Hari yang sama. (Ilham di Hospital)
Eh..mana pula Hidayah ni. Benak fikiran Ilham bila tiba di hospital bila lihat Hidayah tiada dalam biliknya. Kemudian Ilham pun keluar menuju ke bilik doctor untuk bertanyakan kemana Hidayah pergi.
“Tuk..tukk..pintu diketuk perlahan. Selamat petang doctor, boleh saya tahu, mana Hidayah pesakit yang duduk di bilik no 2 tu?”
Soalan di ajukan pada doctor yang tengah sibuk membuat result tentang penyakit Hidayah.
“Hidayah sudah balik, dia kata dia nak berehat di rumah saja.”
Ringkas jawapan doctor itu yang merawat Hidayah dari awal Hidayah mengidap kanser paru-paru, dan doctor tu juga banyak membantu Hidayah, untuk tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menjejaskan kesihatannya.
“Ok doctor..terima kasih!”
Selamba saja Ilham melangkah keluar.
“Arrr…En Ilham! Tunggu sebentar..”
Sepantas doctor Fatimah menjerit kecil memanggil Ilham.
“Ya doctor, kenapa?”
“Duduk dulu en.Ilham. Sebenarnya ada perkara yang ingin saya terangkan pada En.Ilham. Dan perkara ini juga permintaan terakhir Hidayah.”
“Terakhir? Apa maksud doctor?”
Ilham terkejut dengan dahi berkerut seribu bila mendengar penjelasan doctor Fatimah tadi.
“En.Ilham, sebenarnya Hidayah mengidap kanser paru-paru dan sekarang di tahap kronik. Jadi saya yang merawatnya dari awal hingga sekarang. Sebenarnya Hidayah tidak membenarkan saya untuk bercerita dengan mana-mana ahli keluarga, termasuk En Ilham sendiri.”
Kemudian Doctor Fatimah menyerahkan salinan keputusan kesihatan pada Ilham untuk Ilham renung dan baca sejenak.
“Ya Allah…..why Dayah…why……”
Kemudian, Ilham bingkas bangun dari bangku dan menuju ke jendela tingkap yang berada dekat dengan meja Doctor Fatimah.
“En. Ilham, pihak hospital, telah sedaya upaya memujuk Pn.Hidayah agar menjalani pembedahan tahap low kronik lagi, tapi Pn Hidayah tidak mahu, dia kata tak mahu En.Ilham susah hati dengan penyakit Pn.Hidayah. Jadi saya terpaksa ikut kemahuannya. Maafkan saya En Ilham. Kami dah berusaha. Satu lagi En. Ilham, saya berharap sangat agar, dalam masa yang terdekat ini, En Ilham tidak membuatkan perasaannya terganggu.”
Ilham memandang sejenak pada wajah Doctor Fatimah.
“Doctor adakah Hidayah akan pulih atau…”
Tak mampu Ilham neruskan kata-kata. Doctor Fatimah hanya mampu menggelengkan kepala saja dengan soalan Ilham tadi.
“En.Ilham..banyak berdoa pada Allah semoga segalanya baik.”
Sebenarnya, sedikit sebanyak Doctor Fatimah juga tahu masalah yang di hadapi Hidayah dalam kemelut rumahtangganya.
“En.Ilham..sebelum terlambat, En.Ilham harus berikan Pn.Hidayah semangat agar dia tidak kesunyian, Pn. Hidayah adalah seorang wanita yang cekal En. Ilham.”
Terlihat mata Doctor Fatimah pun berkaca.
Di hospital itu juga, Doctor Fatimah adalah kaunselor bahagian sakit kronik, sedikit sebanyak Doctor Fatimah mesti ingin tahu masalah yang di hadapi oleh pesakitnya.
“Berikanlah dia ruang untuk berbicara En.Ilham, kerana masa untuknya bukan begitu banyak.”
Kemudian, Ilham tertunduk memandang lantai bilik Doctor Fatimah, sesekali terlihat berkaca kaca mata Ilham seketika. Sesalan demi sesalan mula timbul di dalam dirinya.
‘Mengapalah dia tidak mahu berterus terang dengan aku….Hidayah….’
Bisik hati kecilnya.
“Insya’allah Doctor, terima kasih.”
Lalu Ilham pun keluar meninggalkan bilik doctor tersebut, dan terlihat oleh staff-staff hospital tersebut bila Ilham mengilap matanya, yang mungkin telah jatuh mengalir di pipinya.
Share this novel