BAB 8

Romance Completed 13919

Trial and error, bak kata Ezwan. Dan itulah yang dilakukan oleh Han sekarang ini.

Han makan tengah hari di kedai yang sama – kedai makan di mana dia selalu terserempak dengan Raudhah. Hari ini dia memakai baju kemeja berwarna hitam, dengan bahagian lengannya dah selamat disinsing ke paras siku. Tak ada cermin mata, tak ada topi. Dua benda itu hanya akan dipakai ketika dia menjadi watak ‘orang yang mengekori Raudhah’. Kalau dia menjadi Han – si kawan kedai makan – dia akan menjadi dirinya sendiri.

Itu bezanya.

Dan sekarang ini dia cuma perlu menunggu Jannah (kalau Jannah makan tengah hari di sinilah) dan memastikan sama ada ‘analogi’ Ezwan itu betul ataupun tak. Harap-harap betul. Sebab dia sangat berharap yang bukan ‘Han’ yang Jannah nampak hari itu. Dia berharap Jannah cuma nampak ‘orang yang mengekori Raudhah’ saja.

Dari jauh, Han nampak kelibat Jannah yang tengah berjalan ke arah kedai makan ini. Serta merta dia rasa berdebar. Cepat-cepat dia menunduk dan berpura-pura tengah makan walaupun sejak dari tadi, nasinya masih tak luak sedikit pun. Dia sebenarnya tak ada selera untuk makan. Tapi disebabkan konsep ‘trial and error’ itu, dia berpura-pura berselera. Dan sekarang dia tengah tunggu masa sama ada:

a. Jannah menegur dia.

b. Jannah tak mempedulikan dia.

Dari ekor matanya, Han nampak Jannah berjalan ke arah mejanya ini. Dia masih sibuk berpura-pura makan, walaupun hatinya semakin lama semakin berdebar sekarang ini. Aduhai, hati… tolonglah berhenti berdebar macam ini.

“Hai, Han.” Jannah menegurnya. Gadis itu berdiri di tepi meja yang diduduki oleh Han.

Yes, jawapannya a. Jannah menegur dia!

Han berdehem. “Hai, seorang je? Duduk la.” Han mengisyaratkan pada kerusi di depannya. Dia tahu Jannah memang berseorangan sebab dia tak nampak pula kelibat kawan sepejabat Jannah yang selalu menemani gadis itu.

“Hmm, seorang. Iman halfday hari ni, dia ada appointment dengan doktor.” Jelas Raudhah.

“Oh.” Han terangguk-angguk. “Pergi la ambik makanan. Boleh temankan saya makan sekali.”

“Okey.” Laju saja Jannah bersetuju sebelum gadis itu pergi ke meja buffet.

Han menarik nafas lega. Dia berasa sesak nafas seketika apabila berbual sekejap dengan Jannah tadi. Nasib baik Jannah masih menegurnya dan berbual-bual seperti biasa. Maksudnya betul la ‘analogi’ Ezwan – Jannah tak tahu Han yang mengekorinya selama ini. Dan memang berguna betul konsep ‘trial and error’ yang dicadangkan oleh Ezwan.

Tak lama selepas itu, Jannah muncul semula sambil membawa sepinggan nasi dan satu piring kecil berisi ikan bakar. Sepanjang dia mengenali Raudhah, adik tiri Ezwan itu memang suka nasi kosong, ikan bakar dengan kuah asam, dan sayur atau ulam-ulaman. Gaya pemakanan Jannah memang sama dengan Tan Sri Badrul. Itulah antara satu sebab dia mengagumi abah Jannah itu – sikap rendah diri Tan Sri Badrul.

Han pun secara peribadi agak kagum juga dengan pembawakan diri Jannah. Apa yang dia tahu, gadis itu langsung tak pernah memaklumkan kepada sesiapa yang dia sebenarnya seorang anak kepada Tan Sri. Dan dari gaya gadis itu sendiri, Jannah sangat selamba dan sempoi – langsung tak menunjukkan yang dia anak seseorang yang berpangkat besar. Gadis itu lebih selesa berbaju kurung biasa, bertudung bawal biasa, dan makan di tempat-tempat biasa.

Betul-betul sama macam karakter Tan Sri Badrul. Inilah yang orang katakan ‘ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’.

“Awak baru sampai ke apa?” Sempat Jannah melihat nasi di pinggan Han yang baru luak sedikit.

“Tak la baru. Adalah dalam lima belas minit.”

Jannah mengangguk-angguk. Selepas membaca doa makan, dia terus menjamah lauk tengah harinya. Dia rasa lapar betul hari ini. Mungkin sebab dua tiga hari ini jadual makannya agak berterabur, jadi dia cepat saja berasa lapar. Dahlah pagi tadi dia cuma bersarapan dengan air masak saja. Itu pun sebab Ajil masih outstation. Kalau tak, rajin saja dia menggoreng nasi atau membuat roti bakar untuk sarapan.

“Ada meeting lagi ke hari ni?” tanya Raudhah.

“Meeting?”

“Ha, meeting. Selalunya kalau awak lunch awal-awal macam ni, awak ada meeting pukul dua nanti.”

Han tergamam. Dia tak sangka pula Jannah peka dengan jadual ‘kerjanya’. Ataupun mungkin sebab dia dengan Jannah dah berkawan agak lama, jadi gadis itu dah menghafal segala jadual ‘kerjanya’ yang kononnya ada meeting pada pukul dua itu. Padahal selalunya meeting itu sama ada dia berjumpa dengan Ezwan ataupun Tan Sri Badrul.

“Oh, ha. Saya ada meeting sekejap lagi.” Han menjawab. Memang dia berniat untuk berjumpa dengan Tan Sri Badrul, tapi bukanlah tepat pukul dua petang. Mungkin pukul 2.30 petang atau pukul 3.00 petang nanti.

“Awak kerja apa eh sebenarnya. Dah lama saya nak tanya, tapi tertanya.” Jannah memandang Han yang tengah berselera makan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience