BAB 4

Romance Completed 13919

Okey… ini bahaya. Sangat-sangat bahaya.

Jannah menjeling cermin pandang belakang keretanya sekali lagi. Sejak dia keluar dari shopping mall tadi, dia perasan ada sebuah kereta Gen2 hitam setia mengekorinya. Dan bila dia perhatikan betul-betul nombor plat kereta itu, barulah dia perasan yang kereta itulah yang mengintipnya selama ini!

Dia mula rasa berdebar. Sungguh dia tak tahu kenapa kereta itu beria-ia mengekorinya. Dengan hati yang tak tenteram, dia menukar gear dan menekan pedal minyak sampailah meter kelajuan menunjuk ke angka 130 km/j. Dia bernasib baik kerana sebaik saja keretanya melintasi simpang empat, lampu isyarat terus bertukar ke warna merah. Dia cuma berharap kereta Gen2 itu tak sempat mengekorinya.

Selepas melepasi simpang empat, dia terus mengubah laluan dan membelok ke kanan – jalan yang bertentangan dengan arah rumahnya. Dia tidak rasa selamat untuk balik ke rumah sekarang, lebih-lebih lagi sekarang ini Ajil tiada di rumah. Adiknya itu dah tiga hari outstation di Melaka.

Apa yang dia patut buat sekarang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience