BAB 14

Romance Completed 13919

“Kau apahal ikut dia?” Han mencengkam kolar baju lelaki itu.

“Rileks la, bro. Aku saja kot.”

“Saja apa bendanya? Kau ingat aku tak tahu kau ikut dia sepanjang minggu lepas?”

“Rileks la. Aku suka tengok dia. Itu je.”

“Kau jangan cari pasal. Aku boleh report polis sebab kau kacau tunang aku.”

“Err… okey, okey. Aku takkan kacau dia lagi. Aku tak tahu dia dah bertunang.”

“Kau jangan berani nak ikut dia lagi. Kalau aku nampak kau, aku hantar kau pergi balai polis terus.”

“Okey, okey. Aku tak kacau dah.”

Han melepaskan cengkaman tangannya dari kolar baju lelaki itu.

*********************************************************

Jannah meletakkan dulang berisi air kopi dan kuih di atas meja. Petang-petang macam ini, abah dengan Makcik Dina memang suka mengambil angin petang di taman rumah abah ini. Kebetulan pula hari ini hari Sabtu dan tak bekerja, Jannah singgah ke rumah abah ini. Dia memang dah berniat yang dia nak selalu menjenguk abah selepas abah balik dari umrah.

“Kuih buat ke beli ni, kakak?” tanya abah. Jannah tahu abah sengaja buat-buat tanya. Padahal abah sendiri yang suruh Makcik Dina membuat kuih ketayap ini tadi.

“Beli dan buat. Beli bahan-bahan, lepas tu buat kuih ni. Kan Makcik Dina?” Gurau Raudhah.

Makcik Dina ketawa. “Pandai la kakak nak kenakan abah.”

“Abah yang nak kenakan kakak dulu, makcik.”

Abah pula yang ketawa. Senang hati Jannah melihat abah ketawa seperti itu. Dia tahu abah sangat berbesar hati sebab dia cuba membaiki hubungannya dengan Makcik Dina. Makcik Dina pun sebenarnya seorang wanita yang baik, berbeza sungguh dengan wanita yang dia jumpa lima tahun lepas. Dan atas sebab itu, Jannah mengikhlaskan hatinya untuk memaafkan Makcik Dina dan menerima wanita dalam keluarga barunya.

“Kakak ada jumpa Han tak?” tanya abah. Masa itu, cuma dia dan abah saja berada di meja itu. Makcik Dina tengah sibuk melihat bunga-bunga yang ditanam di sekeliling taman itu.

“Tak. Dah lama tak nampak dia.” Jujur Jannah menjawab. Memang sejak kes dia bergaduh dengan Han hari itu, dia tak lagi nampak lelaki itu. Dah dua bulan rasanya. Han pun dah tak mengekorinya lagi dan tak lagi makan di kedai makan kegemarannya itu. Dia pun tak tahu ke mana Han menghilang. Mungkin lelaki itu menjadi drafter sepenuh masa sekarang ini.

“Kakak dengan dia okey ke?” tanya abah lagi.

“Entah la, abah. Abah tahu kan orang bergaduh dengan dia masa abah pergi umrah hari tu.” Memang abah dah tahu apa yang terjadi hari itu. Bahang mukanya apabila abah tahu dia bergaduh dengan Han.

“Ya, abah tahu. Tapi kakak tahu kan abah yang suruh dia ikut kakak? Kakak tak boleh salahkan dia seratus peratus.”

Jannah mengangguk. Dia memang dah berniat untuk meminta maaf kepada Han. Semasa dia menengking Han hari itu, manalah dia tahu seratus peratus cerita yang sebenar. Sebab itu dia mudah saja marah dan menengking lelaki itu. Padahal… lelaki itulah yang telah menjaga keselamatannya selama ini.

Dan dia bertekad, kalau dia berjumpa dengan Han, dia akan meminta maaf. Sama ada Han memaafkannya ataupun tak, itu lain cerita.

“Satu lagi abah nak bagitahu kakak ni.”

“Apa dia?”

“Han ada tanyakan pasal kakak kat abah.”

“Tanya apa?”

“Dia nak merisik kakak.”

“Ha???”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience