BAB 7

Romance Completed 13919

Han menarik nafas lega. Dia memerhatikan kereta milik Jannah yang baru saja memasuki pagar rumah berwarna maroon itu. Dia dengan Ezwan dah menunggu di simpang jalan rumah Jannah itu sejak pukul 7.00 pagi lagi. Tapi dia mengambil langkah selamat dengan meminjam kereta pemandu Tan Sri Badrul. Dia tak berani untuk menggunakan keretanya lagi, khuatir jika Jannah cam keretanya itu.

“Wan, adik kau dah balik tu.” Dia menyiku Ezwan yang duduk di tempat sebelah pemandu.

“Mana?” Ezwan terus duduk tegak dan menjenguk melalui cermin kereta.

“Behave yourself. Kau nak aku terkantoi lagi ke?” Han bersuara dengan nada tidak berpuas hati. Dia bimbang Jannah akan menyedari kelibat dia dengan Ezwan di dalam kereta ini. Lebih-lebih lagi apabila Ezwan membuat pergerakan yang agak drastik tadi. Kawan baiknya itu hampir menjegukkan kepala ke luar tingkap.

“Sorry la. Aku nak tengok adik aku je. Dia nampak okey je kan?” Ezwan masih lagi menjenguk ke arah rumah Jannah. Kali ini dia cuma menjenguk dari dalam kereta saja.

“Rasanya macam okey.” Han menjawab sambil matanya memerhatikan Jannah yang sedang mengunci pagar rumah itu. Semasa sedang mengunci pagar, gadis itu sempat menjeling ke arah pokok di hujung jalan sana, seolah-olah sedang mencari sesuatu.

“Oh, mannn!” Han menghentak stereng kereta. Nasib baik dia dah mematikan enjin awal-awal tadi. Jadi, taklah hon kereta itu berbunyi.

“Kau dah kenapa mencarut pagi-pagi buta ni?” Ezwan bertanya dengan nada yang pelik.

“Dia memang dah tahu aku ikut dia la!” Han menanggalkan topi di kepala dan menggosok-gosok rambutnya. “Kau nampak tak pokok kat hujung jalan sana tu?”

“Nampak. Kenapa?”

“Kat sana la aku selalu park kereta aku. Kau tak nampak tadi dia tengok-tengok kat arah pokok tu? Maknanya dia memang dah tahu la yang aku ikut dia semalam. Sebab tu la semalam dia tak balik rumah. Macam mana ni…” Han sandarkan kepala ke headrest dan meraup mukanya.

“Rileks la, Han.” Ezwan cuba menenangkan kawan baiknya itu.

“Nak rileks macam mana? Aku nak jawab apa kat abah kau?”

“Aku rasa abah faham. Nak buat macam mana kalau Jannah dah tahu? Nanti-nanti dia tahu jugak kan?”

Han diam. Dia memejamkan mata dan cuba merehatkan mindanya. Dia tak tahu pula perkara seperti ini boleh membuatkan mindanya rasa berserabut.

“Atau… sebenarnya kau takut Jannah marah kau?” tanya Ezwan tiba-tiba.

Han mencelikkan mata apabila mendengar kata-kata Ezwan itu.

“Aku tak rasa dia tahu yang… orang yang ikut dia selama ini ialah kau, Han. Dia tak cam kau rasanya. Dia cuma tahu ada orang ikut dia tapi dia tak tahu siapa.”

“Iya ke?” Laju Han bertanya.

Ezwan mengangkat bahu. “Trial and error la. Cuba muncul depan dia tanpa specs dengan topi kau tu. Kalau dia tegur kau baik-baik, maksudnya betul la analogi aku.”

“Huh, analogi konon.” Han mengutuk sambil tersengih.

Ezwan pula ketawa. Entah kenapa, dia seolah-olah dapat merasakan yang Han ada perasaan pada Raudhah. Kalau tak, kawan baiknya itu takkan rasa risau sampai begitu sekali walaupun identitinya sebagai ‘orang yang selalu mengekori Raudhah’ terdedah. Dan kalau tak, Han takkan berjaga sepanjang malam semalam semata-mata untuk mengetahui di mana sebenarnya Raudhah.

Kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience