Tersentak seketika Hidayah dari lamunan dengan kata bicara yang pernah dilaluinya saat bersama dengan Ilham. Berderai-derai airmata Hidayah mengalir tanpa henti, sengaja dibiarkan dan sesekali meraung pedih hati hidayah terpancar saat itu. Tidak semena-mena dada Hidayah tiba-tiba sakit yang teramat sangat. Segera Hidayah mencapai bag tangannya untuk mengambil sesuatu didalamnya. Ubat penahan sakit. Hidayah menelan ubat itu tanpa meminum setitik air pun, dan tersandar Hidayah di kusyen kereta itu. Sambil mengilap airmata dan menahan sakit di dada, Hidayah beristiqfar dalam hati sedalam-dalam yang mahu. Cuba menarik nafas yang panjang, kemudian Hidayah mencapai pula talipon bimbitnya yang diletakkan di atas dashbox.
“Hello, assalamualaikum bang…”
Terdengar suara Ilham yang seumpama penat berlari, kerna Hidayah berkali-kali mendail nombor Ilham, tapi tidak di jawabnya.
“Waalakumusalam..hmm, kenapa?”
Tanya Ilham dengan nada yang spontan dan bersahaja.
“Abang dah sampai tempat kerja ke?”
Hidayah cuba bertanya, sekaligus ingin melihat sejauh mana kejujuran di dalam hati Ilham. Kerna sebenarnya topik perbalahan mereka berdua adalah tentang kejujuran. Bagi Hidayah, kejujuran terlalu penting dalam hidupnya, dan Hidayah amat benci pada orang yang menipunya. Ternyata, terjadi dalam perjalanan hidup Hidayah sendiri. Berkali-kali Hidayah cuba tegah agar perasaan syakwasangka pada Ilham tidak singgah di benak fikirannya. Kerna Hidayah percaya dan yakin Ilham jujur dengannya.
“Saya dah sampai tempat kerja tadi, lepas tu kawan saya ajak pergi minum.”
Ringkas, tapi padat keterangan Ilham pada Hidayah. Akhirnya berkata-kata juga Ilham pada Hidayah, yang dari tengah malam semalam Ilham tidak berbicara pada Hidayah dan hanya Hidayah yang terhegeh-hegeh membuka cerita, sehinggakan satu suara yang singgah ke telinga Hidayah yang tidak mampu Hidayah tahannya lagi, sehinggakan Hidayah membuat keputusan mengurungkan diri di kamar bacaan sehingga subuh menjelma terkenang seketika…
Share this novel