Sofea asyik membelek novel I atas sebauh rak di Eatons. Langsung tidak menghiraukan orang sekeliling. Asyik melangkah dari satu rak ke satu rak yang lain, mencari novel yang sesuai untuk dibeli. Dia terlanggar seorang.
“Opsss!Sorry.” Pantas sahaja perkataan maaf keluar dari ulas bibirnya. Salah sendiri. Siapa suruh semangat memilih sampai terlanggar orang.
Lelaki yang dilanggarnya menoleh kea rah Sofea. Lelaki itu tersenyum. Memang hensem tapi Sofea langsung tidak tertarik. Malah berasa menyesal kerana terlampau ralit dia terlanggar lelaki itu. Argh!.
“It’s okey. Kamu sendiri jak ? Mana Airil ?” Sofea tersenyum. Kelat.
“Err!Airil!di toilet.” Lelaki itu Cuma mengangguk mendengar kata-kata Sofea. Dia masih lagi di hadapan Sofea namun Sofea hanya membisu. Agak lama.
“Sorry sir. I have to go now.” Sofea melangkah laju. Meninggalkan lelaki itu sendiri di situ. Biar dikatakan biadab. Apa boleh buat. Nanti makin melarat jadinya. Ei!nda la dia mau begitu.
Sofea membeli sekeping tiket wayang. Dia tidak tahu ke mana harus kakinya melangkah dan mengambil keputusan untuk menonton wayang. Tak kisah walaupun sendiri. Dia menonton cerita komedi. Dia mahu ketawa sepuas-puasnya. Biar hilang sakit di hati. Biar lerai segala masalah. Biar terbang segala tensionnya. Hari ini dia mahu enjoy. Hampir seminggu dia tidak dapat concentrate pada pelajarannya. Bodoh, hanya kerana Airil dia jadi sampai begitu. Dia mahu pulang ke asrama dengan Sofea yang dulu. Girang dan bersemangat belajar. Ya!.dia perlu kembalikan semua semangatnya. Takkan hanya peristiwa di Poring dia terus hilang semangat.
Movie yang di tonton memang seronok. Enjoy dia menontonnya. Sepanjang perjalanan cerita itu dia asyik ketawa. Ketawa, ketawa dan terus ketawa. Dia benar-benar mahu membuang segala sakit hati, tension dan masalahnya. Malas dia berterusan begitu.
Sofea keluar dari panggung wayang dengan wajah yang ceria. Tidak seperti sebelum ini wajahnya macam tidak berperasaan. Langsung tiada secalit senyuman pun pada wajahnya. Kalau sebelum ini rajin dia senyum, tapi tidak hari ini. Tapi selepas sahaja membuang kisah dukanya di dalam panggung, dia sudah boleh tersenyum kembali.
“Hai, Sofea.” Membulat mata Sofea mendengar suara yang amat dikenalinya.
“Tak baik bohong tau. Takkanlah lama Airil di tandas.” Sofea cuba tersenyum. Tapi nyata senyumannya hambar. Jelas sekali dia memang tidak pandai menipu atau lelaki itu yang lebih cekap darinya. Mengekori kemana sahaja dia pergi. Dia menjadi rimas dengan lelaki itu.
“Tak bagus perempuan keluar sendiri. Biar saya hantar awak.”
“Tapi sir!.”
“You are my student. Saya risau kalau awak pulang sendiri. Macam-macam boleh berlaku.” Sofea tiada pilihan. Benar. Memang bahaya berjalan sendiri. Tapi macam mana juga, dia perlukan masa untuk bersendiri. Sebelum dia dapat menerima Airil kembali seperti waktu dulu-dulu.
Share this novel