Perjalanan menuju ke Air Terjun Langganan agak memakan masa. Mereka terpaksa meredah dua buah anak sungai. Keadaan agak bahaya kalau hujan kerana air sungai akan naik dan menyebabkan mereka tidak dapat merentasi sungai itu.
Airil berjalan di paling hadapan mengetuai kawan-kawannya, diikuti Sofea, Liyana, Luna dan Halim.
“Pia, kau okey ?” Sofea mengangguk. Dia tidak banyak bercakap. Keletihan mendaki menghalang dia untuk bercakap banyak. Berhati-hati dia melangkah bimbang tersungkur. Liyana agak jauh dibelakang bersama Halim dan Luna.
“Ril! Ril di tanganmu. Ada pacat.” Pantas Airil melihat ke arah tangannya. Dia menjentik pacat itu.Mujur sahaja pacat itu belum menghisap darah jadi pacat itu terus sahaja terpelanting. Sofea ketawa melihat aksi Airil.
“Ril! kau cakap kau biasa juga masuk hutan. Tapi, kau macam takut jak dengan pacat.” Sofea ketawa lagi.
“Aku bukan takut. Tapi aku nda suka.” Sofea ketawa lagi mendengar jawapan Airil. Bukan takut tapi nda suka. Siapa juga suka dengan pacat. Hahahaha. Sofea ketawa lagi.
“Pia!.jangan terlampau ketawa. Kita ni di hutan.” Airil mengingatkan.
“Ops!.” Sofea menutup mulutnya dengan tangan. Dia tersengih memandang kea rah Airil. Kini giliran Airil pula tersenyum-senyum melihat ke arahnya.
“Kau penat ?” Airil bertanya. Sofea geleng. Dia masih boleh berjalan. Dia sudah tidak sabar untuk sampai ke Air Terjun Langanan. Tidak sabar mahu melihat keindahan air terjun itu. Airil Cuma menggeleng kepalanya melihat sikap Sofea. Tidak mahu mengalah. Baguslah.
“Pia, kau okey ?” Airil bertanya lagi selepas setengah jam perjalanan mereka. Sofea tersenyum dan mengangguk. Mereka meneruskan perjalanan. Agak jauh mereka meninggalkan Halim, Liyana dan Luna di belakang.
“Ril minta air.” Sofea meminta air setelah hamper satu jam mereka berjalan. Airil menghulurkan sebotol air kepada Sofea.
“Kenapa tiada bunyi air terjun pun. Jauh lagi ka ?” Sofea bertanya. Hairan juga, sepanjang perjalanan mereka dia langsung tidak melihat sungai. Cuma dua buah sungai yang telah mereka rentasi. Cuma itu.
“Jauh lagi bha ni sayang. Kau penat sudah ka ? Bah, kalau kau penat kita rest dulu.”
“Ndak. Aku okey. Jalan kita.” Sofea menjawab. Padahal dia sudah bermandi peluh. Wajahnya juga sudah kemerahan.
“Mari begmu. Aku pegang.” Sofea tidak lagi menolak. Dia menghulurkan beg sandangnya kepada Airil. Airil mengambil beg Sofea dan menggalasnya. Alahai macam kasihan pula dia dengan Airil. Dua beg terpaksa digalas Airil. Nyata Airil memang gentleman. Dia senyum sendiri dengan fikiran nakalnya.
“Pia kau dengar ka ?” Airil bertanya. Sofea tersenyum dan mengangguk.
“Nda jauh sudah kan.” Sofea berkata. Hatinya melonjak girang. Kesabarannya sudah menipis.
Share this novel