BAB 6

Romance Completed 13919

Ajil merapatkan handphone ke telinganya. Dia menanti panggilan ke handphone kakaknya itu bersambung. Sejak dia mendapat panggilan daripada Abang Ezwan tadi, dia terus berasa risau. Walaupun jam menunjukkan pukul 3.38 pagi ketika ini, dia langsung tak ambil peduli. Apa yang dia risaukan sekarang ini ialah keselamatan kakaknya. Ke mana agaknya kakak pergi?

“Hello?” Terdengar suara kakak di sebelah sana talian.

“Hello, kakak.” Jawab Ajil, agak lega apabila mendengar suara itu. Dia cuba menahan dirinya daripada menjadi agak ‘kelam kabut’ dan bertanya macam-macam kepada kakaknya itu. Dia teringat kata-kata Abang Ezwan tadi:

Buat-buat tanya pasal benda lain yang boleh buatkan kau tahu dia ada kat mana. Jangan simply ask ‘where are you’. Nanti dia syak yang kau tahu Han ikut dia.

Ya. Sebenarnya Ajil dah lama tahu yang selama ini Abang Han mengekori kakak. Abang Ezwan dan Abang Han sendiri yang memberitahu tentang hal ini kepadanya. Dan dia pula, sebagai adik, memang sangat bersetuju dengan rancangan itu sebab dia sendiri risaukan keselamatan kakak. Kalau dia berada di rumah, bolehlah dia melindungi kakak kalau ada apa-apa yang berlaku. Tapi kalau dia tak ada di rumah?

Macam sekarang ini.

“Kenapa call pagi-pagi buta ni? Ada apa-apa ke, Ajil?” tanya kakak. Nada suara kakak serak, seolah-olah kakak tengah tidur ketika ini. Eh, mestilah kakak tengah tidur. Sekarang ini baru pukul berapa.

“Err… orang nak tanya something ni.” Hampir saja Ajil mengetuk kepalanya sendiri sebab tergagap-gagap.

“Tanya apa?” tanya kakak lagi.

“Kakak ada nampak tak buku nota orang kat rumah? Sebab rasanya orang tertinggal buku tu kat ruang tamu.” Ajil menghela nafas sebaik saja ayat itu keluar dari mulutnya. Itu saja ayat yang bermain-main di mindanya sekarang ini. Harap-harap kakak tak syak apa-apa.

“Buku yang mana?”

“Yang warna kelabu tu. Yang selalu orang bawak kalau buat kerja kat ruang tamu. Kakak tak nampak ke buku tu kat rumah? Pukul 8.00 pagi nanti orang kena present, semua info ada dalam buku nota tu. Boleh tak kakak tolong carikan? Lepas tu kakak tolong emel orang info-info tu. Mesej pun tak apa. ” Berjela-jela pula idea yang masuk ke kepala Ajil. Objektifnya ialah – nak tahu di mana kakak sebenarnya.

“Kakak tak ada kat rumah la, Ajil.” Suara kakak masih lagi serak.

“Kakak kat mana?” Laju saja Ajil bertanya. Sebelah hatinya berasa lega sebab dia hampir mencapai ‘objektif’, manakala sebelah hatinya lagi masih berasa bimbang dengan lokasi sebenar kakaknya itu.

“Kakak kat hotel.”

“Hotel? Hotel mana?”

“Hotel yang dekat dengan rumah kita tu.”

“Oh…” Ajil mula berasa lega. Sekurang-kurangnya kakak tak pergi jauh. “Err… kenapa kakak tidur kat situ? Kenapa tak tidur kat rumah je?” Selepas bertanya itu, barulah Ajil perasan yang dia terlalu banyak tanya. Dia takut kakak akan syak yang bukan-bukan.

“Err… sebab kakak takut duduk seorang-seorang bila kau tak ada kat rumah.” Suara kakak masih mamai bila menjawab soalannya itu.

“Oh, okey la kakak. Sorry kacau kakak tidur.”

“Hmm, bye.” Kakak terus tamatkan panggilan. Nampak sangat kakak masih mamai semasa menjawab panggilannya tadi.

Ajil pula terus menelefon Abang Ezwan sebaik saja kakak menamatkan panggilan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience