BAB 9

Romance Completed 12527

Selang seminggu Intan tiada khabar berita, tiba-tiba petang itu sewaktu Hidayah sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja terakhir dipejabatnya sebelum pulang. Ring…ring…talipon bimbit yang bernada agak perlahan itu, dicapai oleh Hidayah tanpa memerhatikan nombor tersebut.

“Hello dayah..aku ni..Intan..”

Tersenyum Hidayah sambil menjawab salam kawannya itu.

“Dayah..aku dah puas cari kerja yang selaras dengan study aku la tapi masih tak dapat. Aku ingat, aku setujulah kalau kau nak kenalkan aku pada jawatan kosong yang ada di syarikat kau tu.”

Ttersenyum saja Hidayah waktu itu.

“Ermm..ok, esok aku ambil kau, opss..sekarang kau duduk mana? Dah dapat ke rumah sewa?”

Hidayah bertanya bertalu-talu pada Intan.

“Dah…aku duduk dekat Cheras je, apartment..hmm..tak menjadi masalah ke kau nak jemput aku?”

Tanya Intan spontan.

“Alaa…kau ni, takpa la, lagipun tak susahpun, dekat la juga ngan rumah aku kan, tapi aku harap nanti kau setuju nak kerja dengan aku ye..”

Hidayah mengharapkan agar Intan dapat bekerja dengan syarikat itu, sebab kerja makin bertambah, dan Hidayah semacam tidak cukup tangan untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut.

“Ok Dayah..esok aku tunggu dekat bawah je, nanti aku call kau ok..bye Dayah..assalamualaikum…”

Intan mengakhiri cerita dan Hidayah menjawab sambil tersenyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience