Lima belas minit kemudian, air terjun Langganan di depan mata mereka. Indah. Memang indah. Terlalu indah. Tidak dapat digambarkan denggan kata-kata. Tinggi dan lebar. Di tegah-tengahnya pula seolah-olah terbelah dua. Cantik.
Sofea tersenyum puas. Dirinya terasa segar kembali. Airil sudah pun masuk ke dalam air. Menggigil dia kesejukan.
Sofea tidak melepaskan peluang menangkap gambar Airil yang keseronokan.
“Pia, mari mandi.” Sofea menggeleng.
“Mari, bah¦,”
“Nantilah tunggu dorang Kak Luna dulu.” Sofea menjawab.
Setengah jam kemudian Luna, Liyana dan Halim sampai. Masing-masing masih lagi kepenatan. Tapi riak kegembiraan dan keceriaan jelas terpancar di wajah masing-masing.
Halim tidak melepaskan peluang. Terus sahaja dia terjun ke dalam sungai. Tapi sekejap sahaja dia naik kembali. Kesejukan rupanya. Gelagatnya membuatkan mereka tertawa.
“Pia duduk di sana. Airil gambar.” Airil menunjuk kea rah air terjun.
“Bah okey.” Sofea setuju dengan cadangan Airil. Mandi di bawah terjunan air terjun. Entah bagaimanalah rasanya.
“Tapi nda sakit ma tu ar?” Dia bertanya sebelum melangkah ke arah tempat yang ditunjukkan Airil.
“Tidaklah pergilah. Mari, sama-sama kita.” Airil menarik tangan Sofea. Sofea yang terkejut dengan tindakan Airil terus memandang kea rah Airil.
“Ops sorry.” Airil terus melepaskan tangan Sofea. Terlupa. Sofea tidak suka diperlakukan begitu. Berhati-hati Sofea melangkah mengikut langkahan Airil di depannya. Sofea berdiri di atas sebuah batu. Agak lama. Berfikir macam mana mahu meneruskan langkah. Airil yang menyedari Sofea tertinggal di belakang kembali melangkah menghampiri Sofea. Dia menghulurkan tangannya. Agak lama barulah Sofea menyambut itupun apabila sudah tidak tahu di mana dia harus memijak dan bertahan. Erat tangan Airil memengang pergelangan tangan Sofea. Risau Sofea jatuh.
Share this novel