"dahlah senyap!! bisinglah!!" Kamal menengking aku apabila tangisan aku mengganggu tidurnya.
semakin lama kaki kau terasa amat bisa sehingga susah untuk aku tidur.
Nak saja aku tekap mukanya dengan bantal, tetapi kerana tangan dan kaki aku terikat membataskan pergerakkan aku.
"lepaskan aku." aku berkata sambil menangis meminta simpati.
kata kata aku tidak dilayan.
***
"Hareez? Hareez. Doktor!!" Ketika Datin Afifah sedang mengelap badan Hariz melihat kelopak mata Hareez bergerak.
Apabila mendengar jeritan Datin Afifah, para doktor dan nurse datang kebilik Hareez.
"maaf Datin, bagi laluan." seorang doktor meminta supaya Datin Afifah memberi laluan kepadanya untuk melihat keadaan Hareez.
"Hareez, sayang." kedengaran sayu suara Datin Afifah.
satu jam selepas itu, Dato Ahmad dan juga Hazreen tiba di hospital.
"Fifah, macam mana Hareez?" Dato Ahmad memegang tangan Hareez.
"dia dah sedar bang, ni dia tidur." kelihatan gembira wajah Datin Afifah.
"yeke ummi, alhamdullilah." Hazreen turut gembira. walaupum dia sedang berebut cinta Rose bersama Hareez tetapi Hareez tetap adiknya. satu satunya adik dia.
"Walid?" Hareez
"ye ye, walid dekat sini." Dato Ahmad
"Rose mana?" soalan Hareez perlahan. kedengaran amat lemah.
persoalan Hareez membuatkan semua terdiam.
"lagi tadi dia tanya soalan tu, saya tak tahu nak jawab apa." Datin Afifah
"walid, mana Rose." Hareez kembali menanyakan soalan yang sama.
"Hareez sekarang ni Hareez baru je sedar. jangan banyak fikir, rehat je dulu." Dato Ahmad berdalih.
"Hazreen, ikut ummi sekejap." Datin Afifah
Hazreen hanya akur.
"macam mana maknya Rose, dia ok?"
"biasalah ummi, ibu mana yang tak sedih kalau anak dia hilang." Hazreen
"Ummi kesian tengok mak Rose, Hareez pon sama."
"tak apa ummi, kes Rose ni biar Hazreen tolong. tempat kemalangan Hareez kebetulan ada cctv. jadi polis tengah cam muka penculik Rose."
"yeke, alhamdullilah." Datin Afifah
"ummi, sampai bila nak rahsiakan ni dekat Hareez. tak kesian ke dekat dia?" Hazreen
"bukan ummi tak kesian, tapi dia tu baru je stabil. ummi tak nak dia tertekan nanti."
"yelah ummi, tapi sampai bila? kalau ummi dengan walid tak dapat nak bagi tahu, biar Hazreen yang buat."
"Hazreen! bukan ummi dengan walid tak nak bagi tahu tapi belum tiba masa yang sesuai."
"dahlah ummi, Hazreen nak turun jap."
tengkingan ummi membuatkan Hazreen sedikit tersentap.
Hazreen terus pergi. setibanya Hazreen di dalam keretanya. dia terus menangis.
"Rose.." sambil teresak dia menyebut nama Rose.
Hazreen cuba menenangkan dirinya.
kring kring
"hello, siapa ni?" Hazreen
"hello, ni encik Hazreen ke? saya inspektor Rahim. boleh tak encik datang ke balai sekarang?" Polis
"balai?"
"ye, berkaitan dengan kes Rose Kharisya."
"oh, baiklah. kejap lagi saya sampai."
Hazreen terus berlari menuju kebilik Hareez untuk memaklumkan kepada Dato Ahmad.
"Walid." termengah mengah di buatnya.
"kenapa Hazreen?" Kedua suami isteri itu terkejut dengan kehadiran mengejut Hazreen.
"ikut, hazreen jap." Hazreen terus keluar dari bilik itu.
"Hazreen kenapa ni?" Dato Ahmad
"Rose, pasal kes Rose. tadi inspektor Rahim ada call Hazreen dia suruh kita kebalai sekarang."
Tanpa berlengah mereka berdua terus pergi ke balai polis.
***
"selamat pagi sayang." Kamal menyapa aku dengan penuh kegirangan. entah apa yang di sukakan itu. menyampah aku melihatnya.
aku membisu.
"amboi, marah? alah, nanti baiklah kaki tu. yang penting kesan tu sayang, K love R. Kamal love Rose. hahahahhaha." Kamal membelek luka yang dibuatnya sendiri.
aku menangis. semakin takut aku dibuatnya. sekarang ni hanya Allah yang aku ingat.
"dahlah, sayang. Abang nk beli sarapan ye, tunggu ye." Kamal mencium dahi ku.
terasa mahu muntah dibuatnya. darimana entah Kamal itu dapat duit. kerja apakah yang dilakukan dia selama ini hingga bisa duduk dirumah begini.
hendak kata dia masuk sahaja, tak mungkin. kerana rumah ini masih elok, besar tetapi hanya tak terurus dan kosong.
"Sementara si gila tu pergi beli sarap, baik aku cari cara untuk keluar dari sini." aku gigihkan diriku untuk berdiri.
meski pun beberapa kali aku mahu jatuh dek sakit yang teramat sangat di kaki ini. aku kena tahan untuk keluar dari rumah puaka ini..
tangan aku diikat dihadapan, jadi memudahkan aku membuka pintu.
Tetapi nasibku malang, pintu hadapan berkunci. aku berlari menuju ke tingkap.
rupa rupanya, ini rumah pangsa. kira kira aku, sekarang aku berada di tingkat 3. aku cuba menarik perhatian orang diluar sana tetapi juga tidak berjaya.
krikkk.
bunyi pintu pagar mengejutkan aku, untuk menutup segala kegiatan aku. aku duduk ditempat tadi , tapi kali ini aku baring.
"hai, sayang. jom makan, kejap lagi tak jumpalah kita. abang nak pergi kerja. sayang, makan jom." Kamal membuka polestrin sarapan aku. semerbak bau nasi lemak.
"woi, aku suruh makankan!! kau jangan sampai aku hilang sabar!" gertakan itu membuatkan aku takut, takut akan dia memcederakan aku lagi.
Lantas aku bangun dan terus bersila.
"nak abang suap tak?" Kamal mempelawa.
aku hanya mengelengkan kepala.
"bukalah dulu ni, macam mana nak makan." aku menghulurkan tangan aku yang terikat dengan cebisan kain dan tali.
terasa bebas sedikit aku rasa apabila ikatan ditangan aku dileraikan aku terus melihat pergelangan tanga aku. sungguh merah dibuatnya.
sebenarnya aku tidak lalu untuk menjamah walaupun sedikit makanan yang dibawa Kamal ini. sebutir sebutir nasi aku masukkan ke dalam mulut aku.
lebih kurang 4 hari aku di sini, rasanya seperti 4 tahun. terseksa.
"ok, sayang. cepat makan tu. abang nak pergi kerja ni." Kamal menutup polistrennya dan terus menuju ke dapur.
"nah." Kamal datang kembali dengan membawa segelas air kepada aku.
"nak makan lagi tak?" Kamal
aku membisu dan hanya mengelengkan kepala aku.
"ok, kalau dah tak nak bak sini tangan tu. abang nak ikat ikatan cinta kita." Kamal
Kamal merentap tangan aku apabila aku tidak menghulurkan tangan. diikat kembali tangan aku.
"bangun."
aku akur.
"masuk bilik sekarang."
"ok, sayang. nanti kita jumpa ya. jangan rindu abang." Kamal membelai muka aku, aku mengelak. terasa meremang bulu roma aku apabila diperlakukan sebegitu.
Kamal mengunci aku di dalam bilik. sekarang aku buntu. bagaimana aku mahu keluar dari neraka ini?
Ya allah tolonglah hambamu ini.
aku menangis mengenangkan semua. ibu aku, adik aku.
Hareez. Dan yang paling aku ingati Allah.
"kenapa mesti aku? Kenapa?!!"
"aku kena cari jalan, Rose kau kena cari jalan kalau tak mati kau."
"tapi macam mana?" aku menangis.
Sudahlah bilik ini bersepah, tak ubah seperti sarang tikus. dengan kertas yang berterabur di lantai.
Aku mengagahkan diri untuk bangun. aku mencari sesuaru yang boleh membantu aku untuk keluar dari neraka ini.
"apa ni? Tak akanlah." menggigil aku memengang sebatang picagari.
"tak mungkin, tak mungkin. Kamal kau menghisap ke?" Allah." aku melepaskan semula picagari itu.
bilik ini memang bersepah, bersepah dengan kertas, plastik, jarum, dan cebisan kain.
Didalam bilik ini hanya ada sebuah katil sahaja yang bersize queen.
aku kembali duduk. Aku hilang arah, buntu. tak tahu nak buat apa. Tapi yang penting aku kena keluar.
Aku mula panik, aku berjalan laju ke arah tingkap disebelah kanan aku. mungkin aku boleh menarik perhatian orang di bawah.
harapan aku hancur apabila tingkap disitu tidak kelihatan orang pun. sudahlah tingkapnya berpagar.
aku mengegar pintu bilik itu sekuat hati tetapi tetap gagal. pintu juga yang menjadi lepasan geram aku.
tiba tiba aku ternampak sesuatu di bawah katil. sebuah kotak.
tanpa berlengah lagi aku terus pergi mendapatkannya.
kotak yang berwarna hitam dan berhabuk. tidak tahu sudah berapa lama ia disitu.
aku mahu membongkarnya, manalah tahu kot kot ada sesuatu benda yang boleh tolong aku keluar.
"Astaghfirullahalazim!"
bersambung...
Share this novel