BAB 10

Romance Completed 12527

Keesokannya…setelah selesai temuduga Intan dengan Lembaga Syarikat tempat Hidayah bekerja, Intan keluar dengan senyum selamba. Diterpa oleh Hidayah dari tepi biliknya.

“So Intan..macam mana?..Bos ok ke?”

Hidayah mahukan jawapan segera dengan kerja yang bakal di sandang oleh Intan.

“Ermm….dia setuju aku bekerja di sini..”

Mereka senyum bersama dan terlihat Hidayah mengucap kesyukuran pada kawan baiknya itu.

“Ok la Dayah, aku nak masuk office dulu la.”

Dan Hidayah hanya mampu melihat Intan berlalu pergi meninggalkan Hidayah berjalan sendiri. Hati Hidayah bagai di gores dengan pisau yang tajam. Apa yang mampu, kesabaran yang menjadi temannya di saat amarah bergelora dalam hati dan fikiran. Hidayah tidak mahu ada rasa cemburu yang terlampau pada suaminya Ilham. Senang Hidayah memujuk hatinya supaya cekal dan tabah dan sabar dengan apa saja yang di laluinya.

Dalam pejabat, terlihat Intan tengah asyik sibuk berbual dalam talipon bimbitnya, Hidayah cuba memanggilnya untuk membahagikan kerja yang terbengkalai sejak dari tadi. Hanya bahasa isyarat tangan saja yang mampu Intan tunjukkan. Selang beberapa minit, Intan pergi mendapatkan Hidayah untuk mengambil saki baki kerja-kerja yang terbengkalai tadi.

“Intan, tengahari ni kita lunch sesame nak. Lagipun ada perkara nak aku cakapkan dengan kau.”

Hidayah cuba mengajak kalau-kalau Intan ingin mengikutnya.

“Errr….aku tengahari ni kena jumpa client la Dayah, tak dapat aku nak lunch dengan kau. Lain kali saja la ye.”

Sambil berkata-kata, Intan melangkah keluar dari bilik Hidayah, membuatkan Hidayah sekejap tersentap, dan mulalah matanya berkaca-kaca. Hidayah dapat rasakan sesuatu dalam hubungannya dengan Ilham dan mengapa sejak beberapa bulan ni, Ilham dingin dengannya.

Sesungguhnya Hidayah tidak berupaya membuat sesuatu keputusan apalagi keputusan berpisah andai itu yang Ilham mahukan. Tapi Hidayah cuba buang sejauh jauhnya perasaan itu, sebab Hidayah terlalu sayangkan Ilham. Tak mungkin kasih dan sayang Ilham di duakan. Tepat jam 5.00 petang, terlihat Hidayah cepat-cepat mengemas fail-fail yang berselerak di atas meja, kemudian dicapai bag tangannya dan keluar terus tanpa memandang wajah Intan yang dari tadi memerhatikan gerak geri Hidayah.

“Dayah!”

Jerit Intan.

“Hmm..cepatnya kau nak balik?”

“Aku dah lewat la nak jemput anak-anak aku, nanti double charge pulak!”

Kemudian, Hidayah terus keluar tanpa berkata-kata lagi, tapi jauh di sudut hati Hidayah masih menanti hubungan antara dia dan Ilham kembali pulih. Sesungguhnya Hidayah terlalu rindu dengan belaian dari Ilham sementara diri masih bernyawa lagi. Tanpa Ilham tahu, sebenarnya Hidayah mengidap kanser paru-paru. Ingin sekali dia memberitahu pada Ilham, tapi Ilham macam acuh tak acuh mendengar penjelasan Hidayah sewaktu hubungan mereka masih baik lagi, sekarang sudah hampir lima bulan, hubungan mereka macam air yang mengalir terus. Hidayah di berikan nasihat daripada doctor agar dapat mengawal emosi dan jangan terlalu tertekan. Itulah sebabnya di setiap perbalahan antara dia dan Ilham, kebanyakkannya Hidayah yang banyak mengalah.

Sakit hati ataupun tidak, Hidayah telankan juga. Hidayah pernah dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan hingga keperingkat pembedahan, tapi pakar-pakar dalam bidang perubatan mengatakan, untuk hidup hanya 50-50 saja. Jadi Hidayah tidak mahu membuat, sebaiknya dia mendengar kata-kata nasihat doctor dan cukup waktu makan ubat dan rehat. Yang ada di benak fikirannya, sekiranya Ilham telah dingin terhadapnya, ingin sekali Hidayah mendengar penjelasan dari mulut Ilham sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience