BAB 15

Romance Completed 13919

Dia bukan pengkhianat. Dia cuma menjaga keselamatan Jannah atas amanah daripada abah gadis itu. Dan persahabatan yang dia jalinkan dengan Jannah bukan atas dasar kerja. Tapi atas dasar ikhlas.

Dia ikhlas untuk berkawan dengan gadis itu. Sebab itu apabila Jannah menuduhnya ‘pengkhianat’,

dia rasa marah. Sebab dia tahu, dia berkawan dengan Jannah bukan atas dasar ‘kerja’.

Dan dia rasa marah sebab gadis yang dia suka selama ini, menuduhnya dengan perkataan ‘pengkhianat’.

Perasaannya ketika itu… kecewa, sedih, dan kecil hati. Kalaulah dia boleh meluahkan perasaannya pada gadis itu pada masa itu juga… tak, tak boleh. Dia tak nak burukkan lagi keadaan dengan luahan perasaannya itu. Sebab itu dia mendiamkan diri. Dia mendiamkan diri sampailah Tan Sri Badrul pulang dari mengerjakan umrah. Dan dia berterus terang dengan abah Jannah itu di pejabatnya.

Saya nak merisik Raudhah, uncle.

Dan yang selebihnya… rahsia.

*********************************************************

“Benci.”

Han dah tergelak-gelak. “Kenapa?”

“Kenapa bagitahu kat abah? Malu saya tahu tak?” Jannah merungut.

“Habis tu nak bagitahu kat siapa pulak? Mesti la kita kena bagitahu abah.”

“Tapi awak bagitahu cepat sangat. Tunggu la lama sikit.” Rungut Jannah lagi.

“Isteri saya, abah memang dah lama nak cucu tau. Takkan awak nak tunggu kandungan awak ni sembilan bulan baru nak bagitahu abah?”

“Bukan la macam tu. Tapi awak bagitahu abah cepat sangat. Saya baru pregnant enam minggu.”

“Apa salahnya?

“Tak ada salah pun la, wahai suami. Tapi kita kan baru kahwin dua bulan. Malu la kalau orang cakap saya ni bunting pelamin.”

“Nak malu apa? Abah tak cakap apa-apa pun. Abah excited lagi ada la.”

“Dahlah tak nak la cakap dengan awak lagi. Buang masa je.” Jannah terus melangkah keluar dari bilik. Geram sebab ada saja jawapan yang diberikan oleh suaminya itu.

Han pula ketawa lagi. “Nak pergi mana tu?”

“Nak mengadu kat abah yang awak buli saya.”

Apagi berdekah-dekah Han ketawa melihat telatah lucu isterinya yang merajuk.

‘’Sabarlah sayang, nasiblah awak dapat suami macam saya ni, hensem, bijak dan pantas orangnya.’’ Selorohnya lagi.

Akhinya mereka dapat menarik nafas lega kerana drama sebabak yang memeningkan kepala sudah berakhir. Perjalanan dunia baru mereka baru bermula dan mereka sendiri tidak pasti ke mana arus dugaan akan membawa mereka namun mereka percaya pada cinta. Sesuatu yang indah di dunia itu tidak dapat dilihat atau didengar tetapi ia dapat dirasa dalam hati kita. Dan seperti cinta, ia membekas di hati kita yang paling dalam. Mereka saling berjanji untuk menjaga ia sebaiknya walau apa juga badai yang mendatang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience