Selang beberapa Minggu.
Pergolakkan di antara Hidayah dan Ilham, masih lagi tidak reda dan tidak mendapat kepastian hati dari kedua-dua pihak, sehinggakan Ilham kerap keluar rumah tanpa menghiraukan situasi anak-anak dan isteri.
Hidayah sudah tiga hari tidak pergi kerja, kerna demam yang berpanjangan yang hampir mencecah 40 darjah celcius. Sekali sekala Hidayah kuat memegang dadanya dan menarik nafas dalam-dalam. Tidak kelihatan raut wajah Ilham, walaupun berkali-kali Hidayah cuba menghubunginya, hanya yang diberikan alasan, sibuk. Itu membuatkan lagi Hidayah sakit dan sering mengalirkan airmata. Dibenak fikiran Hidayah, sudah tiba masanya aku mesti minta kepastian.
Kerana, selama Hidayah terlantar sakit di hospital, kawan-kawan yang lain selalu melawat Hidayah kecuali Intan. Ilham pun datang sekali sekala itupun hanya duduk dan tanpa bertanyakan apa-apa. Hati Hidayah yang berkecamuk bertambah sebak melihatkan gelagat Ilham. Dalam hati Hidayah hanya mampu berdoa agar Allah dapat berikannya sedikit waktu, agar Hidayah dapat membuat satu perkara yang terakhir untuk suaminya Ilham.
Selama itu juga sewaktu Hidayah terlantar di hospital, kadang-kadang ada terlepas mulut dari kawan-kawannya yang lain bila tercerita tentang hubungan Ilham dan Intan yang sering kawan-kawannya lihat. Nak di tegur, Ilham senang menjawab “jangan jaga hal orang” membuatkan kawan-kawan Hidayah sakit hati melihat Intan di tempat kerja.
“Manusia yang tidak tahu di untung!”
Sofi bersuara sambil berlalu di meja Intan. Sofi juga adalah kawan sejawatan dengan Hidayah.
“Hey pompuan! Mulut kau jaga sikit ye?”
Intan menegangkan lagi keadaan. Kemudian di tenangkan oleh staf-staff yang lain.
“Eee…geram betul la aku ngan budak ni! Langsung dia tak kesian dengan Hidayah, padahal kawan baiknya sendiri. Dah la tak pergi melawat, lepas tu dok kuaq-kuaq dengan laki owang!”
Sofi berleter sendiri di dalam biliknya dengan dialek utara.
Selama seminggu Hidayah terlantar di hospital, dan keputusan doctor pun telah di dengar, Hidayah mohon merehat saja di rumah, memandangkan dia terlalu rindu dengan anak-anaknya yang kini di jaga oleh Ibu Hidayah. Sofilah yang menghantar Hidayah balik ke rumah Hidayah dengan di temani suami Sofi iaitu Kamal. Bukan Hidayah tidak cuba menelipon Ilham untuk membawanya pulang, tetapi jawapannya hampa kerna, sedikitpun Ilham tidak mahu menjawab panggilan Hidayah, sebak hati Hidayah diperhatikan Sofi. Setibanya di rumah, Hidayah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada Sofi dan Kamal.
“Hidayah, kau kena banyak berehat tau, En Hafiz pun tak mahu kau kerja dulu, dia suruh kau berehat sampai dah betul-betul sihat baru kau datang.”
Hidayah hanya mampu tersenyum saja. Sofi tidak tahu, yang kawannya itu mengidap penyakit kanser paru-paru di tahap yang kritikal. Terlihat Hidayah batuk dan terus batuk, Sofi cepat mendapatkan Hidayah, dan di berikan air suam pada Hidayah yang tidak bermaya itu.
“Dayah, aku tengok muka kau pucat sangat. Kau ok ke? Aku risau la tinggalkan kau sorang-sorang begini.”
Sambil batuk-batuk itu, Hidayah hanya diam dan tersenyum memandang raut wajah kawannya itu.
“Terima kasih Sofi sebab kau banyak membantu aku dan susahkan kau dan Kamal aje..”
Terlihat mata Hidayah berkaca-kaca. Dalam hatinya terdetik, mengapa kawan baik aku sanggup buat aku macam ni, dan sampainya hati Intan tak mahu menjenguk aku walaupun hanya sekali saja. Ya Allah. Sebak sungguh hati Hidayah menerima dugaan yang hebat itu.
“Sofi, aku teringin benar nak jumpa Ilham..”
Dalam nada yang sangkut-sangkut, membuatkan Sofi yang mendengarnya, mengalirkan airmata. Dalam hati Sofi berbisik, “Ya Allah, sungguh berat dugaan yang kau berikan pada Hidayah, permudahkanlah urusannya Ya-Allah….”
Kemudian Sofi menekup mulutnya seketika menahan sebak di bahu Kamal.
“Sofi, andai jadi apa-apa pada aku, boleh tak kau kirimkan kata-kata ini pada Intan, yang aku dah maafkan dia.”
Terlihat Sofi semakin menahan sebak dan tak mampu berkata-kata apa yang hanya mampu anggukkan kepala tanda setuju.
Dengan suara Sofi yang tersangkut-sangkut dek sebak yang tadi, Sofi pun kuatkan hati berkata-kata kepada Hidayah kawan baiknya seperjabat.
“Dayah..aku kesian tengok kau, kau terlalu baik Dayah..kau jangan banyak fikir sangat tau.”
Suara Sofi bertukar lain, mungkin menahan sebak di hatinya melihat Hidayah begitu. Tak sangka Ilham sanggup menduakan Hidayah, apalagi saat-saat Hidayah sakit ni, langsung Ilham tak mahu ambil peduli.
Share this novel