BAB 2

Romance Completed 7017

Pukul 8.40am. Bermakna mereka telah terlewat selama 40 minit. Sofea mengetuk dan mereka sama-sama masuk ke dalam kelas. Pembelajaran terberhenti. Semua mata memandang kea rah mereka. Tidak ketinggalan, renungan tajam dari Mr Azlan.

“Airil, why you are late ?” Pensyarah muda berbaju biru lembut itu bertanya. Tegas suaranya.

“Sorry, sir, actualluy,’’ belumpun sempat Airil menghabiskan ayatnya Sofea terus menyampuk.

“Sorry Sir. Im overslept and Airil wait for me.”

Membulat mata Mr Azalan mendengar kata-kata yang keluar dari ulas bibir Sofea.

“Banyak alasan!’’ Keadaan kelas terus sunyi. Masing-masing takut untuk bersuara bimbang kemarahan Mr Azlan beralih kepada mereka pula.

“Last chance for you guys. Have a seat now.” Kata-kata yang merupakan arahan itu dipatuhi oleh Sofea dan Airil. Serentak mereka duduk di kerus yang masih belum berpenghuni. Bersebelahan.

“Ril this is for you.’’ Sofea menghulurkan sekeping coklat. Airil menyambutnya dengan senyuman.

“Thanks. Apa mimpi ?” Tanya AIril kepada Sofea.

“Tanda maaf. Kasihan kau kena marah sebab aku. Mr Azlan nil ah heiii sakitnya hatiku. Bikin bacat jak perangainya tu.” Sofea tidak dapat menahan geramnya lagi. Dia tidak begitu senang dengan perangai pensyarah muda itu.

“Alah small matter jak tu, Kau tidak sendiri. Kau kan ada aku. Tentu dia nda berani mengusik kau lagi.” Airil memujuk. Cuba menenangkan Sofea.

Sofea mengangguk lalu tersenyum. Manis. Benar kata Airil selagi ada Airil disampingnya Mr Azlan tidak akan mengganggunya lagi. Sebelum ini, sebelum ada Airil rimas rasanya. Penat menolak, pensayarah muda itu seolah-olah tidak mahu faham. Alasannya mudah, dia belum berpunya dan peluang untuk lecturer muda itu untuk terus mencuba terbuka luas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience