BAB 4

Romance Completed 12527

Mengenang kembali sewaktu seminggu mereka mendirikan rumahtangga.

“Abang, Hidayah lebih rela kalau abang pergi disisi Hidayah bertemu Allah dulu sebab….”

Belum sempat Hidayah untuk menghabiskan bicara, Ilham mencelah di sebalik kata-kata Hidayah yang tergangtung itu.

“Sampai hati Hidayah cakap macam tu kat abang. Hidayah suka ye, kalau abang yang pergi dulu?”

Masa itu, Hidayah hanya mampu tersenyum melihat raut wajah suami yang tercinta. Perlahan tangan Ilham di gapainya dan di genggam erat, kemudian Hidayah duduk mengadap Ilham di atas katil mereka.

“Abang, kalau diizinkan Tuhan, Hidayah nak mati bersama abang dan nak sentiasa bersama abang, sebab Hidayah tak mahu abang menduakan Hidayah, kerna abang terlalu penting buat Hidayah sehinggalah alam ini akan musnah bang. Hidayah sayang dan cintakan abang dari hujung rambut sehingga hujung kaki Hidayah. Andai abang pergi dulu, Hidayah akan pastikan senyuman abang sentiasa bersama Hidayah, kerana Hidayah akan selalu jumpa abang dan menghadiahkan abang dengan potongan ayat-ayat suci Al-Quran buat abang. Sebab, Hidayah tak mahu abang lupakan Hidayah. Hidayah nak abang aman di sana tunggu Hidayah di pintu Syurga. Kalaulah Hidayah di berikan Kuasa, Hidayah nak pergi jumpa dengan Allah, agar Hidayah dapat katakan pada-NYA yang Hidayah terlalu cintakan Abang dunia dan akhirat. Ini lah janji Hidayah pada abang.”

Tidak semena-mena mata Ilham berkaca-kaca, lalu dahi Hidayah di kucupnya berkali untuk mengubati sebak yang ada di dalam hati isterinya.

Di dalam hati Ilham berbisik, “sungguh murni cintamu sayang.”

“Hidayah, terima kasih kerana menerima abang seadanya. Abang akan pastikan Hidayah akan sentiasa bahagia bersama abang dan dapat melahirkan anak-anak abang yang sihat, abang tidak akan biarkan lagi Hidayah sendiri walau apa saja yang berlaku antara kita sekalipun ajal datang menjemput abang tetap sayang dan cintakan Dayah dan abang akan pastikan Hidayah tidak menangis begini lagi, ok sayang.”

Lalu Hidayah dan Ilham tersenyum dalam sebak masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience