BAB 4

Romance Completed 7017

“Thanks.” Sepatah perkataan terkeluar dari ulas bibirnya. Sofea menyanyi mengikut rentak lagu. Langsung tidak dipedulikan Airil yang sedang memandu. Dia asyik dengan lagunya. Tenggelam dalam nyanyiannya sendiri walaupun agak sumbang.namun itulah caranya untuk membuang perasaan benci atau geram.

“Jadi sekarang macammana?” Sofea bertanya.

“Kau okey sudah ka ?” Airil bertanya kembali. Sofea hanya mengangguk.

“Bha, Ahad kita jalan.” Airil membuat keputusan.

“Kereta ? Dorang Kak Luna macam mana ?”

“Dont worry sayang. I will discussed with my sister. Nda pun kita naik bas jak la.” Airil mengusik.

“Bas ? Bas, boleh. yang penting kita sampai di Poring ya. Okey ?” Airil ketawa. Semangat betul Sofea mahu ke Poring.

“Pia, sorry. Akak tak dapat ikut you all pergi Poring. Ada meeting besok.”

“Kalau Ahad macam mana ?”

“Ahad ? Ahad boleh lah.”

“Bah, kami pun memang jalan Ahad nanti. Tiba-tiba jak Mr Azlan buat replacement class ni.”

“Okaylah kalau begitu, kakak boleh join kamu.”

“Yesss! Macamtulah baru geng kak, akak dengan abang Halim kan ?” Luna mengangguk. Mengiyakan kata-kata Sofea.

“Jam 6 ya, kita jalan.” Sofea mengingatkan. Girang hatinya dapat pergi ke Poring. Mungkin ini adalah tempat terakhir lawatannya semasa dia di Sabah. Boleh dikatakan semua tempat dia sudah pergi kecuali Poring. Entah kenapa, dia seolah-olah tidak berminat ke situ. Padahal Poring la salah satu attraction yang agak dekat dengan Kota Kinabalu. Mungkin dia terlalu asyik mahu berjalan ke tempat yang jauh sehingga melupakan tempat yang dekat. Dia tersenyum sendiri.

Sofea, Luna, dan Liyana sudah siap menunggu di bus stand. Masing-masing kelihatan gembira dan tidak sabar untuk memulakan perjalanan pada hari ini. Keceriaan terbayang di wajah masing-masing. Sementara menunggu Airil, sempat mereka bergambar kenangan bersama-sama.

Setengah jam menunggu, namun orang yang ditunggu tidak muncul-muncul. Berkali-kali Sofea menelefon namun sayangnya panggilannya langsung tidak berjawap.

“Mujurlah kunci kereta denga Airil. Kalau nda, kena tinggal sudah dia tu.” Kata-kata Sofea disambut dengan ketawa yang lain. Luna pula sibuk menghubungi Halim. Hampa. Halim juga tidak menjawab telefon.

Tiada pilihan, Luna terpaksa menelefon Zakuan dan memintanya mengejutkan Airil Mujur sahaja dia tahu nombor telefon Zakuan dan Zakuan tidak berat hati untuk membantunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience