JODOH RAHSIA TUHAN

n.nadzirah

Romance Series 7391
4.8
(12 ratings)

Synopsis

ROSE KHARISYA. Gadis yang berusia 27 tahun mempunyai kisah cinta yang menyedihkan. Hampir mengecapi kebahagian bersama kekasihnya tetapi telah dikhianati. Hatinya mula tertutup untuk semua lelaki. Bagi dirinya, tiada masalah jikalau tiada lelaki disisi. ADAM HAREEZ, jejaka tampan yang berusia 30 tahun cuba mendapatkan hati Rose Kharisya. Kelakuannya yang 'gentleman' dapat meleburkan hati setiap wanita yang mengenalinya. Merebut hati gadis merupakan satu cabaran dalam hidupnya. Tambahan lagi dia perlu berebut gadis itu bersama abang kandungnya, ADAM HAZREEN. *** "Rose, bilalah kau ni nak kahwin. Umur kau tu makin tua." Kata Makcik Milah iaitu ibu aku. Hampir 20 tahun, ibu menjadi janda. Disuruh cari penganti dikatanya dia masih setia. Memang cinta sejati katakan. Tetapi yang aku peliknya, setiap kali balik dari kenduri kahwin mesti dia akan menyindir aku. "Alah mak ni, orang bukannya tak nak kahwin. Tapi belum masa nya. Calon pon tak ada." Balas aku. Memang benar, kami baru sahaja pulang dari kenduri kahwin anak ketua kampung. Kerusi kayu jati di jadikan destinasi untuk aku melabuhkan punggung. "Mak nak pilihkan kau tak nak." Mak melah menjebik. "Allah mak, agak-agaklah. Yang mak pilihkan tu dah isteri 3 dah mak." Aku mengerutkan kening. Boleh pula dia kenalkan aku dengan lelaki yang jikalau dilihat seperti atok aku. Memanglah duit berkepul tetapi tak naklah aku jadi isteri nombor empat. Ada nanti umur baru 27 tahun dah bercicit. Ibu aku ketawa mendengar kata kata aku. Mungkin dia sengaja berbuat demikian supaya aku segera mencari calon suami. "Kalau mak nak sangat menantu, suruh tu Mawar kahwin." Kata aku sebaik melihat kelibat Mawar dihadapan pintu. MAWAR KHARISYA, satu satunya adik perempuan aku, kami cuma berdua sahaja, beza umur kami 6 tahun. Dia sempat merasa kasih sayang seorang bapa hanya setahun sahaja. Terbeliak mata Mawar apabila aku berkata demikian sehingga langkahnya juga berhenti. "Mawar tu kecil lagi. Orang cakap dekat dia, dia tunding dekat orang lain pula." Mata Mak milah. Tangannya serta merta mencubit paha aku. Mengeletek aku kegelian. "Tak adanya kecil, kawan dia pun dah kahwin." Kata aku. "Tahu pun kawan adik dah kahwin, habis tu akak tu bila." Mawar menyampuk. Sudah terkena balik aku. Memang patut Ibuku merugut, yelah umur dah mencecah 27 tahun tapi masih belum ada calon untuk dijadikan suami. Aku tahu, ibu aku itu cuma risau jikalau anak gadisnya ini menjadi anak dara tua. Apa pula yang dikatakan orang kampung, muka cantik tapi tak khawin khawin. Eh, cantik ke?


Share this novel

Rate this story


Comments

Hampas Nyiur
2020-01-11 

good

Norizaitul
2019-12-02  1 Replies

yeyy dah habis baca. best sangat!! goodluck

Norizaitul
2019-12-02 

update lagi hihihi

n.nadzirah

46 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience