#7

Romance Series 7391

Betul ke apa yang aku buat ni. gelisah dan celaru bersatu dalam diri aku.

ahhhrgg!!!!

"khawin? macam mana boleh kau fikir macam tu sekali Rose?" Shida terkejut apabila aku menerangkan hal malam haritu kepadanya.

"aku tak tahulah. hati aku ni tak terbuka lagi untuk mana mana lelaki, tapi Hareez...."

"Kau jangan cakap kau nak bagi fake hope dekat dia."

"tak! aku tak de niat langsung pun."

"dahlah Rose, baik kau solat istikharah. mintak pertunjuk dari Allah."

aku hanya mendiamkan diri. muhasabah diri.

***

"morning Rose."

"morning."

"amboi, cantiknya. buah hati tengah tunggu dekat office ke?"

aku menjuihkan bibirku. semakin hari, jika ada yang menyebut pasal Hareez. Jantung aku akan berdetak laju.

"Rose, aku tak sempat nak buat breakfastlah. bangun lambat tadi." Kata Shida yang sedang membetulkan kasut tumit tingginya.

"eh tak apalah, aku boleh breakfast dekat luar."

"ok,.kalau macam tu. aku pergi dulu tai. bye."

"bye."

aku menggapai beg tangan aku yang berada di sisi aku.

sangka aku, Syida sudah pergi tetapi....

"Rose."

"eh, Shida. kau tak pergi lagi?"

"aku dah nak pergi dah ni, tapi ni bunga untuk kau."

"lagi?"

Shida hanya mengganggukkan kepalanya.

masuk yang ini sudah 5 kali aku mendapat bunga.

"nah ni, aku pergi dulu ye." Shida memberi aku bunga.

"ok, hati hati."

siapalah yang bagi aku bunga ni. hish..

***

"Rose, kau akan jadi milik aku. milik aku. Milik aku!!" Ian bermonolog sendiri.

"abang, kenapa ni. abang ok?" Asmira selaku isteri Ian risau akan perangai Ian yang makin lama semakin lain

"kau tak payah sibuklah!" tersentak sedikit bahu Asmira apabila Ian menengkingnya.

Sejak mereka bergelar suami isteri, Ian tidak pernah melayannya dengan baik.

pernah satu ketika itu, ketika malam pertama mereka. Asmira ditampar Ian tanpa sebab.

"abang kenapa ni?" air mata Asmira berlinang.

"kau, aku nak bagi tahu ni. aku khawin dengan kau pun bukan sebab cinta, tapi sebab harta kau. jadi kau jangab bermimpi nak dapat kasih sayang aku." Kata Ian sambil menarik rambut Asmira.

Air mata Asmira jatuh ke pipi.

"lagi satu, kalau kau bagi tahu mamy aku atau dady kau atau sesiapa sahaja. Siap kau kalau aku dapat tahu." Ian membesarkan matanya.

Asmira tidak mampu berkata apa apa.

Biasanya malam pertama pengantin baru di penuhi dengan rasa sayang dan bahagia, tetapi bagi Asmira malam pertamanya dipenuhi dengan air mata.

sehinggalah sekarang, hidupnya hanya memdengar caci maki Ian sahaja.

Pernah dia meminta cerai dengan Ian tetapi dia dibelasah dan dikurung oleh Ian di dalam bilik selama 1 hari tanpa makan.

"awak.." belum sempat Asmira menghabiskan ayatnya Ian sudah menyampuk.

"diamlah kau!" Ian terus mengapai kunci keretanya dan berlalu pergi.

"aku duduk dalam rumah ni macam duduk dalam neraka." kata Ian sebelum hilang dari pandangan.

Asmira tahu, semua ni adalah sebab Rose Kharisya.

***

"Hai, Rose." Hareez

"amboi, Hareez. gembiranya." Shida yang berada di sebelah aku menyampuk

aku hanya tersenyum.

"Awak buat apa dekat sini? Dating ehh?" aku bergurau.

"eh kalau saya nak dating mesti awak tahukan. taklah, saya saja je jalan jalan."

"yelah tu, ke kau ikut Rose." Shida mengecilkan matanya.

"hehehe." Hareez tersengih seperti kerang busuk.

"alang alang awak dekat sini. Jom makan sesama nak?" Aku mempelawa Hareez yang tersengih.

"boleh juga."

"ok, jom." Shida menarik tangan aku.

Tiba tiba ada seorang perempuan yang melanggar aku dari tepi.

"eh, maaf cik, maaf." wanita itu membetulkan rambutnya.

"tak apa, tak apa." aku membetulkan kedudukan tudung aku yang berubah.

"eh, Rose kan?" wanita itu menegur aku.

"eh, Asmira?" aku seolah mengenalinya.

"ye, apa khabar." Asmira memeluk aku.

"khabar baik. awak buat apa dekat sini? sorang je ke?" aku sahaja menanya Asmira soalan begitu.

"saja nak cuci cuci mata. aah datang sorang je." Senyum Asmira berkurang apabila menyatakan bahawa dia datang berseorangan.

"kenapa ni, Asmira?" aku pelik apabila Asmira menundukkan kepalanya. seolah olah dia mahu menangis.

"Rose,"

aku menyedari air mata Asmira jatuh.

"Asmira, awak ok tak?" aku memegang bahu Asmira.

Hareez dan Shida pun terkejut apabila melihat Asmira menangis.

Aku membawa Asmira ke sebuah kedai makan dan menenangkannya.

setelah Asmira tenang....

"Rose, maafkan saya. saya terlalu ikut emosi pula tadi."

"tak apa, awak dah ok tak ni?"

Asmira hanya senyum

"saya dah tak tahan, Rose. dah tak tahan."

"kenapa ni?"

"pasal Ian ke?" Shida bertanya.

Asmira hanya mengangguk.

"aku dah agak, dia dah buat apa dekat engkau, Asmira?" Shida memegang bahu Asmira.

Lama hendak menunggu Asmira membuka cerita.

Sedih sungguh hidup Asmira selama ini. gara gara kerana aku.

Aku bersimpati padanya.

"tapi, Rose awak jangan salahkan diri awak. awak tak salah pun." Asmira

"tapi awak jadi macam ni sebab saya."

"awak jangan salahkan diri awak!" Asmira meninggikan suaranya.

Aku hanya mendiamkan diri.

"Asmira, saya sarankan awak pergi buat report polis. ni dah masuk kes dera ni." Hareez bersuara.

"betul cakap Hareez tu, Asmira." aku

"tak nak, nanti teruk saya kena."

"tak apa, lepas awak buat report tu awak jangan balik rumah awak. balik rumah keluarga awak." kata Hareez.

Akhirnya Asmira bersetuju.

"Asmira!!!!" satu suara yang membuatkan Asmira sedikit terkejut.

"Ian." Asmira seolah ketakutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience