Jam di dinding telah menunjukan pukul 8.15 pagi, Hidayah mencapai beg anak-anaknya untuk di masukkan ke dalam kereta. Setelah siap segalanya, anak-anaknya pun telah berada dalam kereta, Hidayah pun terus menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi meninggalkan halaman rumahnya. Dalam perjalanan, hati Hidayah masih teringatkan suaminya yang makin hari makin dingin terhadapnya. Puas hati Hidayah bertanya dimanakah silapnya. Ada saja yang tidak kena acapkali Hidayah membuka bicara. Berbanding dengan sebelum ini, mereka lebih banyak berbual tidak kira waktu makan ataupun kemana-mana saja..ada saja cerita yang hendak dibualkan baik yang peribadi ataupun jenaka kecil oleh si suami.
Walaupun setiap kali salah faham antara Hidayah dan Ilham berlaku, Hidayah banyak mengalah dan menelan apa saja kata-kata yang dilafazkan oleh Ilham hanya tidak mahu perkara yang di tafsirkan dalam kemelut hati mereka berpanjangan. Kerana bagi Hidayah, cinta yang iklas dari dalam hati dan perasaanya hanya pada Ilahm yang tersayang. Tidak mungkin akan dilafazkan pada mana-mana lelaki walaupun ajal menjemput nanti.
Sesampai saja di laman rumah taman asuhan Nur-Islam di sekitar Ibu Kota Kuala Lumpur, Hidayah meninggalkan anak-anaknya dengan kucupan dan pelukkan yang amat mesra. Lalu Hidayah kembali memandu kenderaannya menuju ke tempat kerjanya. Dalam perjalanan, Hidayah terpadang sebuah kenderaan yang memang sekali Hidayah mengenalinya. Hidayah cuba perlahankan kenderaan di sekitar kawasan yang agak sesak dengan orang-orang yang lalu lalang dan kenderaan yang kesana sini pagi itu. Hidayah seolah-olah ternampak sesuatu yang membuatkannya terfikir sebentar dan terasa jantung sesekali berkencang kuat saat itu.
Lalu Hidayah pun pakir keretanya di celah pohon di tepi jalan untuk mengetahui yang lebih nyata. Sampai di suatu tempat mata Hidayah meleret terus pada sesuatu.
“Subhana’allah.”
Hanya itu yang mampu Hidayah luahkan dalam hati. Luluh hati Hidayah bila terlihatkan sebentuk tubuh bersama dengan seseorang yang bagi Hidayah terlalu mengenalinya. Mereka nampak begitu mesra bergurau dan gelak ketawa. Sedangkan hati Hidayah remuk hanya Allah saja yang tahu.
Tidak semena-mena airmata Hidayah yang di tahan sejak tadi, berderai juga membasahi pipinya pagi itu di sebalik kedai-kedai makan tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang yang sedang memerhatikannya. Nyata difikiran Hidayah tubuh itu adalah Ilham iaitu suami yang teramat dicintainya. Dada Hidayah menjadi makin sesak menahan sebak yang teramat sangat. Hidayah berlari menuju ke arah kereta yang ditinggalkan sebentar tadi. Setiba di dalam kereta, Hidayah duduk seketika di tempat duduk keretanya.
Share this novel