#15

Romance Series 7391

"Ya Allah, apa semua ni!?" aku terus bergerak kebelakang.

badan aku mula menggigil. aku cuba memberanikan kembalikan diri aku untuk melihat kembali barang yang ada di dalam kotak tadi.

terdapat sebilah pisau yang dibaluti dengan sehelai tuala kecil yang mempunyai tompokkan darah. beberapa keping gambar dan juga sebuah kunci yang berada di dalam plastik lut sinar.

aku terus menggambil kunci itu dan memasukkannya kedalam kocek seluar aku. mungkin itu kunci simpanan rumah ini.

tetapi pisau tu, darah tu. siapa punya? masih dalam misteri. kali ini aku mengambil pula gambar. terdapat 3 keping gambar.

gambar pertama dengan mesej dibelakangnya. 'SELESAI'. alangkah terkejutnya aku apabila gambar itu ialah gambar ian.

gambar yang kedua pula terdapat kesan calar seperti di hiris dengan pisau.

"Hareez?!" kerisauan mula melanda diri aku.

"Kamal ada niat tak baik ke dekat Hareez?" sekarang aku mula berasa amat marah dengan Kamal. kenapa perlu libatkan Hareez.

gambar terakhir, gambar aku dengan nota dibelakangnya. 'kau aku punya. K love R'. ini lagi membuat aku gelisah tak menentu.

"aku perlu keluar, tak kira macam mana. aku kena keluar dari neraka ni secepat yang mungkin."

***

"kami dah dapat kesan penjenayah yang culik Rose Kharisya. semua detail tentang dia pun kami sudah dapat. Penjenayah ini sebenarnya bukan siapa siapa dengan Rose Kharisya." inspektor Rahim

"maksud inspektor?" Hazreen masih tidak faham.

"Penjenayah tu sebenarnya abang angkat kepada Rose Kharisya." terang inspektor Rahim.

Hazreen dan dato Ahmad terus memandang ke arah mak Melah.

"kamal." perlahan Mak Melah, ibunya Rose menjawab.

"dia dekat mana sekarang inspektor?" mak Melah

"rumah disebuah pangsapuri di ibu kota. Kamal ni memang banyak rekod jenayahnya. dari segi dadah. mencuri dan juga membunuh."

"Mem.. membunuh?" terketar ketar Mak Melah bertanya.

"ye, seorang lelaki bernama Ian sofian ditemui mati di rumahnya. dan terdapat cap jari Kamal di sana." terang inspektor

"ya Allah, Ian!" terkejut Mak Melah dibuatnya.

"Makcik, sabar makcik." Hazreen memengang bahu Mak Melah apabila dia hampir terjatuh dari kerusinya.

"Rose, nak. Rose. Rose ada pada Kamal. Ya Allah." Mak Melah mengurut dadanya yang sebak.

"Sabar ye makcik, saya dah arahkan orang saya untuk serbu rumah Kamal hari ni jugak." kata inspektor Rahim.

"terima kasih, inspektor." kata Dato Ahmad yang lagi tadi hanya membisu.

***

aku menggunakan pisau di dalam kotak itu untuk memotong ikatan ditangan aku.

pisau itu juga aku gunakan untuk membuka pintu bilik ini.

"Ya allah tolonglah hambamu ini. Ya allah. Allahhuakbar!!!!" menggigil tangan aku mencungkil pintu itu.

dengan izinnya, aku berjaya membuka pintu bilik.

"kunci!" aku terus memasukkan tangan aku ke kocek seluar.

kali ini aku menggunakan kunci tadi untuk membuka pintu hadapan.

Malang sungguh nasib aku, kunci tersebut tidak padan dengan kunci rumah ini.

tiba tiba, krikk.

pintu pagar berbunyi, ini menandakan bahawa Kamal sudah balik.

aku panik, aku cuba mencari tempat persembunyian. tetapi kepala aku buntu. pilihan aku di belakang pintu dengan bersenjatakan pisau.

pintu rumah mula terbuka tetapi tiada orangnya. tiba tiba di celah pintu itu terlihat wajah Kamal sedang menghendap.

"arghhhh!!!" aku menjerit.

Kamal segera menutup mulut aku, dia terus menutup pintu agar aku tidak berjaya keluar.

pisau yang ditangan aku dirampas, dan diletakkan di leher aku.

"kau nak lari, kau nak lari!!!!! ka.. kau dengar sini, kalau kau nak keluar dari rumah sini boleh. tapi tunggu kau ikut jejak Ian dulu. Haha hahahhaha." ketawa Kamal sungguh menakutkan aku.

"I.. Ian?" kenapa tiba tiba sebut pasal Ian.

"ye, jap pembetulan. Arwah Ian. Hahahahaha" kata Kamal.

"dan untuk pengetahuan kau, pisau nikan. aku guna , untuk bunuh Ian. kau tahu tak aku buat macam mana." sambungnya lagi.

tubuh aku dilempar ke tepi, aku memeluk tubuh.

"kau tahu mula mula aku ikat dia, lepas tu di nangis. Hahahaha. Dia.. dia nangis. pastu dia cakap .... "

~~~
imbas kembali

"ka.. kamal. Maafkan aku, maafkan aku. lepaskan lah aku." rayu Ian

"shh, diam, diam, diam!!!" Kamal memukul kepalanya.

"kau tahu tak, sebabkan kau Rose bencikan aku. Rose bencikan aku!!!" Kali ini Kamal menarik rambut Ian

"ka.. Kamal kalau kau nak tahu, aku dengan Rose dah tak ada apa apa. ha, ha. ada sorang budak ni nama dia Hareez. Dia dah nak khawin pun dengan Rose." Ian

"tahu. tapi aku nak selesaikan kau dulu." Kamal membelek belek pisau yang berada ditangannya.

"a.. apa kau nak buat?!" Ian semakin takut

kamal melutut di hadapan Ian.

"cantik betis kau." kata Kamal.

"haa?" Ian pelik

"Arghhh!!!" Ian menjerit apabila pisau yang ditangan Kamal tadi mencucuk betisnya kanannya

dipusing pusing pisau tersebut. mengeletik Ian kesakitan.

"Maafkan aku, Kamal. sakit!!" rayu Ian.

"eh, ni baru pengenalan. aku dengar kau baru je lepas berceraikan?" Kamal.

"haa, kenapa kau tanya?" Ian

"jadi kalau aku lepaskan kau lagi senanglah kau nak goda Rose balik, kan!!!" kali ini Kamal mencucuk pula tangan kiri Ian, bertubi tubi.

"arghh!!!!!! sakit!!!" mengeletik Ian dibuatnya.

"tak, tak. aku takkan goda Rose lagi, aku takkan. kalau kau nak ambiklah. tapi lepaskanlah aku." Ian

"eh, aku tak boleh lepaskan kau. tak bestlah kalau tak habiskan permainan ni." Kamal membelek pisau yang berlumuran darah Ian.

"jap ada lagi soalan ni, kau sanggup ceraikan isteri kau sebab Rose kan?"

kali ini peha kanan Ian menjadi mangsa.

"arghh!!! tak!! tak!! aku ceraikan dia sebab dia yang mintak." menangis nangis Ian menjawab.

"sakit tak?" Kamal mengelilingi Ian

"sa.. sakit." tersekat sekat suara Ian menahan kesakitan.

" tak apa kali ini biar aku akhiri kesakitan kau."

perut Ian menjadi mangsa. Ditikamnya bertubi tubi sehingga hampir terkeluar isi perutnya. kali ini leher Ian menjadi mangsa.

~~~

"jadi macam tulah pengakhiran hidupnya Ian, dan sekarang ni kau yg pilih untuk ikut jejak Ian!!" Kamal.

"ka.. Kamal maafkan Rose, maafkan Rose. Ro.. Rose sayang Kamal. Rose betul betul sayang Kamal." aku memengang muka dan tangan Kamal.

Kamal tidak memakan pujukan aku.

"kau dah lambat, kau nak lari dari aku kan! kau nak balik dekat Hareez kan!!" Kamal menarik rambut aku.

"sakit Kamal." rayu aku

"apa? tak dengarlah, cakaplah kuat sikit!!" Kamal meletakkan pisau tadi dileher aku.

"jap, sebelum tu aku kena pastikan kau tak boleh nak pergi mana mana." Kamal

"haa?!"

"arghhh!!!!!" nampaknya nasib aku akan sama dengan Ian.

betis aku mengeluarkan banyak darah apabila ditikam oleh Kamal.

"hahahahahahahaha!" Kamal ketawa seperti orang hilang akal. dia melihat darah dipisau tadi dan mengesatnya di pipi aku.

"shh, sebelum aku menamatkan hidup kau. biar aku bagi kau dengar suara Hareez ye. biar tak kempunan kau nanti." Kamal mengambil telefon bimbit aku yang di simpannya.

Nama Hareez tertera di hadapan Telefon

"hello, Rose." Hareez menjawab

"hello Hareez, tolong saya Hareez, tolong saya. Arghhh!!!!!" diakhir perbicaraan aku dan Hareez tiba tiba sahaja kamal menekan luka aku.

"hello Rose, Rose!!!" Hareez mendail semula nombor itu tetapi gagal.

"Hareez, kenapa ni? kenapa jerit jerit." Datin Afifah yang daripada luar bergegas masuk ke bilik Hareez apabila anak kesayangannya itu menjerit.

"Rose, ummi, baik ummi bagi tahu Hareez. apa yang dah berlaku pada Rose." air mata Hareez berlinang.

persoalan Hareez membuatkan Datin Afifah buntu.

bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience