BAB 3

Romance Completed 13919

Jannah berhenti melangkah. Dia berdiri di depan pintu kaca sebuah butik yang mempamerkan sehelai jubah lelaki berwarna merah gelap itu. Dia tiba-tiba teringatkan abah. Abah akan menunaikan umrah tak lama lagi. Dan hari Sabtu ini pula dia dah berjanji dengan Ezwan untuk ke rumah abah. Dia bukannya setakat berjanji dengan Ezwan, tapi dengan Ajil juga. Mahu tak mahu, terpaksa jugalah dia pergi rumah abah hari Sabtu nanti.

Dia masih termenung memerhatikan jubah itu. Dia sebenarnya dah beli sehelai jubah untuk abah. Tapi, dia tak pasti sama ada dia harus berikan jubah itu kepada abah ataupun tidak. Sebabnya…

1. Dia ego. Dia bimbang dia akan nampak ‘kalah’ kalau dia berikan jubah itu kepada abah.

2. Dia malu sebab sebelum ini dia tak pernah belikan apa-apa untuk abah.

3. Dia takut abah takkan pakai jubah yang dia belikan itu.

Jannah mengeluh. Dia termenung lagi di depan pintu kaca itu. Dia sedang memikirkan bagaimana caranya untuk memberikan jubah itu kepada abah. Agak lama dia termenung di depan pintu kaca itu sampailah anak matanya tiba-tiba ternampak sesuatu.

Dari pantulan pintu kaca itu, dia ternampak ada seorang lelaki yang memakai topi dan bercermin mata berbingkai tebal sedang berdiri tak jauh daripadanya. Lelaki itu sedang bersandar ke dinding sambil menatap skrin handphone di tangan. Jannah tak tahu kenapa, tapi dia seolah-olah seperti pernah melihat lelaki itu.

Dan seperti tahu dirinya sedang diperhatikan, lelaki itu mengangkat muka dan memandang Jannah melalui pantulan pintu kaca itu.

Jannah tergamam. Dia tak sangka lelaki itu sedar yang dirinya diperhatikan. Cepat-cepat Jannah melarikan matanya dan memerhatikan semula jubah yang dipakai oleh mannequin itu. Tapi, tak sampai satu saat Jannah melarikan matanya, dia tiba-tiba terfikir sesuatu. Dia yakin dia pernah melihat lelaki itu tapi dia tak pasti di mana. Dek sebab dia betul-betul ingin tahu, dia terus menoleh ke belakang untuk melihat muka lelaki itu secara berdepan. Tapi…

… lelaki itu dah tiada di situ.

Jannah mengerutkan dahi. “Pelik…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience