Setengah jam kemudiaN Airil muncul dengan keretanya. Di sebelahnya Halim bertshirt hitam putih. Mata mereka merah menandakan kedua-duanya tidak cukup tidur.
“Sorry.” Mata Sofea sudah membulat memandang ke arah Airil menandakan dia marah. Geram. Sudah tahu mahu berjalan jauh, masih lagi tidur lewat. Apa sahaja yang dibuatnya di bilik. Sofea masuk ke dalam kereta diikuti Luna dan Liyana.
Airil menghulurkan sekeping coklat buat Sofea. Sofea tersenyum. Hilang marahnya melihat coklat di tangan Airil.
“Wah pandai Airil mengampu nampaknya.” Luna mengusik. Liyana dan Halim sudah tersenyum-senyum melihat mereka berdua. Siapa yang tidak kenal Airil dan Sofea. Pasangan yang paling famous di kolej mereka. Apakan tidak, selalu sahaja mereka dilihat bersama-sama. Makan, minum, belajar semuanya dilakukan bersama-sama. Mujur sahaja tidak tidur bersama.
“Tidak la kak. Pia ni bukannya pandai marah lama-lama pun. Sekejap jak tu. Dapat coklat terus cair.”
“Amboi, Airil. Mengutuk Nampak. Kau pun sama ya. Dibagi coklat, cair juga.” Sofea bersuara. Mana boleh. Suka-suka hati Airil sahaja membongkarkan rahsianya.
“Aku nda cair. Sudah orang bagi, jadi apalagi. Ambil saja la. Kan kak Luna.” Sengaja Airil tidak mahu kalah.
“Iyalah tu sangat. Bohong lagi. Nda mau la aku cakap dengan kau lagi.” Airil ketawa kuat mendengar rajukan Sofea.
“Kak, ada coklat lagi ka ? Abis sudah saya punya coklat ni. Adui macam mana ni. Merajuk pula ni budak.”
Luna, Liyana dan Halim sudah ketawa. Sofea menarik muka. Geram dia dengan Airil,
Mereka berhenti di satu kawasan. Sofea tidak pasti apa nama tempat itu. Tapi yang pastinya dari tempat mereka berhenti jelas kelihatan gunung kinabalu tersergam gagah. Indah dan mengasyikkan. Lama Sofea merenung ke arah gunung itu.
Mungkin ini kali terakhir dia melihat di depan matanya gunung kinabalu. Entah bila dia akan berkunjung ke Sabah lagi tidaklah diketahui.
Share this novel