Mereka berjalan berhati-hati meninggalkan air terjun Langganan. Kegembiraan berukar musibah. Apa boleh buat. Tapi itu adalah kenangan yang paling manis buat Sofea.
“Pia!sorry ya!.” Liyana memohon maaf kepada Sofea. Kasihan pula dia melihat Sofea terpaksa menggalas begnya. Sofea tersenyum.
“Okey bha. Nda juga berat begmu ni.”
Di sebabkan kaki Liyana yang sakit, perjalanan mereka turun ke bawah mengambil masa yang agak lama. Luna dan Sofea bergilir-gilir menggalas beg Liyana.
Sampai sahaja di kolam air panas, Halim dan Airil berendam di kolam air panas. Sofea, Luna dan Liyana hanya merendam kaki masing-masing ke dalam kolam.
“Liya!..pacat.” Liyana terjerit mendengar kata-kata Airil. Dia kegelian.
“Ril!..tolongggggggggg!!!” Airil lalu membuaung pacat di kaki Liyana. Sofea hanya melihat peristiwa yang berlaku di hadapannya. Tadi ada juga pacat di kakinya tetapi dia membuangnya sendiri. Entah kenapa, jauh di sudut hati ada sedikit cemburu melihat keperihatinan Airil terhadap Liyana. Benci seolah-olah mahu berputik di hatinya. Cepat-cepat dia membuang perasaan itu. Kenapa dia harus membenci Liyana. Airil Cuma membantu. Lagipun dia dan Airil bukan betul-betul bercinta. Cinta mereka cinta palsu. Dan mereka Berjaya. Berjaya melakonkan watak masing-masing sehingga semua orang menyangkakan mereka pasangan kekasih.
Dalam perjalanan pulang, mereka singgah di Kundasang. Sayuran, buah-buahan juga bunga-bungaan di sini segar.
“Liya kau mau turun ?” Airil bertanya Liyana. Sofea di sebelah Liyana hanya diam. Dia langsung tidak ditanya Airil adakah mahu rurun atau tidak. Sakitnya hati. Rasa seolah-olah dipinggirkan. Halim dan Luna sudah sama-sama berjalan ke arah gerai mencari makanan yang mereka mahukan.
“Nda la. Macam mana mau turun. Kakiku masih belum okey betul” Liyana menjawab.
“Kalau kau mahu turun aku boleh tolong.” Seperti di Poring tadi, Airil masih lagi menghulurkan pertolongan membuatkan Sofea semakin geram.
“Nda la. Pia kau nda mau turun ka ?” Liyana bertanya pula kepada Sofea di sebelahnya.
“Airil!kau mau turun ?” Sofea bertanya Airil.
“Kalau aku turun, kau nda boleh turun, Pia.”
“Kenapa ?”
“Kalau kita berdua turun, siapa yang mahu jaga Liya.” Argggggggggh!lagi-lagi Liya. Liya, Liya, Liya. Bencinya.
“Nda lah aku turun. Di sini jak lah aku jaga Liya.” Perlahan Sofea menjawab. Cuba menjaga nada suaranya agar tidak ketara perasaan tidak senangnya kepada Liyana.
Ariil diam mendengar jawapan Sofea, Dia seolah-olah baru tersedar Sofea sedang memendam rasa. Tanpa sepatah kata, dia turun dari kereta menuju ke arah gerai-gerai yang ada di situ.
Share this novel