#13

Romance Series 7391

"alhamdullilah. sedapnya mak masak." Hareez memuji masakan Ibu.

"kalau sedap selalulah datang sini." ibu

"eh, boleh ke?" Hareez menunjukkan muka teruja.

"boleh, Hareezkan anak mak juga." kata kata ibu membuatkan Hareez malu malu.

aku hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua.

"yelah abang Hareez, kalau rindu masakan mak. nanti boleh ikut kakak balik sini." Mawar mencelah.

aku menjenggelkan mata ke arah Mawar.

"apa?" kata Mawar membuatkan aku malu.

Hareez hanya ketawa.

"korang balik esokkan?" tanya ibu.

"aah, kenapa mak?" tanya aku

"balik saing ke, asing?"

"saing, Rose ambil saya. sebab ummi gan walid dah balik tadi." Celah Hareez.

"baguslah, sebab mak risaukan Rose je kalau dia balik sorang." terserlah wajah kerisauannya.

Aku dan Hariz berpandangan. Kami faham akan maksud ibu itu.

***

23/7

"akhirnya, tiba masa yang ditunggu tunggu. Sabar ye Rose, kejap lagi abang Kamal bawa balik Rose ye." Lelaki misteri itu dikenali sebagai Kamal hanya melihat Rose dari jauh sahaja.

"ok mak, orang balik dulu ye. Assalamualaikum." aku mencium tangan ibu aku.

sepertinya ibu risau seakan tidak mahu lepas akan tangan aku.

"eh, mak. kenapa ni?" tangan aku masih tidak dilepaskan.

"kau balik esok, tak boleh ke. mak risaulah."

"tak apalah mak, Hareezkan ada."

"tahlah, hati mak ni rasa lain macam je." ibu mengosok dadanya.

"perasaan mak je tu kot." aku mengosok belakangnya.

"mana abang Hareez?" Mawar

"haah, mana Hareez? kau nak pergi dah dia tak muncul muncul lagi."

"Assalamualaikum, maaf lambat." tercunggap cunggap Hareez kepenatan. mungkin berlari agaknya.

"waalaikumsalam, allah. Rehat dulu, rehat dulu. nasib cepat kalau tak dah kena tinggal dengan Rose ni." ibu mengusik Hareez.

Disebalik rimbunan pokok, Kamal memerhati.

"cis, Hareez! sial! tak apa mati kau aku buat hari ni." Kamal terus menuju ke kereta proton hitamnya.

Kamal terus beredar.

semasa perjalanan kami, Hareez yang memandu. katanya tidak gentlemanlah kalau perempuan yang bawa.

"awak." Hareez

"em."

"yang pasal Kamal tukan, saya rasa saya dah ingat."

aku terus memandang muka Hareez.

"jangan tengok saya macam tu, takut saya." Hareez

"oh." aku terus pandang ke hadapan.

"banyak kali juga saya terserempak dengan dia, tapi yang saya ingat masa tayar kereta saya pancit empat empat tu."

"yang Hazreen ambil saya tu?" aku mahukan kepastian.

" haah"

"macam mana awak boleh jumpa dia?"

"dia tanya saya kenapa kereta, lepastu sementara nak tunggu tow truck dia ajak saya minum minum dulu. saya tolak, tapi dia paksa."

"masa tu awak tak rasa dia pelik."

"mula mula tak, tapi masa dia paksa saya tu, rasa annoying sikit. lepas dah duduk tu, dia terus tanya 'siapa perempuan tadi'."

"abis tu awak jawablah."

"yelah, saya cakap perempuan tu girlfriend saya, tapi saya tak bagitahu nama sebab tow truck dah sampai."

"maknanya dia dah kenal awak, Allah." aku menepok dahi.

"eh, apahal pula kereta belakang ni, main cucuk cucuk pulak."

"awak, laju sikit wak, saya rasa tak sedap hatilah." apabila sahaja aku melihat kebelakang, kelihatan seperti Kamal.

"kenapa?"

"laju je awak!" aku menjerit apabila kereta tadi hendak memotong kami

kereta proton hitam itu memperlahankan keretanya.

tiba tiba, panggg

"awak!!!!" aku menjerit apabila kereta kami dilanggar dengan kuat dari arah belakang.

ini membuatkan, Hariz hilang kestabilan dan melanggar penghadang jalan.

di sini kenderaan tidak begitu banyak, jadi tidak lah melibatkan kenderaan lain.

Dalam keadaan begitu, kepala aku terasa amat sakit, penglihatan aku pula agak kabur. Kelihatan Hariz yang tidak sedarkan diri dengan kepalanya yang berdarah.

dalam keadaan begitu, kelibat seorang lelaki berdiri di sebelah pintu aku. semakin lama, pandanganku semakin kabur dan akhirnya gelap.

***

"lalala, lalala, lalalalalalala."

Apabila aku sedar, kepala aku terasa amat pening. pandangan aku kabut. aku mengelipkan beberapa kali mata aku.

"eh, dah bangun. good morning sayang." suara Kamal membuatkan jantung aku berdegup laju.

"ma.. macam mana.. kau!!! mana Hareez." fikiran aku teringat akan Hariz.

bayangan mukanya berdarah membuatkan aku begitu risau.

"Hareez? hahahaha. Dah mati!!! Hahahahaha." ketawa Kamal bergema di dalam bilik ini.

"tak guna kau, lepaskan akulah. kau tu abang aku!!! abang aku!!!" aku menolak bahu Kamal.

"abang? hahahahaha, janganlah panggil abang dulu. nanti kita dah kahwin baru boleh panggil abang. Hahahaha"

Perasaan aku bertambah gelisah apabila Kamal melihat tubuhku dari atas ke bawah.

pangg

satu tamparan hinggap dimuka Kamal.

"tak guna punya perempuan!!" Pipi aku ditampar dengan kuat sehingga terjatuh aku di buatnya.

Dia menggangkat kembali aku dan kali ini dia menumbuk perut aku. terasa begitu senak sehingga susah untuk aku bernafas.

Kamal mengangkat badan aku dan menghempaskan badan aku di atas katil.

"kau jangan main gila dengan aku perempuan!!!"

Kali ini Kamal memanjat katil, aku masih lagi menahan perut aku yang senak.

Kamal membelai muka aku.

"sayang, lain kali jangan buat abang marah. makin lama, makin geram aku tengok kau." Kamal melihat aku dengan pandangan yang mengerunkan.

"sayang, abang ada gelang emas untuk sayang. sini abang pakaikan." gelang emas yang dimaksudkan Kamal ialah cebisan kain dan tali. benda itu digunakan untuk mengikat tangan aku.

Dia mengikat kedua tangan aku dan kaki aku membuatkan aku susah untuk bergerak.

Aku tidak mampu berbuat apa apa, rasa sakit di oerut dan pipi aku masih lagi terasa.
akhirnya Kamal keluar dari bilik aku, badan aku terasa amat lemah, baru sahaja mata aku mahu tertutup tiba tiba Kamal masuk kembali dengan sebilah pisau.

"ka.. kau nak buat apa ni!!!" aku cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya

"abang nak buat kenangan kita berdua." Kamal semakin dekat dan tiba tiba sahaja dia menerkam aku lalu memegang kaki aku.

Pisau yang dipegangnya membelah kulit betis aku.

"arghhhh!!!!!!"

bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience