BAB 8

Romance Completed 12415

Intan adalah kawan sewaktu Hidayah, Ilham, dan Intan menuntut di UITM dulu. Sebenarnya Intan pernah menaruh hati pada Ilham sewaktu mereka belajar bersama, tetapi, Ilham lebih tertarik pada Hidayah, sebab Ilham jatuh cinta pada gaya aslinya. Sekaligus membuatkan Hidayah menjadi suri dalam hidupnya. Setelah tamat belajar, Ilham meminang Hidayah dan mereka bersatu selama setahun mereka bertunang.

Sekali itu juga la, Kelibat Intan tak pernah muncul, ada juga Hidayah berkunjung ke kampung Intan bersama Ilham untuk menjemput hari perkahwinan mereka, tetapi Intan tiada, dari keterangan ibu dan ayah Intan, Intan sambung belajar ke England dan pernah ibunya berkata, masa dia dapat tawaran belajar semula di England, dia ada memberitahu pada ibunya yang Intan tidak akan balik selagi hatinya reda.

Hidayah dan Ilham hanya mampu pandang memandang antara satu sama yang lain. Kemudian, setelah Hidayah dan Ilham dikurniakan anak ke tiga, kemunculan Intan dengan gaya yang jauh berbeza. Kalau yang dulunya, Intan bertudung, dan kini Intan tampil dengan ala-ala artis. Orang yang pertama dia jumpa adalah Hidayah. Intan memberanikan diri mencari Hidayah di kediaman mereka dengan bantuan Ibu Hidayah agar dapat memberikan alamat tempat mereka tinggal.

Terlihat teksi yang membawa penumpang berhenti di depan rumah Hidayah, ketika itu Hidayah dan Ilham sedang berehat di anjung pondok di mana tempat mereka minum petang dan masa bermain dengan anak-anaknya..

“Assalamualaikum…”

Hidayah terdengar satu suara memberi salam di luar rumahnya. Segera Hidayah menyahut salam itu sambil berjalan-jalan anak.

“Waalaikumusalam…”

Hidayah terkejut dan macam tidak percaya apa yang dilihat depan mata.

“Ya Allah….Intan ke ni…laa…hampir tak cam aku dengan kau..amboi Intan, dah cantik kau sekarang.”

Usikkan Hidayah dijeling oleh Ilham yang berada disebelah Hidayah sambil memegang anak sulungnya yang telah berusia 5 tahun 6 bulan.

“Hidayah menjemput masuk, lalu mereka berjalan beriringan tangan. Sambil-sambil itu Intan memandang pada Ilham yang dulunya lelaki yang amat dia sayang. Tapi Ilham tetap memilih Hidayah.

“Err….comelnya anak kau ni Hidayah..siapa nama dia?”

Belum sempat Hidayah nak menjawab soalan Intan, anaknya yang memberi jawapan.

“Shafiq.”

“Hahaha, pandai…bijaknya dia..”

Sambil menundukkan kepala dan membongkok sedikit, Intan bertanya lagi.

“Umur Shafiq berapa tahun?”

Sambil mata Intan menjeling pada Ilham, mungkin Intan terlalu rindu pada wajah itu, Ilham tidak berkata-kata lagi seawal kedatangan Intan tadi, hanya mampu tersenyum saja.

“Umur Syafiq 5 tahun.”

Balas si anak kecil ni tadi.

Kemudian mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Terpegun Intan melihat decoration rumah yang baginya romantic sangat dengan rona color yang tampak menarik pada sesiapa yang melihatnya.

“Wahh….cantiknya rumah kau Hidayah. Pandai kau menghiasnya.”

Hidayah hanya mampu tersenyum saja melihat teletah Intan yang banyak berbicara dari dulu lagi. Kemudian Intan berjalan menuju ke kawasan dinding yang di hiasi dengan bunga sonata beserta bingkai gambar yang unit dan anggun terlekat sekali dengan gambar-gambar Hidayah dan Ilham serta anak-anak mereka.

“Unitnya frame-frame gambar ni ye dayah.”

Terpegun Intan seketika melihat susunan potret demi potret yang terlekat di sudut dinding menghala ke dapur rumah Hidayah dan Ilham.

“Hisy, Intan..duduk la dulu, aku pergi buat air sekejap.”

Lantas Ilham pun mengekori belakang Hidayah.

“Errr…abang..pergilah sembang dengan Intan tu dulu. Takut nanti boring pulak dia kan…”

Hidayah tersenyum melihat gelagat Ilham. Sambil menggosokkan kepalanya, Ilham pun berlalu pergi melayan tetamu itu.

“Amboi Ilham..makin segak kau sekarang ye, dah gemok sikit.”

Usikkan Intan membuatkan Ilham tersipu-sipu malu. Sebab sewaktu mereka belajar dulu, Ilham jarang bersembang dengan Intan. Tumpuannya terus ke Hidayah saja. Sekaligus membuatkan hati Intan terbakar seketika. Tapi apakan daya, jodoh mereka berdua sudah ditentukan.

“Iye ke…hish..biasa je aku rasa..yang lainnya mungkin aku dah berkahwin, so mestilah aku happy, apa lagi dengan Hidayah kan.”

Terlihat Intan sedikit tidak senang dengan penjelasan Ilham, lalu mereka terdiam seketika sehinggalah Hidayah datang membawa juadah petang untuk kawan baiknya itu.

“Bila kau balik Intan?”

Hidayah memulakan kembali percakapan yang dengan beberapa minit terdiam bila Intan mendengar penjelasan dari insan yang teramat dia sayang.

“Errr…aku baru sampai 3 hari dah..habis belajar, so terniat pulak aku nak balik kampung halaman aku. Lepas tu, rasa rindu pula aku ngan kau Dayah…”

Intan menjawab soalan Hidayah dengan muka yang bersahaja.

“Sekarang ni aku ingat nak duduk dekat Kuala Lumpur ni, sambil tu boleh aku cari kerja.”

Terlihat Hidayah tersenyum saja mendengar kata-kata dari kawan baiknya itu.

“Laa…iye ke..so, sekarang ni kau tengah nak cari kerja la?”

Soal Hidayah sekali lagi.

“Macam tu senang la kerja aku!”

Hidayah bercakap sedikit kuat membuatkan Intan dan Ilham terkejut.

“Kenapa Hidayah?”

Tanya Intan.

“Ok…macam ni, kebetulan syarikat aku nak cari pembantu pentadbiran bahagian arkitek. Kau setuju tak kalau aku kenalkan kau dengan jawatan itu pada bos aku?”

Intan hanya mampu tersenyum saja.

“Hmmm….nanti aku fikirkan dulu, sebab aku nak cari rumah dulu.”

Terlihat Hidayah hanya mampu tersenyum dan menganggukan kepala saja tanda setuju.

“Ok la..nanti apa-apa hal kau call je aku ok.”

Mereka masing tersenyum dan menikmati juadah yang di hidangkan oleh Hidayah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience