BAB 1

Romance Completed 12527

ALLAHU AKBAR…ALLAH..HU AKBAR……..

Tersedar Hidayah dari tertidur di kamar bacaan. Tersentak seketika hatinya dan termenung dalam seketika. Perlahan kakinya melangkah menuju ke pintu bilik. Tersentap hatinya seketika bila terlihat suaminya berbaring di atas katil tanpa ditemani olehnya. Mata Hidayah berkaca seketika melihatkan suaminya Ilham.

Tidak terungkap sepatah kata di bibirnya, hanya tangisan yang sesak dalam hati yang mampu di tahannya dipagi subuh itu. Hidayah hanya mampu menekup mulutnya dalam sarat sebak yang teramat sangat bila mengenangkan pergolakkan yang terjadi antara mereka berdua.

Assalamualaikum..warahmatullah….assalamualaikum warahmatullah..salam solat perakhiran dari Hidayah subuh tu membuatkan suaminya terjaga dari tidur.

Bingkas suaminya mencapai tuala mandi yang sentiasa menjadi tugasan harian Hidayah buat suami tercinta. Apapun yang terlintas di fikiran Hidayah tentang pergolakkan antara Hidayah dan Ilham sejak beberapa bulan itu, membuatkan Hidayah lagi tabah dan terus mengadap Allah yang Esa untuk mencari ketenangan yang hakiki. Kerna baginya hanya Allah saja yang maha mendengar rintihan hati dan kepayahannya selama hati disakiti. Sekaligus membuatkan tekanan yang di tanngung dek kesilapan sendiri mahupun Ilham menjadi tenang selepas menghambakan diri pada yang Esa.

Selesai saja solat, Hidayah terus ke dapur untuk menyiapkan hidangan pagi buat Ilham dan anak-anaknya yang masih kecil. Begitu teliti Hidayah menyiapkan hidangan pagi tu, walaupun hati semalam masih sebak terasa, tetapi tanggungjawabnya sebagai isteri tidak pernah di abaikan walaupun Hidayah seorang yang berkejaya. Rutin harian yang bagi Hidayah adalah amat penting untuknya dan keluarga tercinta. Perlahan kaki Hidayah melangkah menuju ke kamar tidurnya untuk melihat Ilham yang tercinta.

“Abang, sarapan saya dah siapkan.”

Ilham hanya mampu diam seribu biasa.

Tiada satu balasan kata darinya untuk dijawab. Tapi Hidayah faham dengan setulus hati. Seeratnya matanya dipenjamkan di sebalik pintu kamarnya, sebak yang teramat sangat mula bersarang di dada Hidayah bila memperlihatkan kelakuan Ilham yang kian berubah. Hidayah tidak berdaya tapi dia hanya mampu katakannya sendiri dilubuk hatinya tentang kesabaran melayan setiap masalah mereka berdua.

Hidayah cuba cekalkan hati, walaupun terlihat matanya berkaca dia gagahkan hati berlalu mendapatkan Ilham.

“Abang, andai Hidayah bersalah, Hidayah mohon ampun dan maaf andai apa yang berlaku dari sikap Hidayah tutur kata Hidayah yang membuatkan abang diam seribu bahasa. Hidayah tahu, abang marahkan Hidayah. Tapi berikanlah Hidayah kata dari hati abang sendiri mengapa kita jadi begini, mengapa abang senang saja dah berubah. Hidayah rindukan saat-saat kita bersama bang..”

Hidayah memegang erat tangan suaminya untuk memohon kemaafan. Tetapi reaksi Ilham, tidak mahu mengalah, lalu bangun dan meninggalkan Hidayah terpinga-pinga dalam kesedihan yang teramat sangat.

“Ya Allah, apa lagilah silapku Ya Allah. Andai ini ketentuan MU Ya Allah, aku redha sekali lagi.”

Sesungguhnya perit buat Hidayah jalani lagi dugaan yang pernah di lalui suatu ketika dahulu. Dengan mengilap airmata di pipi, Hidayah bingkas bangun keluar dan menuju ke dapur. Hidayah cuba kuatkan hati menahan kalau-kalau ada air yang jernih mengalirkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience