“Berangan Airil menepuk bahu Sofea. Dia menunjukkan gambar Sofea yang di candidnya. Lucu wajahnya tika itu. Sofea tertawa melihat wajahnya sendiri.
“Mari aku gambar kau berlatar belakang gunung kinabalu tu. Mau ?”
“Mau!’’ Sofea berdiri membelakangkan gunung kinabalu. Manis senyuman terukir di bibirnya. Ceria wajahnya tika itu.
“Airil aku pun mau.” Tiba-tiba sahaja Liyana menjerit. Dia yang sedari tadi mengacau pasangan Luna dan Halim kini mengacau pula Sofea dan Airil. Kasihan, dia tiada teman. Sendiri sahaja sedang Sofea dan Luna berpasangan. Tetapi dia tidak kisah. Orangnya pula yang jenis peramah dan ceria. Jadi tiada masalah untuk meyesuaikan diri.
Liyana meletakkan tangannya di bahu Sofea. Dia melihat ke satu arah. Sofea pula memadang Liyana dengan kening terangkat. Airil senyum melihat posisi mereka. Dia lalu menagkap gambar mereka berdua. Cantik. Memang dua-dua pandai bergaya.
“Ril, sama-sama kita gambar.” Halim menepuk bahu Airil.
“Orait. Aku kira 1, 2 ,3 kita lompat dan kita suruh orang ambil gambar time kita lompat.” Mereka mengangguk setuju mendengar arahan Airil. Airil memanggil seorang pemuda yang berada di situ dan meminta bantuannya untuk menangkap gambar mereka.
“1,2,3..” Semua melompat dan gambar diambil.
“Wah cantiknya!’’ Sofea terjerit melihat gambar yang ditangkap.
“Siapa yang paling cantik ?” Tanya Airil. Sengaja mahu mengusik Sofea.
“Nah siapa lagi kalau bukan yang berdiri di depan mu inilah.’’ Airil tertawa kuat mendengar kata-kata Sofea.
Beberapa jam kemudian mereka tiba di Poring. Memandangkan hari itu adalah hari minggu, agak ramai pengunjung yang berkunjung ke situ.
“So, kita nak mandi kat mana ?” Liyana bertanya.
“Kita nak pergi Air Terjun Langanan ni.” Sofea menjawab.
“Really ?” Sofea mengangguk.
“Alahhh korang tak bagitahu.”
“Kenapa Liya ?” Sofea bertanya.
“Tengok selipar Liya ?” Liyana menunjukkan kearah seliparnya. Sofea tersenyum melihat selipar yang dipakai Liyana. Halim, Airil dan Luna sudah tersenyum-senyum terdengar perbualan antara Liyana dan Sofea.
“Kenapa Liya pakai heels ? Liya ni!.Adui!.so macam mana ni ?” Sofea bertanya.
“Bha, dalam kereta tu macam ada kasut. Liya pakailah.” Airil member cadangan.
“Airil ?”
“Aku pakai selipar jak.”
“Betul bah ?” Liyana rasa serba salah untuk menerima cadangan Airil. Kasihan pula dia dengan Airil yang terpaksa memakai selipar.
“Iya betul bah, Okey juga tu. Jangan la kau risau. Airil bah ini.” Liyana ketawa mendengar kata-kata Airil.
Share this novel