#10

Romance Series 7391

"alhamdullilah." Hareez bersyukur atas rezeki yang dikurniakan.

"jomlah Rose. lunch dh nk abis ni."

"jom."

Hareez terus pergi ke kaunter untuk membayar manakala aku hanya menunggunya diluar permis itu sahaja.

"kenapa awak tak nak share dengan saya? awak dah gaji ehh?"

"mana ada, takkanlah saya nak suruh makwe saya yang bayarkan. tak gentlemanlah."

kata kata Hareez membuatkan aku geli hati.

sedang kami menuju ke kereta, tiba tiba

"eh, kenapa tayar kereta macam kempis je ni?" Hareez terus menuju ke keretanya.

"empat empat pula tu." Hareez menepuk dahinya.

Dia kesian akan aku, sebab kerja aku banyak dekat pejabat. di sebabkan dia, kerja aku tertangguh. tapi aku tidak kisah.

"macam mana ni Rose?"

"manalah saya tahu."

tiba tiba sebuah kereta berhenti di belakang kereta Hareez.

"kenapa ni Hareez?" lelaki yang berada dalam kereta itu menurunkan tingkapnya.

"haa, eh Hazreen." Hareez

"tayar ni, pancit . aku rasa ada orang sabotaj aku. yelah abis semua tayar aku dia kempiskan." Hareez meluah perasaannya.

"abis tu macam mana ni? ok, macam ni, kau call makenik. Rose biar aku hantar dia balik office. kesian dekat dia ni panas." Hazreen berdalih.

"ok gak tu."

"Ah, Rose. awak naik dengan Hazreen dulu, sebab saya nak uruskan hal kereta ni."

"tapi.." belum aku menghabiskan ayat aku.

"tak apa, nanti saya call Walid bagitahu dia." macam dia tahu aku nak cakap apa.

"ok." sebenarnya firasat aku mengatakan, Hazreen punca kereta Hareez di pancitkan.

Di dalam kereta Hazreen.

"aik, kenapa diam je ni? kenapa malu dengan saya ke?"

amboi gatalnya Hazreen rasa macam nak tumbuk tumbuk sahaja muka dia ni.

"ha ha, tak lah mungkin sebab kenyang kot." aku sengaja ketawa tidak ikhlas dan terus mengalihkan pandangan aku.

"herm, Rose?"

"ye?"

"betul ke awak dengan Hareez nak....."

"nak apa?" dahi aku berkerut sampaikan kening aku bercantum

"nak khawin."

"ahh?"

"betul ke?"

"kalau awak dengar dari mulut Hareez sendiri, betullah tu."

"oh yeke, awak dah fikir masak masak."

"kenapanya?"

"yelah, saya ni dah kenal sangat Hareez tu. saya cuma nak awak fikir masak masak, sebab saya tak nak awak kecewa."

"haa?"

"oklah saya nak cerita dekat awak ni, Hareez sebenarnya playboy. dia banyak perempuan, entah entah belakang awak dia ada perempuan lain."

"betul ke?"

"ye."

Hazreen sedaya upaya untuk meyakinkan aku.

"kalau betullah dia tu playboy, tapi saya satu satunya perempuan yang dia ajak khawin dan sudah bagitahu family dia."

kata kata aku mendiamkan Hazreen. sepertinya Hazreen tidak puas hati. rancangannya untuk meruntuhkan kepercayaan aku terhadap Hareez gagal

aku sudah tahu akan taktik ini. sudah lapok.

"kalau jadi apa apa, jangan cakap saya tak bagitahu awak."

aku hanya mendiamkan diri.

***

"apa?! seriuslah, dia abang Hareez kot!" Shida terkejut beruk mendengar cerita aku.

"ye, aku rasalah, kereta Hareez pancit pon sebab dia. yelah tiba tiba dia datang masa kereta tu pancit."

"tahlah."

"lagi satu, Hazreen tu ada hati dekat aku. ingat tak yang masa aku cakap aku tahu siapa yang bagi aku bunga tu?"

"oh, yang malam kau dengan Hareez dinner tu?"

"haah. masa tulah, dia cakap dia suka aku."

"weh, kau sekarang ni tengah dalam delima cinta adik dan abang."

"entahlah wehh."

"kalau kat, Rose. kau nak pilih siapa?"

"mungkin Hareez, sebab antara Hareez dengan Hazreen aku lebib kenal Hareez. kalau kau?"

"ada juga kena dengan aku ni. Hazreen pun aku tak pernah jumpa."

aku ketawa manakala Shida menjelingkan matanya.

***

"Assalamualaikum, mak ohh mak!"

"waalaikumsalam, dah sampai dah Rose."

aku menyalam tangan ibuku.

"adik mana mak."

"ada kat dalam tu, tengah masak."

"masak?"

"aah."

"beres, macam tahu je orang tengah lapar "

"kau memang, macamlah kita orang ni tak kenal kau."

aku terus membawa beg baju aku untuk masuk. Masuk masuk sahaja rumah, harum semerbak bau kari ayam .

"hemmmm, sedapnya bau."

"eh, kakak." Mawar terus datang menyalam tangan aku.

"sikit je lagi ni. akak hidangkan pinggan, cawan tu."

"alah, kakak baru balik ni. buatlah."

"ah, tak ada. tolonglah."

"dengkilah budak ni."

Aku terpaksa mengalah kerana ibu sudah menjeling kami berdua.

"hemm, sedapnya. betul ke Mawar, kau yang masak ni?"

"tengok kakilah."

"kau masak guna kaki ke?" aku melihat kekaki Mawar.

"ish, akak ni."

"dah, dah. makan jangan bercakap." ibuku membuatkan kami berdua terdiam

hanya mainan mata dan gerak mulut sahaja yang bergerak suara tidak berbunyi takut ibu kami akan marah.

"korang tak keluarkan suara pun, mak tahu korang tengah buat apa." ibu memandang kami berdua.

"hehehehe." kami ketawa.

selepas selesai makan, kami bertiga duduk di ruang tamu.

"ah, apa hal yang superis sangat tu?"

nampaknya ibu aku ini bukan pelupa orangnya.

"hal apa?" aku sengaja membuatkan ibuku marah. comel apabila dia marah.

"alah kau ni, hal yang kau cakap superis sangat tu."

"suprise mak." Mawar membetulkan ayat ibu.

"yelah, tak kisahlah. apanya?"

aku ketawa.

"esok ada orang nak datang meminang."

"haa,meminang!!"

"ye."

"ya allah mimpi ke ni?"

"ish, mak ni. ini realiti mak, kalau mak tak pecaya juga. tu suruh Mawar cubit." aku

"siapa orangnya, kak?"

"anak boss kakak."

"apa anak boss?"

"haah, kenapa mak?"

"alhamdullilah, anak juga yang nak kat kau tu. anak boss pulak tu." ibu menepuk paha adik aku yang sedang ralik menonton televisyen.

"ish, mak ni."

"kalau esok diorang nak datang meminang esok, kita kena pergi pasar ni. beli barang basah."

"mak nak kemana tu?" aku pelik tiba tiba sahaja mak aku bangun.

"nak siaplah, nak pergi pasar. kata esok bakal menantu mak nak datang."

"ish, mak ni. saja je tau."

"eh, betullah. dah kalau kau penat tak apa. Mawar jom teman mak nak pergi pasar."

"alah."

"ah, tak ada. jom ikut mak."

Mawar mendengar arahan ibu. walaupun hubungan kami anak beranak seperti kawan tapi kami masih lagi hormatkan dia kerana dia adalah wanita yang telah melahirkan dan menjaga kami sejak kami kecil lagi.

***

"Rose, rombongan tu datang pukul berapa?"

"amboi mak, tak sabar nak dapat menantu ni." Mawar mencelah.

"awal lagi mak, rasanya diorang baru gerak kot."

"oh, tak sabar mak." kata ibu aku.

perjalanan ke kampung aku tidak lah jauh sangat. cuma mengambil masa 4 jam sahaja.

"Assalamualaikum, Hareez."

"waalaikumsalam."

"awak tengah drive ke?"

"eh tak lah, walid yang drive."

"oh yeke. sekarang ni awak dekat mana dah?"

"entahlah, saya pun tak tau. tadi saya tidur, awak call, baru saya bangun ni."

"ish, awak ni. temanlah walid kita tu, tak adalah dia ngantuk masa drive."

"hehehe, walid kita ye. makin tak sabar rasanya."

"hehehehe"

"ok, awak hati hati ye. cakap dengan walid kita bawak elok elok. biar lambat asal selamat."

"yelah, puteri."

"baiklah putera, puteri ni sibuk. nanti kita berbual lagi ye."

"eh, walid!!!!!!"

"Hareez, Hareez. awak ok tak? Hareez, Hareez!!" Air mata aku sudah bergelinangan.

talian kami terputus.

"Hello, Hareez!!!" tiada sebarang jawapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience