"Fuh, penatnya." Aku menghempaskan badan aku ke sofa yang empuk.
Aku termenung terkenang akan peristiwa tadi. Hareez Hareez, dahlah handsome.
"wake up, Rose. wake up." aku menampar nampar muka ku sendiri.
"Kenapa ni, angau ke?" aku merasa detakkan jantungku. berdetak laju. adakah tandanya cinta. Tidak mungkin, termasuk tadi aku baru 2 kali bertemu dengan Hareez. takkanlah aku dah jatuh cinta dengan dia. Tak mungkin, Tak mungkin.
"assalamualaikum." Shida sudah pulang. Di tangannya ada sejambak bunga ros.
"waalaikumsalam. Bunga? Ooh, maknanya tak lama lagi aku akan makan nasi minyaklah. yeah!!" aku sengaja menyakat Shida. Besar sungguh jambakan bunga yang di bawa Shida. Siapa agaknya jejaka yang bertuah memiliki Shida. Hermmm.
"banyaklah kau." Shida menolak kepala aku. Kedepan terus tudung aku. Aku ketawa.
"Bunga ni aku jumpa kat depan rumah kita ni. Tapi bukan aku punya, dekat sini ada tulis nama kau. 'To Rose'." Shida memberi aku bunga ros itu.
Siapa yang bagi agaknya ini. Ini adalah kali pertama aku mendapat bunga dengan cara begini. kenapa orang itu tak bagi sahaja terus kepada ku. Dan yang paling pelik, semasa aku balik tadi, tiada apa apa bunga pun. Maknanya dia letak bunga ini selepas aku balik. Tapi siapa?
"alamak Rose, Kau dah ada secret admire."Shida mencubit manja lengan aku.
***
DI PEJABAT
Aku masih terfikir, siapakah yang bagi aku bunga? Adakah aku kenal lelaki itu?
"Hai, Rose." Hareez.
"hai, herm, Hareez awak ada datang rumah saya tak semalam?" aku cuba menyiasat Hareez.
"rumah awak? tak ada, rumah awak pun saya tak tau dekat mana." dahi Hareez berkerut.
"kenapa awak tanya?" Hareez pelik.
ye tak ye juga. Hareez mana pernah datang rumah aku.
"tak ada apa apa. saja je tanya."
Aku mengalihkan padang aku apabila mata aku dan Hareez bertentangan.
"Rose, jom lunch sama sama." pelawa Hareez. pandangan aku kembali kepada Hareez.
"lunch, boleh tapi saya nak bawa kawan saya sekali, boleh?"
"kawan? Boleh je, janji bukan boyfriend awak."
"banyaklah" aku mengerutkan kening.
Hareez hanya ketawa. sebelum Hareez pergi dia sempat lagi mengenyitkan mata kepada aku. aku tertunduk malu.
***
"Rose dah lunch ni, jomlah." kata Hareez yang tiba tiba sahaja ada dia hadapan aku.
"oh, dah lunch ke? tak perasaan pula saya."
"dahlah awak, jomlah kita pergi lunch."
***
Setelah beberapa minit kami memesan makanan, Shida pun datang.
"hai, sorry lambat. tak jumpa pula restoran ni tadi." Shida.
"Tak apa, aku dah orderkan makanan untuk kau. takpa kan." -aku
"ye ke, tak pa. by the way, siapa ni? boyfriend kau ke, handsome." bisik Shida
"taklah, ini office mate aku."
"yelah tu." Shida ketawa
" Hai, I'm Shida." Shida memperkenalkan dirinya kepada Hareez.
"Hareez." Sepatah Hareez menjawab. Tiba tiba sahaja Hareez ni menjadi pemalu.
makanan yang dipesan sudah pun sampai. sedang asyik kami menjamu selera. Tiba tiba, satu kekecohan berlaku.
"apasal tu?" Shida bersuara membuatkan aku dan Hareez berpaling kebelakang.
"entahlah." aku
"awak nak pergi mana?" Aku pelik apabila Hareez tiba tiba bangun.
"Saya nak bantulah apa yang patut dekat situ."
"tak payahlah, nanti kalau apa apa jadi awak juga yang susah."
"tak apa. Biar saya tengok tengok dulu." Hareez tetap dengan pendirianya untuk melihat apa yang berlaku. Aku mengikuti jejak Hareez manakala Shida duduk disitu menikmati makanannya.
"Aku pergi jap ye, Shida. aku risau kalau tiba tiba Hareez tu bergaduh." Aku
"amboi, risau ye." Shida ketawa. aku hanya membiarkannya. Semakin aku hampir dengan Hareez yang sudah berada ditempat kejadian, semakin huru hara aku dengar.
"kenapa ni?" Hareez bertanya kepada salah seorang pekerja disitu.
"tak Encik, kawan saya ni terlanggar encik ni. Lepas tu, encik ni lempang dia." kata pekerja disitu sambil menunjuk nunjuk kearah lelaki tersebut.
Aku tidak nampak lelaki itu, kerana dilindungi oleh seorang lelaki yang berada di belakang Hareez.
"maaf encik, kenapa encik buat macam tu. boleh settle baik baikkan." Lembut Hareez berbicara.
"settle baik baik? wei, baju aku ni mahal tau tak. Aku jaminlah dia ni tak mampu punya nak ganti baju aku ni." sungguh bongkak lelaki yang menampar pekerja disitu berbicara.
Suaranya macam aku biasa dengar, tapi siapa?
"maaf encik, encik bagi tahu saya berapa baju encik ni. biar saya bayarkan." Hareez
Tiba tiba Hareez ditolak, lelaki yang berada di hadapan aku mengelak. Hareez jatuh di atas aku.
"aduh!" aku menjerit. yelah dihempap oleh lelaki. Shida yang tengah makan terhenti dan terus pergi ke tempat aku.
"Rose, kau ok?" Shida datang kepada aku dan membelek belek badan aku.
"Rose, awak ok. jom saya bawa awak ke klinik." tidak lengah Hareez ingin membawa aku ke klinik.
"eh, saya ok. sikit je ni."
"apanya ok, kau kena hempap dengan lelaki siot." Shida membantu aku bangun.
"ini kau kata ok, nak jalan pun susah." Shida membebel apabila aku terhencut hencut.
"yelah, Rose. jomlah saya bawa awak pergi klinik." kata Hareez. Aku mengapai kerusi yang tidak jauh dengan aku dan aku duduk.
"Rose?" lelaki sombong tersebut memanggil nama aku. aku buat buat tidak dengar. aku lagi pentingkan kaki aku yang sakit ini daripada panggilan lelaki tersebut.
"eh, Ian." kat Shida.
Ian? Aku dah agak. Aku langsung tidak memandang ke atas.
"Rose, saya mintak maaf Rose. Saya tak sengaja. Biar saya yang bawa awak pergi klinik." Ian semakin dekat dengan aku. Dia tiba tiba sahaja memegang tangan aku.
"lepas lah!" aku menepis tangan Ian. Hareez dan Shida terdiam. Begitu juga Ian.
"Shida jomlah." Aku menarik tangan Shida. laju aku berjalan walaupun kaki aku sakit. Begitu juga dengan perasaan aku.
Hareez mengikuti aku dari belakang.
"Rose, berhenti kejap. Rose. Rose!" Shida.
"kaki kau tu sakit, pelan pelan lah jalan. " Shida.
Shida melihat jam di tangannya.
"eh Rose, dah nak abis time lunch ni. kau nak suruh aku hantar ke apa ni?" Shida
"eh tak apalah, aku naik dengan Hareez je." Aku memandang Hareez yang dari tadi terdiam.
"kalau macam tu, jumpa kat rumah nanti ye. kalau sakit kaki tu, pergi klinik." sempat lagi si Shida ini membebel.
"dah, dah, pergi sana. nanti kau lambat masuk office." aku menolak badan Shida.
"bye." Shida. Aku melambai ke arahnya.
"Rose, saya minta maaf. Saya tak sengaja." Hareez yang terdiam dari tadi baru membuka mulutnya.
"it's ok. Jomlah. nanti lambat pula kita masuk office." aku terus berjalan dengan terhencut hencut.
"awak ok tak?" Hareez menarik beg tangan aku.
"eh." aku terperanjat apabila beg aku ditarik.
"sorry, awak ok tak ni." Hareez.
"saya ok, jomlah." aku terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. Rasa sakit dan panas di hati aku ni tak dapat aku kawal. Sampaikan Hareez pun aku abaikan.
Hareez hanya mengikuti perlahan lahan di belakang aku. mungkin dia berasa serba salah?
***
tok tok tok
"masuk." Dato Ahmad.
"eh Rose, awak ok tak? kenapa dengan kaki awak?" Terserlah kerisauan di wajah Dato.
"saya ok je Dato, sikit je ni. Ah, ni Dato. Saya nak bagi tahu yang pukul 2 petang nanti Dato ada mensyuarat dengan pekerja pekerja bahagian pemasaran." aku membelek buku hitam aku, takut takut ada lagi perkara yang harus aku beritahu kepada Dato.
"yeye, nasib baik awak ingatkan. Saya betul betul lupa. Ada apa apa lagi tak?" Dato menepuk dahinya.
"dah tak ada Dato. saya keluar dulu Dato." aku meminta diri.
"Rose, awak boleh panggilkan Hareez tak. suruh dia masuk bilik saya sekarang." Kata Dato.
"baik Dato."
Aku berjalan menuju ke meja Hareez. Tekun sungguh dia bekerja.
"Hareez, Hareez. Dato nak jumpa." aku memanggil namanya tetapi dia tidak pandang pun kepada aku.
"Hareez, dengar tak?" Dia masih mengendahkannya. Ingin ku biarkan sahaja, tetapi Nanti Dato marah pula.
"Ish, Hareez." aku menolak bahu Hareez menggunakan sebatang pen yang berada di tanganku. Tiba tiba aku terfikir akan satu perkara.
"Abang Hareez, Dato suruh masuk bilik dia." segera dia menoleh ke arah aku. Amboi, gatalnya jantan ni.
"Dato panggil, kenapa?" barulah ada tindak balas daripadanya.
"tak taulah. cepat sikit, Dato tunggu tu."
Aku terus pergi dari situ apabila jantung aku berdebar debar bila terkena renungan Hareez.
"Allah." aku memegang jantung aku yang berdetak laju. Sehinggakan aku terdengar bunyi detakkan jantungku sendiri.
Hampir, 10 minit juga Hareez di dalam bilik Dato. apa dibincangnya juga tidak tahulah. akhirnya, Hareez keluar dari bilik Dato. Dia perasaan yang aku sedang memandangnya. Satu kenyitan mata daripada Hareez kelihatan. aku mengalihkan pandangan aku, menyampah pula aku merasanya.
"Rose masuk bilik saya kejap." Dato.
tok tok tok
"masuk."
"ye Dato." aku membuka pintu biliknya.
"haa, Rose. duduk sini dulu." dia menggarahkan aku untuk duduk dikerusi yang berada dihadapannya.
"Rose, saya nak awak tunda dulu mesyuarat dengan bahagian pemasaran." dato.
"tapi kenapa Dato?"
"tak ada apa apa. takpa awak tunda je dulu."
"ada apa apa lagi, Dato?"
"buat masa ni tak ada."
"baik." aku terus keluar daripada bilik Dato.
tanpa berlengah lagi aku terus memberi pengumuman kepada bahagian pemasaran supaya mereka tidak tertunggu tunggu semasa mesyuarat nanti.
***
Waktu bekerja sudah pun habis. Ketika aku menuju ke kereta aku. tiba tiba terdapat satu kereta berhenti di belakang kereta aku. Aku menuju ke arah kereta tersebut.
"maaf encik, saya nak keluar." kata aku apabila menyedari didalam kereta itu terdapat seorang lelaki.
"encik?" aku memanggilnya lagi apabila tiada sebarang tindak balas pun daripadanya. Akhirnya dia keluar.
"I.. Ian? Awak buat apa dekat sini?"aku mengundur ke belakang apabila Ian semakin dekat
"Rose, awak ok tak? Saya risau ni. Kalau awak tak ok, jom saya bawakan awak pergi klinik." Ian semakin dekat dengan aku. Tiba tiba dia memegang tangan aku.
"Ian apa ni? lepaslah, Ian!" aku sedaya upaya cuba melepaskan tangan aku dari genggaman Ian.
"Awak nak suruh saya lepaskan awak? kali ni saya tak akan lepaskan awak!" Kali ini Ian cuba menarik aku masuk ke keretanya.
"kau tahukan aku sayang kau, kenapa kau tak sedar ah!" Ian sedaya upaya menarik aku.
"lepaslah!!"
BERSAMBUNG..
Share this novel