ALLAHU AKBAR…ALLAH…..HU AKBAR…..
Terdiam seketika Ilham dan Hidayah dalam berkata-kata bila mendengar laungan azan berkumandang, pantas mereka bangun dari katil dan segera menuju ke bilik mandi, untuk mengambil wuduk bersama. Setelah solat jemaah antara Ilham dan Hidayah sudah berakhir, mereka kembali duduk di hujung katil sambil tersenyum Ilham membelai raut wajah Hidayah yang putih gebu itu dengan sepenuh kasih dan sayang.
“Dayah…abang harap sepanjang hubungan kita ini, kita akan sentiasa berkongsi apa saja masalah antara kita ok.”
Ilham mangatur kata-kata harapan pada Hidayah untuk hubungan mereka.
“Insya’allah abang. Dayah akan taat dengan abang dan akan tetap bersama abang walaupun apaa saja yang berlaku antara kita berdua.”
“Terima kasih sayang.”
Ilham mengukir senyuman dan sekali lagi dahi Hidayah di kucupnya.
“Abang, cuma satu pinta Dayah..andai antara kita nanti ada berselisihan faham, Dayah harap abang tidak akan meninggalkan Dayah sendirian ye bang.”
Harapan Hidayah begitu mendalam, kerna Hidayah tidak mahu ada orang lain bertahta di hati Ilham. Sebab, Hidayah sudah melalui derita itu sendiri suatu ketika dulu dengan seseorang.
Ilham hanya anggukkan kepala sambil tersenyum dan di usapnya pipi Hidayah, kerna terlihat oleh Ilham mata Hidayah berkaca-kaca. Sesungguhnya Ilham tidak salah memilih suri dalam hidupnya.
Share this novel