" arghh!!!"
Pisau yang tadinya berada ditangan Kamal kini berada di belakang aku.
terasa perit, kemudian pisaubitu ditarik semulaboleh Kamal. lagi sekali leher aku menjadi mangsa pisau itu.
"Kau.. kau nak lari. Haha.. Hahaha!!" Kamal membelai rambut aku.
Inspektor Rahim dan beberapa anggota polis sudah bersiap sedia.
aku menggagahkan diri aku untuk melawan.
aku mengigit tangan Kamal sekuat hati aku lalu aku menggunakan siku aku untuk menghentak perut Kamal.
"Arghh!! kau!!!" Kamal menahan senak perutnya. Tetapi Kamal lebih pantas daripada apa yang aku fikirkan.
Rambut aku ditariknya sekuat hati. pisau yang tadi menginggah di belakang aku kini ia menginggah di bahu aku.
Inspektor Rahim sudah tidak keruan. di cuba perlahan lahan mendekati Kamal. tetapi Kamal tidak perasan akan tindakkan Inspektor Kamal.
Kepala aku dijadikan sasarannya. di menarik dan menghentakkan kepala aku ke dinding.
pang!!
satu tembakan tepat dikepala Kamal.
Aku yang berlumuran darah melihat Kamal rebah disebelah aku sebelum aku tidak sedarkan diri.
Akhirnya, Kamal mati ditempat kejadian. manakala aku dikejarkan ke hospital.
***
"Rose.. Rose... nurse!!" kedengaran satu suara yang begitu aku kenali. suara Hareez.
Sekumpulan jururawat dan seorang doktor datang kepada aku.
terasa badan aku begitu lemah.
"mak.." itulah berkata pertama yang disebut aku apabila sedar.
"ye nak, mak dekat sini." Kata Mak Melah sambil memegang tangan anaknya.
mata aku terasa amat berat dan akhirnya aku tidak sedar.
"Rose?" Mak Melah.
"Biarkan dia berehat dulu." kata seorang Jururawat yang manis mukanya.
selama 3 hari aku tidak sedarkan diri, selepas aku dikejarkan ke hospital.
Aku banyak kehilangan darah, kebetulan Hareez dan aku mempunyai darah jenis sama iaitu darah jenis O. Hareezlah yang mendermakan.
katanya mungkin dia tidak dapat menolong dari segi lain. tapi mungkin dia boleh tolong dengan mendermakan darahnya kepada aku.
***
Seminggu selepas itu, aku dibenarkan pulang.
Dato Ahmad telah memberi aku cuti selama sebulan untuk aku pulihkan semangat aku.
Selepas kejadian itu, aku banyak mendiamkan diri. Trauma.
tetapi keluarga aku, Shida dan Hareezlah yang selalu ada bersama aku
"Hai Rose." Hareez menghentikan lamunan aku.
aku hanya tersenyum.
"buat apa awak buat dekat luar ni sorang sorang." Kata Hareez.
"saja ambik angin."
"awak, hari ni saya ada bawak album lama saya. awak nak tengok tak?" Kata Hareez.
aku hanya membisu dan menggangukkan kepala sahaja.
"tapi awak mestikan tunjukkan album awak juga. boleh?" Hareez tersenyum
senyumannya membuatkan aku terasa sedikit tenang.
"awak pergi mintak dengan Mawar." aku
"ok, kejap ye. Mawar!!" Hareez tidak lagi malu bersama keluarga aku. dia sudah mengganggap Mawar itu sebagai adiknya.
"nak apa." Mawar yang asyik menonton telebvisyen terkejut apabila namanya di panggil Hareez sebegitu rupa.
"amboi marah." sakat Hareez.
"Mintak album lama kakak." sambungnya.
"Album? buat apa." Mawar pelik
"adalah. pergilah ambik." Hareez.
"ish, kejap kejap kacau je." runggut Mawar.
selepas 3 minit.
"nah." Mawar
"ok, thank you." Hareez
Aku dan Hareez kadang kadang ketawa apabila melihat gambar gambar lama kami.
"lawaklah muka awak masa kecik kecik. Hahaha. dengan rongaknya gigi. hahaha.. depan pula tu. Hahaha." Wajah ketika Hareez kecil membuatkan aku geli hati.
"amboi, sukanya dia. alah dia pun sama. dengan rambut ikat toncangnya. comot." kata Hareez. dia ketawa sehingga merah mukanya.
"ni Mawar ke? Hahahaha. gemuknya!" Hareez sengaja meninggikan suaranya supaya didengari Mawar.
"aip, orang dengar!!" jerit Mawar.
aku hanya ketawa melihat gelagat mereka.
"eh, jap. awak ni gambar awak ke?" tanya aku.
"haah, kenapa?" Hareez pelik.
"awak nampak tak budak perempuan yang ada dekat belakang awak ni." aku menunjukkan kedudukan budak perempuan yang berambut toncang dan berbaju oren.
"ha, nampak." kata Hareez sambil mengecilkan matanya untuk melihat gambar itu.
"awak, budak tu saya lah." Aku
"ye ke?" Hareez.
"ye , awak tengok ni. gambar ni, masa saya sekeluarga pergi bercuti dekat Cameron. gambar ni, dekat Cameron jugakan." aku menunjukkan pula gambar aku.
"eh, haahlah. betullah apa orang dulu dulu cakap, kalau kita ada simpan gambar orang tu lebih dari sepuluh tahun. maknanya dia tu jodoh kita." Kata Hareez.
"yelah tu." aku menjebikkan muka.
"eh yelah, tengok dah terbukti sekarang nikan." Kata Hareez.
aku hanya ketawa diikuti pula oleh Hareez.
"awak, hujung tahun ni kita khawinkan? saya rasa lepas kita Khawin, kita dapat lagi makan nasi minyak." kata Hareez membuatkan aku pelik..
"maksud awak?" aku
"Shida dengan abang, semalam diorang kantoi dengan saya. diorang dating." kata Hareez
"Serius. hahahaha, amboi Shida tak bagi tahu aku pon." aku berasa gembira sekarang Hazreen pun sudah mendapat kebahagiannya begitu juga dengan Shida.
"tapi macam mana diorang boleh kenal ek?" aku hairan.
belum sempat Hareez menjawab, aku sudah memberinya jawapan.
"hmm, biarlah yang penting diorang bahagia."
Hareez hanya tersenyum
"awak, boleh tak saya nak tengok awak hari hari macam ni. gembira je." kata Hareez dengan pandangan yang sayu.
"boleh, asalkan awak ada untuk bahagiakan saya." Aku tersenyum
kebahagian seseorang insan bukan terletak pada harta tetapi pada hati. Jangan sesekali meninggalkan seseorang yang amat menyayangi kita apabila ia tidak mempunyai apa apa, tetapi tetaplah bersama dia dan membantu dia dalam mengubah hidupnya dari tiada apa apa sehingga berjaya.
jangan sesekali lupakan keluarga, kerana merekalah yang akan tetap bersama kita diwaktu kita senang dan susah. mereka lah yang akan membantu kita jika ditimpah masalah.
ibu, hargai ibu kerana kasih sayang ibu tiada batasannya. belai manjanya tidak dapat dibayar dengan wang. sakit bersalinnya tidak tertanding.
Akhirnya, aku disatukan dengan Hareez. Dialah lelaki yang amat aku cintai selepas ayah aku.
Dia sentiasa ada, dikala aku susah. Aku berharap, kasih sayangnya terhadap aku tidak akan pudar.
"awak, terima kasih. terima kasih sebab terima saya jadi permaisuri hati awak." aku
"terima kasih juga dekat awak sebab awak terima saya sebagai raja di hati awak." Hareez membelai muka aku lalu dahi aku diciumnya.
TAMAT...
Share this novel