BAB 12

Romance Completed 13919

Kaget.

Itulah yang dirasakan oleh Jannah sekarang ini. Entah kenapa sejak dia keluar dari pejabat tadi, dia rasa dirinya diperhatikan oleh seseorang. Ini bukan mainan perasaannya, dia tahu itu. Sebab sejak dia keluar dari pejabat tadi, dia dah nampak ada seorang lelaki berbaju hitam terus masuk ke dalam sebuah kereta Vios berwarna kelabu dan menghidupkan enjin kereta.

Kereta itu lain. Berbeza dengan kereta yang pernah mengekorinya sebelum ini, iaitu Gen2 hitam.

Berapa ramai sebenarnya orang mengekorinya ini? Jannah mula berasa cuak. Dengan hati yang berdebar-debar, Jannah melangkah ke arah keretanya yang diletakkan di basement. Dia tak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang ini.

Beritahu abah? Mustahil. Abah berada di Mekah sekarang ini.

Beritahu Ajil? Dia tak nak adiknya itu risau.

Beritahu Ezwan? Dia kalau boleh tak nak…

Zapp!

Tiba-tiba Jannah terasa tubuhnya ditarik oleh seseorang. Dan pada masa yang sama, mulutnya ditekup oleh tangan seseorang itu. Dalam masa yang sangat singkat, Jannah dah tersandar ke tiang basement, dengan lelaki itu berdiri rapat di depannya, sambil tangan lelaki itu masih menekup mulutnya. Dek sebab dia terkejut dengan keadaan yang tiba-tiba itu, dia tak dapat nak memberi apa-apa reaksi pun.

Mindanya… kosong.

Dengan kedudukannya yang agak rapat dengan lelaki, dia cuba untuk melihat wajah lelaki itu. Tapi disebabkan mereka berdiri terlalu rapat, dia cuma dapat melihat bahu lelaki itu saja. Tak lama selepas itu, lelaki itu mendekatkan lagi jarak mereka secara tiba-tiba, membuatkan mukanya bersentuh dengan bahu lelaki itu.

Tak guna!

Bagaikan baru tersedar, Jannah terus meronta-ronta untuk dilepaskan. Dia cuba menepis tangan lelaki yang menekup mulutnya itu. Dia tak faham apa sebenarnya motif lelaki ini. Suka hati saja memegang anak perempuan orang macam ini. Memang tak guna!

“Jangan bergerak, Raudhah. Awak dalam bahaya sekarang ni. Dengar cakap saya.” Suara itu memberi amaran.

Jannah meronta lagi. Sekali lagi dia cuba menepis tangan lelaki itu.

“Raudhah!” Lelaki itu bersuara tegas dengan nada yang berbisik. Dengan cekap, dia menekan bahu Jannah ke tiang basement itu, sambil sebelah tangan lagi menekup mulut Jannah, dan bertentang mata dengan Raudhah.

Han???

“Awak dalam bahaya, Jannah. Trust me.” Bisik Han sambil memandang tepat ke dalam mata Jannah.

Tak lama selepas itu, sebuah kereta meluncur laju di laluan basement itu. Han cepat-cepat merapatkan semula badannya dengan Raudhah, seolah-olah mahu melindungi gadis itu daripada dilihat oleh pemandu kereta itu. Bunyi kereta itu sendiri sangat menakutkan. Kereta itu dipandu dengan sangat laju sampaikan berdecit bunyi tayar ke lantai apabila brek ditekan.

Jannah pula, dia masih tak tahu apa motif sebenar Han. Dia terus menolak Han jauh-jauh sampaikan terlepas terus pegangan tangan Han pada bahu dan mulutnya. Sampai hati Han memegangnya sampai macam ini sekali. Tak guna!

“Awak tak guna, Han!” Mahu saja ditumbuk-tumbuk muka lelaki itu.

“Jannah, awak salah faham ni. Kereta tu…”

“Salah faham apa? Awak tahu tak apa yang awak dah buat?”

“Dengar sini, Raudhah.” Nada suara Han masih tegas. “Awak naik kereta saya. Saya hantar awak balik rumah terus. Ezwan dengan Ajil ada kat rumah abah awak.”

Jannah keliru. Dia tak faham sepatah pun apa yang dicakapkan oleh Han itu. Han kenal Ezwan? Han kenal Ajil? Han kenal abah?

“Baik awak ikut saya kalau awak tak nak kereta tadi tu ikut awak. He’s been following you since Monday. Trust me.”

Jannah mula berasa cuak. Pertama sebab dia takut dengan kenyataan yang kereta Vios itu telah mengekorinya sejak tiga hari lepas. Dan yang kedua sebab… Han yang berada di depannya ini berbeza sangat dengan Han yang dia kenal selama ini. Yang menjadi persoalannya sekarang, macam mana Han boleh tahu yang kereta Vios itu mengekorinya?

“Raudhah, ikut saya.” Han berkata sambil mula melangkah untuk pergi keretanya. Lelaki itu menekan punat di kunci kereta. Gen2 hitam di sebelah kereta Jannah berbunyi – tanda unlocked. Sebelah ini rupanya kereta Han.

“Tapi… kereta saya?”

“Biar je kat situ.”

“Biar? Awak ingat kereta saya ni kereta mainan ke apa?” Jannah mula meninggikan suara. Memang betul, sikap Han yang berdiri di depannya ini memang berbeza dengan sikap Han si kawan kedai makannya itu. Apa yang telah terjadi ini?

“You better get into my car before I force you to do so!” Nada suara Han lebih tinggi dari nada suara Jannah tadi. “Now!”

Jannah menjeling tajam pada Han sebelum dia masuk ke dalam kereta lelaki itu. Ini kali pertama dia naik kereta yang sama dengan lelaki itu. Dek sebab tak berpuas hati, dia menutup pintu kereta tempat penumpang hadapan itu dengan kuat. Dia masih tak faham dengan keadaan yang terjadi sekarang ini. Apa yang dia tahu, dia dalam bahaya. Dan dia tak tahu kenapa dia mengikut saja arahan daripada si Han ini.

Han si pengkhianat.

Lelaki itu masuk ke tempat duduk pemandu dan menghidupkan enjin. Tanpa sepatah kata, Han terus memandu keluar dari basement itu. Jannah pula mendiamkan diri sebab dia masih bengang pada Han. Dahlah lelaki itu memegangnya sesuka hati – walaupun… ya, lelaki itu mahu melindunginya. Selepas itu sesuka hati juga menengking Raudhah. Abah sendiri pun tak pernah meninggikan suara padanya.

Sepanjang perjalanan mereka berdua diam. Dan entah macam mana, Jannah tiba-tiba terpandang pada cermin mata berbingkai tebal dan topi di atas dashboard di depannya. Macam pelik saja bila melihat dua benda itu ada di dalam kereta Gen2 si Han ini. Entah bila pulalah Han memakai cermin mata berbingkai tebal macam itu.

Eh, sekejap.

Laju saja mata Jannah memandang ke arah pelekat kenderaan yang bertampal di depan cermin kereta itu. Matanya mencari nombor plat kereta Han ini di pelekat road tax. Dan sebaik saja matanya terpandangkan nombor plat itu, dia terasa… speechless. Jannah terus bersandar ke headrest sambil mengeluh.

Jannah tahu Han menoleh ke arahnya semasa dia mengeluh. Tapi Jannah cuma mendiamkan diri dan terus memandang ke depan.

Cermin mata berbingkai tebal.

Topi.

Gen2 hitam.

Dan nombor plat kereta yang memang Jannah dah hafal.

Kalaulah mencarut itu bukan satu kesalahan…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience