hanya menjadi tumpuan disitu, aku juga perasan yang ada orang merakamnya.

Aku mengajak Asmira, Hareez dan Shida supaya keluar dari kafe ini.

***

"kesiankan dekat Asmira, tak sampai setahun pun khawin." Shida.

selepas membuat laporan polis tentang kes penderaan Asmira, kami menghantarnya ke rumah keluarga Asmira.

Menangis teresak esak Asmira apabila menceritakan kesnya kepada keluarga dia.

"tulah, aku pula yang rasa bersalah." aku dan Shida sudah jalan dihadapan manakala Hareez di belakang kami.

"Rose." Hareez memberhentikan langkah kami.

"ye, Hareez. kenapa?"

"boleh tak malam ni saya nak jumpa awak? ada benda saya nak cakap dengan awak, sambil kita dinner sekali." Kata Hareez.

"kan boleh cakap sekarang, jomlah kita pergi kedai mana mana dulu." kata aku

"ish, kau ni Rose. pergi jelah malam ni." Shida menyiku tangan aku. Shida memberi isyarat supaya aku setuju dengan ajakan Hareez.

"yelah, malam ni tau. kalau macam tu saya balik dulu."

Hareez tersenyum apabila aku setuju.

"saya ambil awak tau malam ni, pukul 8." Hareez

aku hanya senyum dan berlalu pergi.

8 MALAM

"Shida aku pergi dulu, bye." aku

"ok, hati hati. jangan balik lambat sangat, suruh Hareez tu jaga kau elok elok." Tak ubah seperti ibu

selepas 10 minit kemudian, Hareez datang.

"sorry lambat."

"kali ni apa pula alasannya."

Hareez membukakan pintu untuk aku masuk.

Hareez hanya tersengih. Di dalam kereta, sunyi sepi.

"Hareez."

"ye."

"sebelum ni, awak ada girlfriend tak."

"hmm, kenapa awak tanya?" Hareez tidak menjawab pun pertanyaan aku.

"awak jawablah dulu soalan saya."

"ok ok, ada. tapi dululah."

"sekarang? jujur tau."

"sekarang? mestilah ada."

kata kata Hareez membuatkan aku terkejut.

''saya cuma nak awak tahu, yang saya tak suka diperbodohkan."

"perbodohkan? apa awak merepek ni, saya tak memperbodohkan awak."

"jangan mainkan hati saya."

"ohh, hahahaha. ini mesti sebab awak tak dapat tangkap lagikan maksud saya."

"maksud saya girlfriend saya yang sekarang ini ada dekat sebelah saya."

malu aku hanya Allah sahaja yang tahu. Aku terus memandang ke tingkap.

Setelah abis makan malam bersama, Hareez membawa aku ke suatu tempat.

"wah, cantiknya!" aku teruja apabila melihat lampu lampu yang berada disini.

"dekat sinilah selalu saya tenangkan diri saya. Tapi tengik masa lah juga. kalau ramai tak jadi saya nak tengangkan diri saya."

"Rose."

"ye."

"awak serius ke dengan apa yang awak kata dengan saya malam tu."

"haa?"

"pasal awak nak khawin dengan saya."

"ohh, pasal tu. kalau awak setuju apa salahnya."

"apa kata hujung minggu ni saya datang meminang awak."

Amboi, tak sabar nampak. Jauh disudut hati ku, aku tak sedia lagi. tapi kenapa mulut aku terpesong jauh dengan hati aku.

"ok, nanti saya bagi tahu mak saya."

Hareez tersenyum seorang diri. mungkin terlalu gembira tetapi hanya bisa diluahkan sendiri.

***

"bye, thanks bawa saya dinner."

"it's ok. bye, see you tommorow."

aku melihat kereta Hareez pergi.

aku terfikir akan Hareez di sepanjang jalan aku untuk balik ke rumah.

tiba tiba kelihatan satu sosok tubuh dengan pakaian serba hitam berdiri dihadapan rumah aju sambil meletakkan sejambak bunga di hadapan pintu rumah aku.

Aku menyorok, dan hasrat dihati ingin menerjahnya.

semakin lama, orang itu semakin dekat. Aku mengeluarkan spray minyak wangi aku.

"ahhhhhh!!!!" aku menyemburkannya apabila orang itu sudah dekat.

"arghhhh!! Stop stop."

aku membuka penutup mulutnya dan topi hitam yang dipakainya.

"Hazreen?"

rupanya yang selama ini beri aku bunga adalah Hazreen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience