BAB 1

Romance Completed 7017

Sofea tergesa-gesa mengemaskan katilnya. Cadar dilipat kemas. Dia mencapai failnya dan laju kakinya melangkah menuruni anak tangga. Matilah, dia terlewat hari ini. Kasihan Airil. Tutorial account Airil ada padanya. Sudahlah tutorial itu perlu dihantar hari ini juga pada waktu kelas. Alahai, macam mana dia boleh terlajak tidur pun dia tidak pasti. Sedangkan kedua-dua handsetnya sudah di set alarm. Bukan handsetnya sahaja, juga handset roomatenya. Namun masih tidak berjaya mengejutkan dia dari lena yang dibuai mimpi indah.

Sofea menatap jam ditangan. 8.30 am. Confirm memang sudah tiada bas. Apalagi, terpaksalah dia menapak. Perjalanan menuju ke kelas yang mengambil masa lima minit tentunya akan memakan masa yang lama kalau dia cuma berjalan kaki.

Apatah lagi kelasnya di bawah bukit sana berhampiran dengan pintu masuk. Mahu sahaja dia meng i-jet tapi macam tiada kereta yang lalu menuju ke sana. I-jet, sebenarnya hitch a ride tapi entah kenapa dia terbiasa menggunakan perkataan i-jet.

Biarpun beberapa kali ditegur oleh lecturer bahasa inggerisnya. Ah, lantaklah

PINNNNNNNNNNNNNNNNN

Hampir jatuh jantung Sofea mendengar hon yang entah dari siapa itu. Sakitnya hati mendengar jeritan hon itu. Sudahlah dia sudah terlambat. Dia menoleh. Sebuah Myvi merah seolah-olah menunggu dia masuk. Dia membuka pintu kereta lalu duduk di sebelah Airil. Dia menghadiahkan sebuah senyuman buat Airil.

“Thanks, Airil. Mujur ada kau. Kalau nda ada habislah sudah aku bermandi peluh di kelas nanti. Ei..nda basah ketiak.” Airil ketawa mendengar kata-kata Sofea. Biarpun bukan Sabahan tetapi Sofea petah bercakap Sabah, Hilang terus semenanjungnya.

‘’Aiseh kau ni, bah, boleh jadi orang Sabah sudah,’’ perli Airil.

“Lama aku tunggu kau tadi. But I have no credit to make a call.’’

“Ouhh so sorry sayang,’’ Sofea memohon maaf tapi masih sempat bergurau. Airil hanya mengangkat keningnya mendengar perkataan sayang yang keluar dari bibir Sofea yang mungil. Sofea ketawa melihat gelagat Airil.

“Thanks ya, Ril Kasihan kau.” Rasa bersalah tiba-tiba menyelinap dalam diri Sofea. Kerana dia, sudah tentu Airil juga akan dimarah kerana lambat.

“Well, kan aku dah janji dengan kau, Pia. Lagipun ni kelas Mr Azlan. Nanti pacah rahsia kita kasihan kau.” Airil ketawa sendiri apabila melihat Sofea sudah menarik muka. Jelas sekali dia tidak suka dengan Mr Azlan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience