BAB 2

Romance Completed 12527

Dengan menarik nafas yang panjang Hidayah terus menuju ke dapur dan terlihat Hidayah pada Ilham yang sedang duduk sambil membaca sesuatu yang berada di talipon bimbitnya. Tanpa bersuara, Hidayah terus hulurkan air minuman pada suaminya. Mereka menikmati minuman pagi itu tanpa berkata-kata dan senyuman. Tidak lama kemudian, Ilham bangun dari tempat duduk, Hidayah pun mengikut sekali. Seperti biasa, Hidayah menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Ilham tetapi tidak disambut oleh Ilham membuatkan setitis airmata jernih jatuh membasahi pipi Hidayah di muka pintu itu dengan menundukkan kepala.

Terpandang seketika Ilham di saat Hidayah tundukkan kepala tanpa berkata-kata saat itu Ilham memandang pada raut wajah Hidayah yang putih bersih itu tanpa berkata-kata. Lalu Ilham berlalu pergi meniggalkan Hidayah sendirian dalam keadaan yang bersalah. Apalah dayanya lagi. Hanya yang mampu Hidayah lakukan, berdoa dan terus berdoa di dalam hati, agar segalanya akan berakhir dengan baik, kerana cintanya pada Ilham begitu mendalam dan tidak mungkin ada pengganti kelak, kerana itulah janji mereka sewaktu mula-mula mereka mengenali hati budi masing-masing.

“Mama..mama…”

Anak-anaknya yang sudah bangun dari tidur mendapatkan ibunya.

“Mama, babah dah pergi ke?”

Soal anaknya yang pertama dengan suara yang serak-serak sebab baru bangun.

“Babah dah pergi la sayang…”

Hanya itu saja yang mampu Hidayah luahkan jawapan yang ringkas, kerna sebak didadanya masih sarat terasa. Kedengaran suara anaknya yang ke tiga menangis, terus Hidayah masuk mendapatkan anaknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience