BAB 13

Romance Completed 7017

Airil meninggalkan Sofea. Tanpa sepatah kata menyebabkan Sofea terkedu diperlakukan begitu. Dia semakin sedih dengan sikap Airil. Terasa Airil seperti sudah membencinya. Tanpa sedar, mutiara jernih jatuh di pipinya. Dia menangis. Agak lama dia menangis di aitu. Mujur sahaja tidak ada orang di kawasan itu.

“Menangislah Pia. Buang kesedihanmu jauh-jauh.” Airil menghulurkan sehelai sapu tangan buat Sofea. Sofea terkejut mendengar kata-kata Airil. Malunya bukan kepalang. Langsung tidak disedarinya gelagatnya diperhatikan Airil dari jauh.

“Maafkan aku. Aku tidak berniat untuk sakitkan hatimu. Mungkin salah aku terlampau caring dengan orang lain daripada kau sendiri. Maafkan aku, ya.” Airil memohon maaf.

Sofea diam. Dia cuba tersenyum. Namun senyumannya hambar. Dia seolah-olah begitu sukar untuk memberi maaf kepada Airil.

“Pia!ini untuk kau.” Airil menghulurkan sejambak mawar buat Sofea. Sofea memandang kea rah mawar itu lama. Sudah kembang kelompak bunganya. Cantik.

“Hari tu aku beli, time kita di Kundasang tu. Tapi takut tengok kau yang macam marah jak dengan aku. Aku simpankan untukmu. Sekarang aku kena bagi kau sebelum dia mati.” Sofea senyum lagi.

“Maafkan aku ya, Airil.” Perlahan Sofea mengucap maaf. Airil tesenyum senang mendengarkan kata-kata Sofea.

“Okey bha sayang. Maknanya kau sayang jugalah dengan aku kan ?” Airil mengusik. Merah wajah Sofea mendengar usikan daripada Airil.

Banyak kenangan manis antara Sofea dan Airil. Semuanya tidak mungkin dapat dilupakan. Dia tidak tahu dengan perasaannya sendiri. Ada sayang buat Airil. Tapi tidak dapat dijelaskan sayang yang bagaimana. Sayang sebagai seorang teman atau kekasih. Entahlah. Dia keliru sendiri. Ikatan janjinya dengan Airil pada waktu mula-mula mereka membina hubungan seolah-olah memakan diri.

Tinggal seminggu mereka akan menghadapi final exam. Masing-masing sibuk mentelaah. Begitu juga dengan Airil dan Sofea. Tetapi tidak seperti dulu yang belajar bersama-sama. Mereka mentelaah sendiri-sendiri. Itu pinta Sofea. Airil terpaksa menerima. Dia tidak mahu memaksa. Faham benar dia dengan sikap Sofea. Walaupun dia benar-benar rindu pada gadis itu. Dia sedar, sejak kebelakangan ini Sofea seolah-olah menjauhkan diri daripadanya.Bukan tidak mahu mengejar, tapi keinginan itu ditolak ke tepi. Dia tidak akan mengganggu perasaan Sofea. Biarlah. Biarlah dia melepaskan rindu kepada Sofea dari jauh sahaja. Sofea kelihatan semakin kurus dan agak cengkung. Dia tahu Sofea terlampau kuat belajar sehingga badannya mengalami perubahan. Dia tidak ada pilihan. Mahu menasihati tapi dia tahu itu hanyalah kerja yang sia-sia. Jadi, dia hanya memantau Sofea dari jauh.

Selepas final exam, Sofea tiba-tiba sahaja menelefon Airil minta dihantarkan ke airport. Airil bersetuju kerana dia amat merindui gadis itu dan dia tahu itu adalah kali terakhir dia dapat menatap wajah Sofea sebelum Sofea berangkat meninggalkan Sabah dan mungkin tidak akan kembali lagi. Perjuangan mereka telah tamat. Andai ada jodoh, mereka akan berjumpa lagi semasa graduation day di UiTM Shah Alam.

Sepanjang perjalanan menuju ke airport, Sofea banyak bercerita itu dan ini. Mengimbas semua kenangan manis dan lucu sepanjang hubungan mereka. Ceria. Itu mungkin pandangan orang lain pada Sofea bukan pandangan Airil. Airil sedar dan nampak Sofea hanya berlakon. Sofea sebenarnya sedih. Bukan gembira. Sedih dengan perpisahan yang bakal berlaku antara mereka.

“Airil!..” Airil memandang wajah Sofea.

“Pia!..Hm!.” jelas kelihatan mata Sofea basah. Dia seolah menahan tangis. Sofea menarik nafasnya panjang.

“Terima kasih, Ril. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi jadi kekasih Pia walaupun hanya untuk di sini. Lepas ni, kita nda kan ada apa-apa hubungan lagi kan. Kenangan dengan Ril, adalah kenangan yang paling manis dalam hidup Pia. Pia!.Pia sayang Ril. Tapi!.Pia ingat janji kita. Kasih kita Cuma sampai di sini. Tidak boleh lebih kerana itu janji kita. Lagipun tentu Ril tidak mahu mungkir janji kan. Terima kasih kerana banyak bantu Pia.” Tiba-tiba sahaja wajah Mr Azlan muncul di mindanya. Entah kenapa benci dia dengan lelaki itu. Kerana lelaki itu yang sering mengganggu hidupnya, dia mengambil keputusan untuk meminta bantuan Airil. Bantuannya mudah. Airil hanya perlu menjadi kekasihnya sepanjang dia disini. Tamat belajar maknanya tamatlah hubungan mereka. Dan Airil bersetuju dengan permintaan itu.

Airil Cuma diam mendengar kata-kata Sofea. Dia juga menyesal. Menyesal menerima cinta kontrak yang di offer oleh Sofea. Cinta mereka hanya di sini. Menyesal dia tidak membuat counter offer. Memberi tawaran baru untuk Sofea.

“I love you, Pia. Tapi!.kisah kita Cuma sampai di sini.” Airil memegang tangan Sofea. Erat. Dan Sofea langsung tidak membantah. Mungkin faham, selepas ini tiada lagi kisah manis antara mereka. Biarlah perpisahan yang berlaku dengan cara yang paling baik.

Sofea cuba untuk senyum. Hambar. Nyata dia tidak dapat memberi senyuman yang paling manis buat Airil untuk kali terakhir. “Hanya sampai di sini kisah kita.” Perlahan ayat itu keluar dari ulas bibir Sofea.

Sofea melangkah keluar dari kereta ditemani pandangan Airil. Airil tidak mampu untuk keluar dari kereta kerana matanya juga sudah basah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience